Salam dan hai pada yang membaca…. Terima kasih sebab sudi baca luahan ni.
Macam yang korang nampak tajuk kat atas, aku akan ceritakan sedikit tentang diri aku sebagai overthinking.
Macam yang kita tau overthinking ni berfikir something yang memang tak ade ending.
Boleh dikatakan setiap masa aku akan rasa bende ni. L\agi ii pulak aku baru saja habis SPM. Biasanya orang akan kerja sebab nak pengalaman atau cari duit.
Tapi aku… masih lagi nak berfikir nak kerja ke tak. Dan aku lebih gelisah bila tengok ramai kawan aku dah mula kerja.
Time ni fikiran aku just fikir…. asal aku tak kerja lagi ni… semua orang dah kerja, aku?… macam mana diorang minta kerja… kalau takde kawan cane… kalau bos garang.. dan selebihnya.
Mak, alang, paklong sume tanya, tak nak kerja ke? Diorang taklah push sangat, cuma kata ii diorang tu buatkan aku rasa cam…
So aku tanyelah beberapa kawan aku, ade saja yang tak kerje. Jadi barulah hati aku ni dah rasa lega. Sebab bukan aku sorang saja.
Aku bagitau ade sorang kawan aku ni, yang aku tak kerja sebab TAKUT. Jadi dia bagi nasihat,
“Takpe sokay jangan paksa ii. Sebab environment baru kan, nak sesuaikan diri pun ambik masa. Tak kerja pun takpe sebab bukannya mindset semua orang nak kerja lepas spm…”
Time tu Allah saja yang tahu betapa rasa lega tu datang. Dan sekarang ni aku hanya duduk rumah tolong mak kat dapur sementara tunggu result spm. Alhamdulillah aku tak rasa serabut.
Sebenarnya banyak saja lagi yang aku nak luahkan… silap ii jadi novel kang. Tapi satu lagi yang aku nak cerita, aku risau 3 perkara selepas SPM iaitu… belajar bawa kereta, masuk universiti, dan bekerja.
Paling heavy ialah masuk universiti. Benda yang berlegar ii dalam minda aku sekarang ialah… aku dapat masuk uni ke nanti?…. takutlah nak kene group… presentation… assignment…
Macam mane kalau aku selalu nangis sebab takut nak lalui semua ni… kalau tak faham belajar, takut nak tanya pensyarah… macam ii lagi lah.
Lagi ii pulak aku ni introvert. Boleh ke aku survive?!!!
Aku masih lagi tak bersedia nak masuk alam dewasa. Dan sebolehnya tak nak pun. aku rindu nak jadi kanak ii sebab kau tak perlu fikir apa kecuali main 24/7.
Aku harap kepada mereka yang ada overthinking cam aku… semoga kita kuat sama ii.
Sebab overthinking ni one of the mental illness and kita cuba nak cari solution untuk masalah akan datang.
Overthinking ni memang berat.. Jujur aku cakap. Sebab kau akan fikir tak henti ii sampai otak rasa penat dan nangis saja.
Mustahillah kalau aku tak pernah rasa nak b.n.h d.ri. Sebab nak hapuskan rasa sialan ini. Nauzubillah..
Nasihat aku, walau apa pun perasaan yang memberatkan hati kau.. Itu cuma takut yang kita sendiri cipta. Hakikatnya tak seteruk yang kita fikir.
Berjuanglah walau pun selalu rasa down, sebab bila kau dah capai apa yang kau nak, semua ‘rasa’ tu akan hilang seolah kau tak pernah laluinya. Percayalah…
Doakan aku semoga dapat lalui hidup ni dengan baik. Hihihi..
Itu sahaja.. Selamat tinggal
– Cullenyuw (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit