Assalamualaikum dan hi pembaca sekalian… Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin ada yang pernah atau tidak pernah mengalaminya…
Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, ada seorang adik lelaki berumur 22 tahun dan aku berumur 25 tahun…
Tak tahu dari mana aku hendak mula, kerana saat aku menulis confession ini, kepala aku sedang sakit dan pusing akibat menahan perasaan setelah dipukul dan dimarahi oleh ibu aku,
Sebab aku menghilang seketika dari pandangan dia siang tadi, hilang bukan sebab apa pun, sebab nak ambik troli je, tapi mak aku kalut kot2 aku kena culik, macam anak dia ni budak kecik, or baby lagi…
Sebabkan hal ni, mak aku marah dan pukul aku dalam kereta, tak cukup dengan tu, kat rumah lepas geram lagi, tarik-tarik rambut aku, pukul aku, sakit tu Tuhan je tahu, sebab hal kecik, tapi mak aku besar-besarkan…
Orang mesti akan ingat kami adik beradik cukup kasih sayang, sebab dua beradik je kan, tapi hakikatnya kami rasa terkongkong, tapi kami tak tahu macam mana nak luahkan, sebab kalau cakap nanti kena marah, kena pukul…
Misalnya nak drive kereta sendiri pun parents aku tak bagi, sebab parents aku takut nanti accident… Nak jogging kat tasik pun tak bagi, takut lemas dalam tasik…
Nak hiking tak bagi, takut jatuh bukit, takut hilang kena sorok bunian… Nak mandi air terjun tak bagi, takut lemas… Nak buat business dengan kawan as a share partner tak bagi, takut kena tipu… Boleh kata semua benda nak buat, parents aku tak bagi…
Orang lain, masa dah dewasa ni ada sahabat karib sejak dari zaman sekolah lagi… Aku?? Aku takde kawan… Sebab apa, sebab kawan-kawan sekolah aku semua dah pulaukan aku, sebab kalau dorang hang out ke, atau join aktiviti sekolah macam kem ke, parents aku tak bagi pergi…
Cikgu aku pernah cakap dulu, yang aku ni sampai dah dewasa nanti la parents akan kongkong kalau macam ni gaya…
Aku kerja dah 2 tahun… Tamat degree umur 23 tahun… Aku kerja kat KL, aku duduk dengan parents aku kat Seremban…
Setiap hari perjalanan aku pergi balik kerja makan masa 5 jam atas train… Pagi aku keluar rumah jam 7 pagi, masuk office 9.30 pagi, habis waktu office 6.30 petang, sampai rumah 9 malam…
Aku pernah cakap nak duduk rumah sewa dekat dengan office, tapi parents aku tak bagi, katanya takut nanti aku kena culik ke, atau aku buat hal tak senonoh ke…
Sedangkan kalau ikut logik akal, kalau aku nak buat benda tak senonoh, masa zaman aku belajar dulu lagi aku boleh buat benda tak senonoh, sebab dah merata aku berhijrah, keluar dari negeri nak menuntut ilmu…
Nenek aku pernah cakap kat parents aku supaya bagi aku duduk rumah sewa, sebab nenek kesian aku keluar awal pagi, balik malam…
Sepupu aku pernah cakap kat parents aku yang cara parents aku ni macam tak percaya dekat anak-anak sendiri… Makcik aku pernah cakap yang parents aku ni over protective… Tapi parents aku tetap dengan alasan mereka…
Kadang-kadang kalau aku cuti, kalau aku rajin, free, aku masak untuk lunch dengan dinner, aku sangat jarang masak sebab aku busy dengan kerja,
Weekend kadang kena kerja, public holiday kadang kena kerja, kadang kena standby, kadang kena stay up sampai 4 pagi, kadang 3 pagi kena bangun, so mak aku tak kisah la pasal tu…
Ada sehari tu aku cuti, aku masak nasi lemak untuk dinner… lepas ayah aku dah siap makan, mak aku membebel cakap ayah aku tak selera nak makan, sebab makan sepinggan je, tak tambah, sedangkan mak aku pun tahu yang ayah aku tu tak gemar nasi selain nasi putih…
Aku masak 3 cawan beras, tapi aku tengok dalam periuk nasi tu, tinggal sepinggan je nasi belum habis lagi… Nak kata, kalau tak sedap, kenapa nasi dalam periuk tu dah nak habis… Adik aku elok je makan menambah… Lepas dah kena bebel, aku takde mood nak masak…
Aku umur 25 tahun, mesti lah kan aku akan tanya mak aku bila aku boleh kahwin, walaupun aku takde teman lelaki pun, tapi saja aku tanya sebab nak tahu mak aku akan cakap apa… Kalau aku tanya mesti mak aku akan cakap, dah gatal sangat ke nak berlaki…
Kadang aku terpikir, kenapa orang lain, parents dorang dah tanya anak-anak, bila nak kahwin, bila nak bawak jumpa parents, tapi mak aku anggap aku gatal nak berlaki kalau tanya pasal kahwin…
Kenapa aku takde teman lelaki? Sebabnya aku tak nak bagi harapan dekat lelaki, dengan benda yang aku pun tak pasti bila mak aku terbuka hati nak suruh aku kahwin…
Aku tak pernah bercinta atau couple, cinta monyet pun tak pernah, pendek kata aku tak pernah ada bf dan ex-bf… kadang ayah aku ada berkias cakap kalau umur aku ni patutnya anak dah 2-3 orang, mak aku buat dek je, buat tak dengar…
Lepas dah karang kisah aku ni, aku rasa tenang sikit, sebab sebelum tu aku tak tahu nak bercerita pada siapa, rasa terpendam rasa sedih sangat sebab hal siang tadi…
Ada ke mak yang pukul anak, tarik rambut anak untuk lepaskan geram dan marah pada anak yang dah dewasa? Ada, aku dan adik aku pernah mengalaminya…
– Marissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit