Owner Merangkap Housemate

Assalamualaikum pembaca iium semua..first thanks to admin kalau approve aku punya confession ni..btw ni kali pertama aku nak confess dekat sini..maaf kalau jalan cerita aku terlalu complicated untuk di baca or di fahami..

Cerita aku bermula di mana aku dapat kerja di satu tempat yang agak jauh dari rumah parents aku then setelah meneliti jarak dan masa adalah lebih baik jika aku menyewa bilik..so macam biasa lah aku try cari guna mudah and memang nak cari bilik sewa yang memurah pun and gotcha! aku dapat area sekian2..

Ok berumahkan teres setingkat dengan 3 bilik sorang satu termasuk aku dan dua lagi manusia di mana salah satu dari manusia itu merangkap tuan rumah kepada bilik yang aku sewa tu..so aku panggil owner tu ‘Akak’ sebab dia dalam 30an yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak..tapi anak dia tak duduk situ lah..just aku dia dan ada housemate lagi sorang yang sebaya dengan aku..

Well bila serumah dengan owner nih faham2 lah memang ada rules dia macam duduk mana2 rumah sewa dekat dalam malaysia nih..antara rules yang di sebutkan adalah:
– lepas mandi tolong kutip rambut
– lepas guna dapur tolong bersihkan
– waktu dia cuti tolong park kereta luar garaj (sebab dia nak basuh kereta)
– and bla bla bla

So bagi aku rules yang dia bagi tu memang tak susahkan aku pun sebab aku nih bukan nak kata masuk bakul lah tapi aku memang pembersih ok..kawan2 selalu lah cakap aku ni ada penyakit perfectionism..sebab aku tertarik untuk menyewa rumah tu bila je masuk rumah tu memang betol2 nampak setiap ruang tu macam rumah lah..tak macam sesetengah rumah sewa yang lain bila kau masuk je dalam rumah, macam kau tengah masuk dalam kapal tongkang yang dah terbalik pecah terhempas (means bersepah nak mampos)..

Setelah masuk bulan yang ketiga aku nyewa dekat situ, setibanya aku pulang dari kerja nih nak mandi owner tu pn cakap dekat aku air kat rumah tak ada dan respon aku pun macam haa!! ala! sume keluar..korang pun tau kan air nih penting beb..aku dah lah jenis selalu sakit perut..fuhh tapi akak tu cakap esok dah ada air then aku pun bertukar jadi cool sebab lega lah bukan berpanjangan..

Esoknya bila aku nak pergi kerja jiran sebelah rumah aku ni pencen cikgu sekolah menengah ok..cikgu sains gitu..dia pun dok tegur aku lah cakap air rumah aku semalam kene potong dan haaa tercengang dengar statement jiran yang menunjukkn meter rumah aku dah pun tak ada..omg!! pagi tu darah aku terus meluap2 terasa macam apakah! tapi aku cover cool je depan jiran..tengahari dekat tempat kerja aku wasep akak tu dalam group yang dia create (konon senang lah kalau ada apa2 nak roger serumah)..aku wasep tanya pasal air dah ada ke belum (acah2 aku tak tahu kononnya)..dia pun dok reply lah belom bla bla bla..

Aku orang nya jenis straight to the point la..aku terus tanya dia apa kes air sampai kene potong..kalau korang nak tahu lah kan, bil api bil air sepanjang aku duduk situ aku tak pernah tengok berapa sebulan sebab tak pernah nampak langsung..bila aku minta dekat akak tu nak tengok dia tukar topik lah apa lah..aku pun macam haa takpelah kan sebab sewa aku 200 include api dan air..sampai 1 tahap dia reply dia cakap ni masalah dia jadi dia akan settlekan untuk air tu ada semula dan minta aku dan sorang lagi tu tolong faham dan bagi kerjasama..hello kau bagi jawapan macam tu dekat aku ingat aku budak2 ke apa..masalah tak ada air tu melibatkan 1 rumah..masalah kau sekarang tu adlah mana duit sewa yang kiteorang bayar tiap bulan sampai air nak kene potong tu?? macam mana nak bagi kerjasama dan faham kalau aku tanya dia bil air pun tak bagi tengok..kau rase?? time tu dalam group aku dah menyirap je dengan jawapan2 yang dia bagi so aku cuma cakap dekat group tu terima kasih dan ayat akak memang menyakitkan hati..so di pendekkan cerita rumah tu tak ada air selama 4hari..kau rase macam mana aku survive dalam masa 4 hari tu gara2 perangai owner yang tak bertanggungjawab tu..

Housemate aku lagi sorang nih memang tak berani lah nak tegur perangai akak tu even dia tak suka perangai akak tu, macam mana aku tegur tapi aku tegur cara elok akak tu plak bagi jawapan yang menyakitkan hati..so macam mana nak respect kalau owner pun tak ada sikap untuk berbincang..aku bukan nak kata aku je betol dalam hal nih tapi kalau korang sendiri dekat tempat aku haa taulah..

So kalau korang nak tahu since dari kejadian pasal air tu sampai sekarang ok owner tu tak bercakap dengan aku..dan aku pun tak heran sangat kalau dia tak tegur aku cuma aku nak tekan kan dekat sini as owner kalau dah salah tolong lah admit salah kau tu bukannya buat muka tak bercakap..padahal bukan budak2..umur jauh lagi tua dari aku..kalau aku yang muda nih pun boleh fikir dengan matang tak kan lah kau yang lebih dewasa dari aku tak boleh buat perkara yang sama hanya kerana sebab kau tuan rumah..come on lah..

– Khoo Yen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit