Overthinking

Okay thankyou sebab cerita aku ni dipublishkan. Pertama sekali aku nak cerita pasal kisah hidup aku yang mungkin ada yang senasib dengan aku. Moga2 korang dapat bagi pendapat/cara untuk aku selesaikan masalah aku ni. Okay aku student belajar dkt ipts and fyi aku mmg jenis yg sgt caring pasal org yg aku kenal. Bila dah kenal lama for sure lah akan jatuh syg tak kira lah laki ke perempuan ke yg namanya kawan or org yg aku kenal mmg aku akan caring gila lah.. okay itu mmg habit aku dari dulu takleh ubah terlampau caring dengan semua orang. And disebabkan itu jugalah aku dapat banyak masalah antaranya ialah :

1) masalah hati and perasaan
Bila dah terlampau caring or baik dgn someone mesti org akan ambik kesempatan and gunakan kita kan. Mula2 mmg tak perasan tapi bila dah lama2 asyik kita ja makan hati sapa ja tak terasa kan. So dari situ lah aku kenal siapa kawan siapa lawan. Lagi sedih bila yg ambik kesempatan tu kawan baik sendiri. Sedihh wehh rasa macam useless gila and ada jugak lah laki yg nak try aku senang2 nak game aku ckp suka aku then tak sampai berapa minggu terus blah tinggalkan aku without any reason. Aku be like grrrr

2) masalah dalam diri
Bila dah jadi baik and selalu dipermainkan aku kdg2 ada niat nak jadi jahat ja and jadi orang yg takde hati and perasaan. And sometime bila asyik fikir masalah tu aku jadi stress and sampai rasa diri aku ni tak berguna and benda2 negatif lah aku fikir pasal diri aku. Aku rasa macam aku tak layak nak berkawan dgn sesiapa pun sebab org asyik nak cari pasal dengan aku ja. Jealous sebab aku baik ke? So aku assume yg terlampau baik is my kelemahan. Aku takleh nak control diri aku. Aku asyik fikir org ja diri sendiri aku selalu tak fikir. Biar aku susah janji org yg aku syg bahagia.

3) masalah overthinking
satu lagi masalah aku is selalu overthinking sampaikan uban dah banyak atas kepala aku ni. aku selalu fikir apa org akan kata pasal aku sampaikan kdg2 aku jadi fake dgn diri aku sndri. and taktahu kenapa aku blh rasa or blh detect someone feeling melalui muka ja, means that aku boleh baca muka orang. Aku jadi panas baran bila dah selalu disakiti aku jadi cepat naik angin bila ada yg cari pasal dgn aku mula nak fire semua orang yg tak terlibat pun kena sekali at last bila aku geram aku ignore ja org yg aku syg and sebab overthinking aku jugaklah yg terhegeh2 minta maaf sebab buat perangai padahal aku mmg dah meluat dgn org tu.

4) masalah keluarga
Aku sedih sebab keluarga aku tak macam org lain. family aku dulu bahagia and blh dikatakan mewah jugak lah tapi tuhan nak uji bila dia mufliskan ayah aku punya bisnes and kami hidup susah and boleh dikatakan kais pagi makan pagi gitu lahh. Macam2 kerja ayah aku buat and sampaikan satu tahap bila aku nak sambung belajar ayah aku tak bagi sebab takde duit. Sedih mmg sedih tapi sebabkan niat aku nak belajar aku mengemis dari semua org nak pinjam duit. Aku cari semua sendiri sebab mak ayah aku mmg dah taknak fikir pasal aku. Sedih tu tuhan ja yg tahu. Start dari situ aku dah mula rasa kurangnya kasih sayang dri family aku. Bila balik rmh aku tak rasa nak mengadap muka family aku sebab sedih dgn cara diaorg treat aku. Sebab tu aku berbaik dgn kwn2 aku sebab aku taknak org rasa apa aku rasa. I just need korang punya kasih sayang ja and please don’t treat me like sampah. Its really hurt…

Actually aku ada lagi benda nak kongsi tapi setakat sini dulu lah sebab aku betul2 perlukan pendapat korang untuk settlekan masalah aku ni. Masalah jiwa ni betul2 rosakkan otak aku. Serabut sebab aku over thinking dalam semua hal. Aku dalam dilema untuk terus jadi baik or jadi jahat ja. Jangan bash aku disebabkan masalah aku ni. Aku nak pendapat korag ja. Thankyou korang.

– Miss Overthinking

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit