Overprotective Bagaikan Neraka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/overprotective-bagaikan-neraka/).

Ibu aku suri rumah, umur 46 tahun… Ibu kahwin time tu ibu umur 21 tahun, lepas 7 bulan kahwin, baru dapat aku… Ibu asal kelantan, and nope, ibu aku bukan orang N.9, sebab aku baca satu komen ni tapi check balik tuan komen dah delete, dalam loghat N.9, aku tak paham, sorry…

Aku baca satu persatu komen yang ada… Ada jugak yang bertanya ibu aku ada trauma ke, jawapannya ibu aku tak pernah ada trauma… Terima kasih atas saranan dan sokongan kalian…

Masa aku matrikulasi dulu, aku merantau sampai ke perak… Time degree, aku ke pahang… Kalau aku dekat hostel, parents aku bagi saja aku keluar dengan kawan2, sebab dorang kata boleh la aku release tension belajar…

Tapi kalau cuti sem, balik rumah, aku duduk saja la dekat rumah, kalau keluar pun aku cuma keluar dengan family aku, sebab parents kata bahaya kalau aku keluar, takut jadi apa2…

Kadang aku pelik jugak, kenapa dekat tempat belajar, parents aku benarkan aku keluar, tapi dekat rumah tak bagi… Kalau cerita pasal berdikari, aku merantau almost 6 tahun, alhamdulillah tak pernah jadi perkara buruk dan boleh saja survive…

Dekat office pun officemate aku tahu parents aku ni jaga aku macam mana… Kadang boss nak ajak anak2 buah dinner jam 8 malam, parents aku tak bagi pergi…

Aku jujur saja dengan boss aku yang parents aku tak bagi pergi sebab nanti balik mesti dah malam sangat, nasib baik pada hari kejadian, dinner tu di awalkan, jadi dapat la balik dari office jam 9 malam, sampai rumah 11.30 malam… boss aku pun pernah cakap aku ni anak mak…

Ibu aku kalau dia tengah okay, ibu sangat baik… Makanan ibu rela tak makan sebab simpan untuk anak-anak dan ayah… Ibu tak putus doakan kejayaan kami adik beradik…

Alhamdulillah, setiap kali exam, result aku boleh dikatakan cemerlang… Adik aku pun sekarang tengah ambik degree… Berdekat doa ibu kami berjaya… Kadang aku terpikir mampu ke aku jadi macam ibu nanti bila aku dah ada anak…

Tapi ibu aku seorang yang panas baran… Ibu mudah naik angin, silap kecil, ibu akan besarkan, ibu akan pukul, tarik rambut untuk lepaskan marah… kalau ibu marah adik atau ayah, ibu akan buat benda yang sama macam ibu buat dekat aku…

Tarik rambut bukan yang main-main sayang-sayang tu, ibu tarik rambut macam orang perempuan bergaduh… adik dan ayah la pelerai masa ibu pukul aku tu…

Malam tahun baru ibu aku halau aku dan ayah dari rumah, ibu kata rumah ni harta ibu (harta sepencarian), bila- bila saja boleh halau aku dari rumah,

Ibu ambik semua kunci kereta, kunci motor, mujur kunci kereta aku, aku lupa nak letak dekat tempat gantung kunci, jadi ada la tempat berteduh malam tu…

Puncanya ayah backup aku pasal kejadian troli tu sedangkan ayah cuma nak nasihatkan ibu supaya jangan pukul, cukup dengan membebel je, anak-anak dah besar, kalau kahwin dah ada anak 2-3 orang…

Tapi lebih kurang jam 3 pagi, adik call cakap ibu suruh aku dengan ayah balik rumah, alhamdulillah…

Mesti nanti akan ada yang tanya kenapa dekat confession yang first, aku cakap parents tak bagi bawak kereta, tapi dekat sini aku sebut kereta aku… aku dah beli kereta, tapi park saja dekat rumah, tak dibenarkan drive sorang2…

Sedih bagi kami adik beradik kerana ibu tidak boleh ditegur dan bila ibu marah semua kata2 kesat keluar, pukul kami dan ayah tidak kira masa utk melunaskan rasa marah ibu.

Kami rasa malu kerana jiran2 dengar disebabkan mulut ibu yang seperti itu. Kalau kami cakap apa-apa untuk menjelaskan hal sebenar, ibu akan cakap anak2 melawan, anak2 derhaka, kami tak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar…

Ayah selalunya akan backup aku dan adik, kalau ayah tak tahan, ayah akan tegur salah ibu, tak semena2 ibu cakap aku batu api, nak menjahanamkan rumahtangga ibu ayah… semua itu akan diperbesar2kn sehingga aku dimaki hamun, dipukul seperti aku melakukan kesalahan besar…

Dengan ayah juga sama ditengking2nya.. sampaikan kadang ayah malas melayan, banyak berdiam diri kerana nanti ibu akan semakin teruk marahnya..

Ayah aku seorang yang sangat baik dan tidak pernah memarahi anak2 kerana pada ayah, kami semua anak2 yang mendengar kata dan menurut perintah, juga tidak pernah membawa masalah…

Adik aku pernah tanya ibu aku, kenapa parents kawan2 dia benarkan anak2 dorang keluar malam, pagi2 buta baru balik rumah, dan ibu aku jawab,

“Tu anak orang, bukan anak aku, lantak la orang nak buat apa dengan anak dia, aku taknak anak2 aku mengandung dan mengandungkan anak orang, lepak dengan budak2 tak senonoh… perempuan yang keluar lepas maghrib jangan haraplah aku terima jadi menantu aku”…

Adik aku tanya macam ni saja ibu aku dah melenting, bermasam muka, menangis kata anak taknak dengar cakap… macam mana aku nak bertegas dengan ibu tentang keputusan aku?

Paling menyedihkan, ibu memberitahu, dan mengaibkan aku dan ayah kepada adik beradiknya, juga nenek yang aku pemalas, melawan ibu, dan ayah tak guna,macam tunggul, tak boleh diharap dan lain2…

Disebabkan aku pergi ambik troli dekat pasaraya, menghilang sekejap yang tak sampai 10 minit, ibu marah teruk, ibu cakap aku perempuan gatal, hilang cari jantan, makcik2 aku, nenek aku menyalahkan aku, marah aku, seolah2 sangat besar silap aku,

Makcik cakap kenapa aku dah besar jadi macam ni, melawan ibu, tak menyenangkan hati ibu, aku sangat kecewa bila dituduh sebegitu, sebab aku dah cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan ibu..

Aku tahu apa yang aku bagi tak terbalas jasa ibu, tapi cara mereka mengeji seolah2 aku ni memang tak guna, semua benda baik yang aku buat untuk ibu tak berguna, yang mereka nampak hanyalah salah saya yang tak besar tu…

Dan soal duit bulanan pada ibu, sebelum aku dapat kerja, aku pernah beritahu pada ibu mengenai cadangan aku tiap bulan aku akan bagi RM500,

Tapi bagi ibu amount tu sikit, lalu aku dimarah, sedangkan boleh saja ibu cakap nak lebih lagi, tanpa marah2 aku.

Sekarang setiap bulan aku bagi RM1000, belum masuk tiap2 minggu aku belanja family makan luar, belikan apa yang ibu mintak, itu pun ibu cakap sepatutnya aku bagi lebih lagi duit bulanan…

Alhamdulillah, first basic salary aku RM3800 sebagai fresh graduate, bulan2 campur ot average RM4000… aku pun rajin buat online business, sebulan sales aku dapat dalam average RM15k, untung bersih lebih kurang RM2000…

Dalam sebulan peruntukan untuk family hampir RM1300… aku dalam perancangan nak beli landed house, sebab ayah aku cuma mampu beli rumah flat je, sampai bila kan ibu ayah nak duduk flat, aku kesian dah tua nanti tak larat naik tangga, muda2 lagi sekarang boleh gagah lagi…

Aku terpikir kenapa ibu mudah marah2, memaki hamun, pukul anak2, marah ayah, mengaibkan kami pada sedara mara, berkata tidak akan memaafkan silap anak2 dan suami,

Ibu kata benci tengok muka aku, ibu kata kalau aku dah kahwin nanti, suami aku akan ceraikan aku, seolah2 mendoakan benda buruk berlaku pada kami sedangkan kesalahan tak besar pun…

Aku rasa tertekan dan tak sanggup untuk duduk di rumah, tapi aku takut kalau aku yang mulakan langkah untuk keluar rumah, keadaan akan jadi lebih teruk…

Aku keliru… aku malu dengan sedara mara, dengan pakcik makcik, dengan nenek, buntu macam mana nak teruskan hidup ni…

Ada ketika ibu gelak sorang2, nangis sorang2, mengilai, selalunya ibu buat macam ni masa nak solat maghrib atau isyak, selepas takbiratul ihram, ibu berhenti, lalu kata dia tak tenang nak beribadat…

Kalau dah siap solat, ibu nangis pastu gelak sorang2… kadang2 ibu ambik pisau suruh kami tikam ibu, ibu cakap kalau semua tak puas hati dengan aku, tikam aku… Kadang2 ibu ambik pisau bawak masuk bilik, pisau tu pemberian arwah atuk…

Malam tadi pukul 2 pagi, ibu gelak dan nangis dalam bilik sambil peluk pisau… berlarutan sampai 4 pagi, lepas tu kami tidur dalam keadaan ketakutan…

Aku tak tahu sama ada ibu saja buat begitu untuk menguji kami atau ada sesuatu yang mengawal ibu… Sungguh kami lelah, kami penat bercampur perasaan takut, tak tenang nak hadap semua ni…

Ayah kata sepatutnya aku yang macam tu, tapi terbalik, sebab ibu yang buat aku, bukan aku yang buat ibu…

Aku ada jugak bagi cadangan pada ayah supaya kami semua buat family counseling, jumpa kaunselor, tengok apa kata kaunselor, tapi ayah aku cakap yang ibu takkan berkehendak nak jalani family counseling…

Kadang aku harap sangat ada jiran2 yang buat report polis atas sebab rumah kami buat bising, bergaduh, supaya polis bagi amaran pada kami, mesti sedikit sebanyak dapat takutkan ibu dari marah2 bising2 tu, tapi tu la, masih tiada harapan…

– Marissa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *