Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih buat admin kerana sudi menyiarkan luahan saya pada kali ini.
Saya Cahaya, telah berkahwin dengan jejaka pilihan saya selama 5 tahun.
Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, namun hari2 kami sebagai suami isteri tidak pernah bosan dan saling sayang-menyayangi (oh kami pasangan jarak jauh namun berjumpa 2-3kali seminggu sahaja).
Jangkaan “kebahagiaan” kami hingga ke akhir umur kami ternyata diduga pada tahun ini.
Suami saya kantoi keluar berdua dengan perempuan lain sewaktu kami berjauhan. Bukan sekali tapi beberapa kali.
Kantoi juga beberapa perkara lain yang buatkan saya tawar hati. No wonder dia start uninstall apps location kami dengan alasan saya terlalu overthinking?
Saya iyakan saja dulu untuk delete apps tu sebab taknak kami bergaduh. Rupanya dia taknak kantoi dia keluar dengan perempuan lain.
Long story short, saya ajak dia pergi berubat. Rupa2nya ada orang hantar sihir pemisah kepada suami saya. Patotlah dia tengok saya selalu marah2 dan banyak tak kena dengan saya.
Selepas saya dapat tau tentang perkara ini, saya cuba untuk berlapang dada dan bantu dia dalam proses “berubat”
Namun dalam hati saya memang saya rasa nk cerai je sebb terlalu kecewa dan banyak sangat penipuan selama ini.
Soalan saya, sekiranya pembaca dalam situasi saya, apa yang anda akan lakukan?
Saya pernah persoalkan pasal cerai ini dekat suami saya.
Dia tau saya tengan terseksa dengan situasi kami. Jadi dia cakap kalau nak bercerai, dia akan bagi kerjasama cumanya dia tak sanggup nak lafaz cerai luar mahkamah.
Kami masih sayang menyayangi namun parut di luka terlalu dalam untuk melupakan..
– Isteri Kecewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit