Aku Yaya (bukan nama sebenar) berumur 22 tahun, di mana seorang perempuan yang sangat ambil kisah akan boyfriendnya.
Kami kenal sudah dua tahun setengah, perkenalan kami bermula dari sosial media. Aku datang kesini sebab aku nak luahkan apa yang aku tengah lalui.
Aku kenal dia, Azam (bukan nama sebenar) masa tu Azam still kerja part time dekat mall.
Ye aku lupa nak cakap, yang dia duduk dekat sarawak dan aku duduk di kedah, kami contact pun secara online je, tapi cinta aku dekat dia sangat dalam.
Tipu lah kalau kami takde nak rancang untuk berjumpa kan, ye memang ada.
Dulunya kami cuma berkawan, tapi betul la apa orang cakap, perempuan dan lelaki tidak boleh kawan, boleh timbul perasaan suka tu.
Tapi lama lama bila kami berkawan, perasaan suka aku kat dia bertukar menjadi cinta dan sayang, tapi aku tak cakap dekat dia. Aku diam untuk mengelakkan persahabatan kami hancur.
Akan tetapi, si Azam ni pulak confess tiba tiba dan rupa-rupanya dia sendiri pun memang ada perasaan dekat aku, dan aku pun terima la dia jadi boyfriend aku.
Setelah beberapa bulan kenal, Azam ni berhenti kerja hanya sebab contract kerja dia dah habis.
Selama Azam ni tiada kerja, banyak masa aku terbuang dengan dia. Chat online call nonstop 24/7 dengan Azam ni. Selain benda tu kami jugak suka main game online sama-sama.
Kami juga kerap bergaduh sebab benda kecil, dan aku mengaku aku yang suka besarkan pergaduhan tu.
Tapi Azam seorang lelaki yang penyabar, ye dia sanggup mengalah turunkan ego dia untuk aku. Aku hargai sangat apa dia buat untuk aku.
Satu hari tu, dia dapat kerja baru, dan bermulanya lah overthinking ku disini.
Aku selalu kacau dia kerja, mula-mula memang aku belum terbiasa, sebab selama ni masa aku memang dengan Azam je.
Sehinggakan dah tiba waktu rehatnya pun aku cuma nak dia ada dengan aku sorang je. Ye aku tahu dia mungkin akan rimas dengan sikapku.
Ada seorang perempuan di tempat kerjanya, yang buatkan aku tambah overthinking.
Pernah kantoi dengan aku, si Azam chat perempuan ni dan Azam beri alasan chat berdasarkan kerja sahaja. Ye aku faham aku boleh terima, tapi perlu ke sampai nak delete chat tu?
Okay disini aku mula boleh terima lagi, aku maafkan dia. Ada satu benda lagi dia tipu aku pasal perempuan tu, Azam cakap perempuan tu bini orang,
Okay mulanya aku percaya. Lama-lama aku tahu yang dia tu belum kahwin, dan dia cakap yang perempuan tu tunang orang pulak.
Azam beri alasan dia tipu sebab nak jaga hati aku. Ye jaga hati bila benda sudah kantoi, tapi masih lagi nak pertahankan diri tu.
Jenis aku, sekali ditipu pasal perempuan lain, aku memang susah nak percaya lagi.
Maaf sebab aku ada trauma dengan kisah silam aku. Hubungan kami jadi rosak sebabkan overthinking aku sahaja,
Kami belum putus, tapi apa sahaja yang dia buat di tempat kerjanya, aku sentiasa nak tahu. Aku akan sentiasa chat dia untuk memastikan tidak ada perempuan yang boleh dekat dengan Azam.
Adakah aku obses terhadap Azam? Sungguh aku tidak tahu, yang aku tahu aku memang cintakan Azam, aku sayang dia sepenuh jiwa aku.
Aku hampir gila kalau tiada apa-apa khabar dari Azam walaupun dia tengah kerja.
Hati aku tak tenang, aku beri alasan sebab LDR, aku tidak nampak apa yang jadi disekelilingnya.
Ye perempuan tu masih bekerja disitu, Sebab itu la aku jaga Azam separuh mati. Aku tak nak kehilangan lelaki sebaik Azam.
Azam selalu cakap, dia tidak akan tertarik dekat mana-mana perempuan selain aku. Tapi aku ada trust issues, apatah lagi bila berkaitan dengan perempuan lain.
Tapi aku tak percaya perempuan tu walaupun dia tak berapa rapat dengan Azam (itu yang Azam cakap).
Aku cuba bangun, cuba buka mata, tapi aku tak boleh, aku lemah, ada sahaja benda buat aku nangis terfikir pasal Azam dengan perempuan tu.
Jujur aku tidak tahu, adakah aku overthinking berlebihan? atau aku yang obses terhadap Azam?
Tapi ye, aku memang sayang dan cintakan Azam. Aku taknak hilang lelaki sebaik dia. Aku buntu nak buat apa dengan diri aku.
Aku takut dengan sikap aku, Azam rimas dan tinggalkan aku.
Maaf ceritaku singkat, bantu lah aku, nasihat la aku, Apa aku perlu buat dengan diri aku ?
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit