Sebagai pengenalan, aku Lily. Aku dan suami sangat baik & rapat dengan keluarga mertua masing2. Maksudnya, suami rapat dengan keluarga aku, aku rapat dengan keluarga suami. Aku sangat rapat dengan MIL & FIL. Apa yang aku beli untuk ibu & abah, mesti akan ada untuk MIL & FIL juga.
Aku sangat rapat dengan MIL & FIL sampaikan kalau mereka datang rumah aku seminggu dua, aku akan menangis bila mereka nak balik ke kampung semula.
Sampai satu hari, FIL inform akan kahwin kan adik ipar, Qila dengan teman lelaki dia yang kami tahu ada rekod dadah. Bila tanya kenapa, katanya untuk menghalalkan hubungan, yang pada akhirnya baru aku & suami tahu yang dia dah mengandung 6 bulan (dapat tahu selepas nikah).
Selepas bernikah, Qila tinggal dengan suaminya di rumah keluarga mertua dia. Ketika itu, selalu dia mengadu pada MIL & FIL dia dipukul ketika suaminya lalok, duit dalam simpanan habis suaminya ambil untuk beli dadah. Barang kemas yang dia pakai pun semuanya habis digadai suami.
Walaupun aku sangat rapat dengan MIL & FIL, aku tahu batas aku sebagai menantu dalam keluarga. Aku malas nak masuk campur masalah kalau tak dijemput, dan kalau ada apa2 aku nak suarakan, aku hanya sampaikan pada suami, terpulanglah kalau suami nak sampaikan pada keluarga dia atau tidak.
Bila Qila dah nak melahirkan, pada masa tu suami dia menghilang. MIL & FIL aku panik, tak tahu nak buat macam mana, nak sorokkan kelahiran dari keluarga besar untuk menutup malu. Masakan tidak, baru 3 bulan bernikah, dah bersalin. MIL minta pendapat aku.
Setelah aku & MIL berbincang dengan Qila, Qila nak serahkan anaknya pada keluarga angkat. Katanya dia tak mampu nak jaga sebab tak bekerja, suami pula hilang entah ke mana, dengan masalah ketagihan lagi.
Juga atas nasihat kenalan terdekat, aku dan suami tak offer untuk jaga anak tu, dikhuatiri suami Qila akan sentiasa menggangu & mengugut untuk minta duit dari kami sebab “ambil” anak dia.
Jadi anak itu kami serahkan kepada keluarga angkat (yang aku cari sebab MIL & Qila minta tolong) beberapa hari selepas kelahiran. Alhamdulillah, aku & suami mengikuti rapat perkembangan dia, keluarga angkat juga tidak menghalang kami untuk berjumpa dengan dia.
Qila tinggal dengan MIL & FIL ketika berpantang, suami dia masih missing in action. Katanya nak bercerai lepas habis pantang. Aku macam biasalah, malas nak ambil tahu masalah mereka kalau aku tak dijemput.
Beberapa bulan lepas tu, Qila cakap nak merantau ke negeri lain (negeri aku & suami menetap) jauh dari MIL, FIL & suami dia untuk mula hidup baru. MIL & FIL setuju, siap hantar terus depan pintu rumah sewa.
Bila MIL & FIL balik semula ke kampung, kami semua di block Qila dekat whatsapp dan semua media sosial. Kemudian, baru dapat tahu yang dia sebenarnya berpakat dengan suami dia nak “lari” bersama.
MIL sangat sedih, yang akhirnya adik beradik suami berpakat untuk biarkan saja Qila dengan pilihan hidup dia. Taknak buat MIL sedih lagi. Lebih kurang setahun yang tenang tanpa masalah dan khabar dari Qila. MIL semakin ceria.
Tapi tiba2 selepas setahun Qila block kami, dia whatsapp adik bongsu suami (SIL) untuk bagitahu dia mengandung. Katanya tak perlu bagitahu kami semua, nanti kami bagi anaknya ke orang lain lagi. Dia juga bagitahu mertua dia akan jaga dia berpantang. Kami diamkan saja perkara ni dari pengetahuan MIL.
Ingatkan dah berakhir di situ. Rupanya selepas dia bersalin, dia bagitahu saudara mara dia berpantang bersendirian, MIL tak nak jaga dia berpantang, suami & abang suami (BIL) halau dia dari rumah MIL & FIL (sebab tu dia lari ke negeri lain) dan kakak ipar (aku) bagi anak luar nikah dia pada orang lain –
Ya, dia mengaku dekat saudara mara yang dia ada anak luar nikah setelah selama ni kami sedaya upaya sorokkan.
Teruk kami disindir dan dipandang sinis ketika balik kampung berhari raya. Bukan takat itu sahaja, FIL dihubungi adik beradik & anak2 saudaranya untuk diberi nasihat, katanya sedangkan nabi pun ampunkan umat.
Disinilah bermula masalah dalam keluarga kami. FIL jenis people pleaser & sentiasa mahu dipandang baik oleh orang luar, tanpa kisahkan apa yang kami nasihatkan. FIL mula ambil tahu hal Qila. Qila & suami mula naik kepala, seronok barangkali ada backup besar.
Qila & suami mula mintak duit dari FIL dengan alasan untuk bisnes. Bila ada masalah rumah tangga, Qila & suami mula mengadu domba dekat FIL.
FIL pula akan membantu apa sahaja masalah mereka (mostly berkaitan duit), dengan alasan siapa nak tolong anak kalau bukan dia. Lagi satu alasan, kesian kan cucu (ketika ini aku & suami masih belum ada anak).
Bila anak2 nasihatkan FIL, hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kata orang, seperti mencurahkan air ke daun keladi. Aku macam biasalah, hanya memerhati dari jauh. Apa2 cuma cakap dekat suami je.
Sampailah satu peristiwa yang buat aku turn off dengan MIL & FIL. Peristiwa yang ubah aku dari menantu yang sangat rapat dan seronok bila MIL & FIL nak datang, kepada menantu yang bila suami video call pun, aku malas nak ada sebelah.
Pada hari cuti umum, aku & suami pergi melawat nenek di kampung. Tiba2 FIL telefon, suruh balik & ambil Qila bawa ke rumah kami (jarak rumah kami ke rumah Qila lebih kurang 1 jam 30 minit) kerana dia bergaduh suami isteri.
Suami menolak, katanya tak mahu masuk campur hal suami isteri. Tapi kemudian FIL marah dan tinggikan suara pada suami. Katanya suami tak ada hati perut dan mementingkan diri sendiri.
Suara FIL sangat jelas walaupun panggilan tu tak diletakkan dalam mode speaker. Hilang mood kami untuk melepak dengan nenek selepas makan tengah hari.
Plan untuk duduk rumah nenek sampai petang terpaksa kami batalkan. Kami pulang ke rumah kami. Ketika dalam perjalanan, suami menghubungi FIL untuk berbincang, tapi panggilan tak berjawab.
Suami cuba pula menghubungi MIL, MIL jawab, tapi apa yang kami dengar, cumalah suara FIL. Ayatnya sampai sekarang mengguris hati aku, “letak telefon tu sekarang” – kerana dia tak mahu dengar suara suami aku.
Ketika ini aku mengandung 12 minggu. Mungkin aku ada emosi orang mengandung itu. Tapi kesedihan ketika kejadian ini, masih aku rasa sampai sekarang.
Bila sampai di rumah, suami hubungi BIL untuk berbincang dengan BIL apa nak buat. BIL juga setuju untuk tak masuk campur dalam urusan rumah tangga Qila.
Bila BIL hubungi FIL, reaksi FIL juga sama seperti tadi. Katanya kami semua tak ada hati perut. Nak biarkan saja adik tu dalam masalah dan kesedihan, dan nak biar saja adik tu bunuh anak dia baru kami nak bertindak (Qila kata dekat FIL dia terlalu tertekan bergaduh dengan suami & nak bunuh anak).
FIL kata dia nak datang ambil Qila dari kampung – perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam, nak bertolak pukul 1030pm.
Suami & BIL risau FIL & MIL nak datang dari jauh, lebih risau SIL yang kena memandu tengah2 malam. Akhirnya suami & BIL setuju untuk ambil Qila dan bawa ke rumah aku. Sebelum bertolak, mereka menghubungi Qila. Qila menjawab panggilan dengam suara tersedu2, menangis teresak2 sehingga tak faham butir bicaranya.
Suami & BIL jadi risau dan terus bergegas. Aku tunggu saja di rumah. Ketika itu aku di awal kehamilan, suami risau aku penat dan taknak aku stress dengan masalah berpunca dari Qila.
Bila suami & BIL sampai di rumah Qila, Qila & suami tiada di rumah. Katanya ke mall untuk healing. Membaralah kemarahan mereka berdua. Menangis macam dah kena dera teruk sangat, sampai ugut nak bunuh anak. Tapi boleh pula cakap pergi mall untuk healing, bukan dia tak tahu suami & BIL dalam perjalanan nak ambil dia.
Hampir dua jam juga suami & BIL kena “sidai”, yang akhirnya baru dijemput naik ke rumah. Ketika itu, Qila & suami dia baru habis makan ayam goreng dari restoran makanan segera. Tak nampaklah macam tengah bergaduh dan tertekan sampai nak bunuh anak tadi tu. Mata pun tak bengkak & sembap seperti baru lepas menangis teresak2.
Suami & BIL sampai ke rumah semula lebih kurang 2 pagi. Aku ada menjengah ke bawah, kemudian masuk bilik semula. Malas untuk beramah mesra. Aku cuma keluar bilik bila FIL, MIL & SIL sampai. MIL kata SIL terlelap ketika memandu sehingga kereta naik ke divider. Aku cuma suruh mereka tidur dahulu dan berbincang saja esok pagi.
Esok nya selepas subuh, suami & keluarganya berbincang dengan Qila. Jawapan yang dapat dari Qila hanya menyakitkan hati aku. Katanya suruh suami & BIL hantar dia semula ke rumah dia & suami dia.
Aku mula panas hati dan hilang sabar. Sudahlah suami aku kena marah dengan FIL kerana dia, SIL aku terpaksa memandu tengah2 malam sehingga terlelap dan naik divider,
Suami aku & BIL perlu memandu hampir 2 jam untuk ambil dia dan lagi 2 jam untuk pulang semula ke rumah, belum lagi kira kena “sidai” 2 jam sebab dia pergi “healing”. Belum sampai 10 jam dia dekat rumah aku, dia boleh cakap suruh hantar dia balik?!
Aku yang selama ini diam dan tak masuk campur masalah keluarga suami aku memang hilang sabar. Aku tinggikan suara aku depan MIL & FIL. Habis semua aku hamburkan. Nasib baik aku masih mampu mengeluarkan ayat2 yang baik walaupun dalam nada yang tinggi.
Awal bicara aku sempat minta maaf kat MIL & FIL aku sebab aku akan marah anak mereka. Aku sangat marah. Aku point out:
– isu dia bergaduh suami isteri pun nak kena report dekat FIL.
– isu dia bergaduh sampai suami & BIL turut bergaduh dengan FIL.
– isu SIL memandu sampai terlelap.
– isu suami dia baran & menagih.
– isu dia mengadu domba dekat saudara mara sampai menjatuhkan maruah suami & BIL.
– isu katanya aku yang bagi anak luar nikah dia dekat keluarga angkat.
– isu dia memburukkan kami dengan mengada-adakan cerita sampai saudara mara pandang sinis dekat kami.
-isu dia ugut nak bunuh anak yang akhirnya dia cakap dia hanya bergurau nak bunuh.
Habis semua aku hamburkan. Aku berusaha menjaga maruah suami, menjaga nama baik suami & keluarga. Macam tu je dia buat untuk burukkan kami.
Kemudian, aku dan suami tinggal kan rumah untuk pergi ke pejabat suami. Aku jarang ikut suami ke pejabat. Tapi hari itu aku rasa geram, rasa marah. Tak rasa nak duduk rumah untuk tengok Qila. Takut aku hilang akal dan tempeleng muka dia tu.
Ketika di pejabat suami, aku mendapat perkhabaran yang membuatkan hubungan aku dengan MIL & FIL renggang sehingga sekarang. SIL whatsapp aku, katanya FIL nak bawa Qila bercuti ke tepi pantai dan terus pulang ke kampung. SIL whatsapp untuk beritahu mereka sudah dalam perjalanan dan kunci ditinggalkan di tempat biasa.
Katanya, Qila sangat stress dan berasa sangat tak gembira berada di rumah aku. Qila tertekan kena marah dengan aku dan katanya aku menambahkan stress dia, stress yang accumulate dari dia bergaduh dengan suami. Jadi FIL bawa dia bercuti untuk tenangkan jiwa dia.
Aku sangat terasa dengan peristiwa itu. Aku tahu aku hanya menantu dan orang luar. Tapi FIL aku tak tahu ke, aku sangat hilang sabar sebab aku risaukan keselamatan mereka ketika SIL memandu tengah malam sehingga terlelap.
Aku sangat hilang sabar kerana sikap Qila la berdrama itu sehingga suami aku & BIL bergaduh dengan FIL. Aku sangat hilang sabar kerana dia dah memburukkan nama baik keluarga pada saudara mara sehingga kami di pandang sinis. Dan yang paling aku hilang sabar, kesihatan MIL merosot teruk sejak tahu dia mengandung luar nikah!
Walaupun dh setahun dua perkara ni berlaku, tapi aku masih terasa hati dan memilih untuk menjauh dari keluarga suami aku. Aku lebih memilih untuk ada, tapi macam tiada. Sebab akhirnya aku tahu, aku hanya menantu & orang luar. Walaupun niat aku untuk “backup” MIL & FIL, akhirnya FIL tetap menangkan anaknya.
Cerita lama ni aku buka semula, sebab semalam ibu & abah aku datang bermalam di rumah. Suami aku macam biasalah, sangat rapat dengan ibu & abah. Dia lebih banyak memasak dan melayan ibu & abah. Aku dulu begini juga bila FIL & MIL datang. Tapi sekarang tak lagi. Aku tak excited macam dulu.
Aku yang oversensitive ke?
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Menantu tetap menantu walau mcm mana baik pun kita melayan keluarga in laws kita. Buat masa ni focus je pd keluarga Puan, jarakkan diri drpd keluarga in laws & jgn ambil tahu walau apa pun masalah mereka. Selagi Puan ada suami yg sentiasa back up dan melindungi Puan tak perlu risau apa2.
Sis dah buat benda yang betul. Orang playvictim ni memang menyusahkan orang. Doa banyak-banyak supaya MIL & FIL sis terbuka hati untuk tengok perangai anak dia tu..ish gerammm kita baca perangai dia yee.
Awk sape nak tegur anak orang.. Kita menantu ni orang luar je. Sy dah berada di tempat awak dah. Adik ipar perempuan sgt kurang ajar, bodoh, kawin dgn jantan tak guna, tak keje, mengandung luar nikah. MIL dan FIL sy dicaci maki je olehnya. Wlaupun mcmtu, bila dah bercerai, anak pun dah 2, hidup susah, dia dtg semula duduk dgn mil dan fil. Mereka terima je. Anak diorg kan. Buruk mana pun tetap mereka syg. Menantu nasihat apapun tak ada apa2. Tak payah la kita sakit hati sgt atau nak masuk campur sgt. Tak ada apa yg kita boleh betulkan. Teruskan hidup sendiri dan usah fikirkan sgt masalah org. Let go, jgn sakit2 kepala k. Mil dan Fil nak kutip dia balik, suka hati diorg. Bukan masalah awk.