Assalamualaikum and Thanks Admin.
Aku anak sulung daripada empat adik beradik, dan berumur 21 tahun. Plus, aku ni perempuan dan aku mempunyai parents yg sangat overprotective.
Aku dah habis belajar bulan 10 tahun lepas dan masih lagi menganggur di rumah dan ayah dah lantik aku jadi ‘bibik yg bekerjaya’ dkt rumah sendiri (sobsss). Bukan nak cakap apa, tapi ayah aku ni jenis yg masha Allah, overprotective gilaa. Aku dah setahun lebih kut duduk rumah tak BUAT APA. Bila aku cakap ‘ Ayah, org nak kerja boleh tak?’ Then macam biasa ayah akan cakap ‘ Takpayah laa. Duduk je rumah, tolong mama buat kerja rumah ‘. Dan aku pun redha je lah (tak nak melawan. tak baik). Mama takde masalah kalau aku nak bekerja, tapi ayah ni je haa. Pernah je aku dgn mama sepakat nak kenakan ayah cakap yg aku dapat kerja. Then respons ayah aku time tuu ‘ Ok, kalau nak kerja boleh. Pergi, tapi ayah akan tarik semua kemudahan which is kereta and your kad bank ‘. Start daripada tuu aku terus insaf taknak sebut pasal kerja dah. Fyi, aku tak pernah langsung langsung merasa pengalaman kerja dkt mana2 kedai start daripada habis spm harituu sampai skrg kecuali time intern dulu je (sedih kan).
Sepatutnya, aku dah sambung belajar dah bulan 9 haritu. Dah berkobar kobar kut semangat nak sambung belajar. Tapi Allah tuu sebaik baik perancang. Aku terpaksa hold dulu sebab mama dgn ayah dapat tawaran tunaikan haji dalam usia yg masih muda. Alhamdulillah. Then after dorg dah balik, aku cakap macamni ‘ Org nanti nak mohon sambung belajar balik tau kalau Uni dah bukak permohonan ‘. Then dorg pun okay and mama pulak cakap ‘ Sambung je laa tapi jangan mengada ngada nak jauh jauh. Area Kl dgn Selangor je ‘. Hancur harapan musnah impian nak mohon dekat UMS time tuu. Hahahaha.
Time ni aku macam ada tak puas hati sikit, aku cakap ‘ Kenapa pulak tak boleh jauh2. Org lain boleh je sambung jauh2. Tuu kakak sepupu yg lain tuu boleh je belajar ceruk pahang kelantan semua tuu. Dorg pun perempuan jugak. Kenapa sampai org pulak tak boleh ‘
Mama pun cakap ‘ Awak perempuan. Awak tuu anak sulung perempuan mama dgn ayah. In case anything happen, awak nak mintak tolong siapa? Plus kalau awak nak mohon dkt sabah, awak ingat tiket flight tuu senang nak dapat? Lain laa kalau ayah kerja dkt syarikat tuu lagi (untuk pengetahuan,ayah diberhentikan kerja oleh sebuah syarikat airlines. tahu2 je laa kan yg mana.)’
Lagi sekali, aku sebagai anak yg baik hanya dengar je apa yg mama cakap. Bila fikir2 balik, apa yg mama cakap tuu semua betul. Aku pun takboleh laa nak pentingkan diri sangat. Kena fikir dari sudut yg meluas. Ayah pulak baru je bukak bisnes dgn kawan dia. So, aku taknak laa menyusahkan dorg pulak.
Baru sikit je ni aku cerita bab ke-overprotective-an dorg. Belum lagi bab bila aku keluar dgn kawan. Mesti kena inform dah sampai belum. Then kalau aku keluar makan dgn kawan time malam, pukul 10 mesti kena ada dkt rumah. Kau kalau balik lewat, kau get ready je kena tadah telinga dengar dorg punya syarahan dan perbahasan ala ala ahli parlimen tuu.
Makcik aku pernah je cakap dkt ayah aku ‘ Abg Lang ni buat apa duk simpan anak dara dkt rumah. Bagi laa dia keluar bekerja. Biar dia cari pengalaman ‘. Dan ayah akan cakap ‘ Abg makan garam dulu dari hampa semua. Biar laa dia ada depan mata abg. Takde abg nak risau sangat. Hampa nanti anak perempuan hampa dah besar, baru hampa rasa apa yg abg rasa ‘. Syahdu pulak bila dengar ayah cakap macamtuu. Hahahaha.
Bagi diri aku sendiri, aku tak pernah rasa rimas ada parents yg overprotective macam ayah dgn mama. Aku rasa bersyukur sangat2 lagi ada. Memang kdg2 ada benda yg aku rasa nak bantah, tapi tuu laaa. Dorg parents kita, so dorg tahu apa yg terbaik untuk anak2 dia. Bila aku rasa aku rasa aku nak melawan ke apa, aku akan diam je. Sebab sekali aku dah terbiasa melawan balik, memang benda tuu akan melekat je nanti dalam diri. Bukan dkt aku je mama dgn ayah buat benda yg sama. Dekat adik2 bawah aku pun sama.
Kalau ada diantara readers ada jugak parents yg overprotective macam aku, aku rasa korg kena bersyukur. Bila dorg ada ni je laa dorg mampu nak jaga kita. Nanti2 kalau dorg dah takde, kita yg kena jaga diri kita sendiri pulak. For those yg dah kehilangan salah seorang atau dua2, aku harap korg mampu jadi salah seorang parents yg berjaya didik anak2 dia. Insha Allah.
Maaf panjang lebar. Assalamualaikum.
– Fn
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit