Oyen a.k.a Pusak

Assalamualaikum. Pertama sekali aku minta maaf kalau ayat aku dalam ni nampak kasar, aku minta maaf. Aku tengah bengang sebenarnya ni.

Aku seorang yang bekerja, isteri juga bekerja dan ada anak-anak yang bersekolah.

Kalau baca tajuk aku, pasal Oyen. Atau kalau di bumi borneo ni, orang panggil pusak. Pusak tu kucing. Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang kucing jiran aku yang warnanya Oren.

Si Oyen ni hari-hari menduga iman aku. Bangun pagi-pagi, mood aku biasanya ceria-ceria nak hantar anak-anak ke sekolah, sambail nyanyi-nyanyi ngan anak aku, nak ambik mood nak mula hari.

Sekelip mata mood yang baik tadi akan berubah gara-gara si Oyen.

Sebab apa aku marah sangat ni…? Tadi aku dalam bilik meeting, aku rasa pagi tadi Oyen dah kencing di kasut aku. Masuk bilik meeting yang tertutup, bau semerbak kencing kucing. Rupa-rupanya bau tu datang dari aku. Kasut aku.

Aku tanggal kasut di luar, stokin pun tanggal. Barefoot je. Malu gila aku. Present kat bos tanpa pakai kasut didepan, nampak macam… Hmmm….

Aku bagi alasan, aku tersilap kasut, sakit kaki. Tapi aku tau, ada antara kawan-kawan yang tau kenapa aku buat macamtu. Cuma dorang tak bersuara sebab tak nak bagi aku malu.

Aku terfikir macam mana aku nak solat zohor kejap lagi. Sebab aku dah tak yakin dengan seluar aku pakai ni. Mungkin kencing kucing dah terkena pada seluar juga, aku betul-betul tak perasan masa sarungkan kasut pagi tadi.

Aduh.. Kasut boleh la tanggal, kalau seluar…? Korang ada idea tak?

Kain pelekat pun takde masalahnya. Bengang dan menyusahkan betul lah!

Pernah sebelum ni, Oyen berak di tayar kereta aku. Aku dah halau, dah cuba letak macam-macam benda supaya dia tak datang lagi, bertahan cuma sehari dua.. Hari ketiga nampak lagi kelibat si Oyen di rumah aku melalui CCTV.

Aku bengang. Kalau ada yang cakap masalah aku ni kecik je, aku macam nak hempok. Terutamanya jiran aku yang seakan-akan tak ada otak biarkan kucing dia berkeliaran rumah jiran-jiran.

Bila diberitahu, katanya terlepas dari sangkar. Bila bagitau lagi, katanya Oyen asyik mengiau-ngiau jika diletakkan dalam sangkar.

Aku rasa macam nak sumbat jiran aku dalan sangkar kucing dia sebab macam takdak akal jawapan yang dia bagi. Sama level ja dia ngan si Oyen tu, sikit pun tak ada beza.

Tak cukup di tayar kereta, diberaknya pulak di halaman rumah aku, kawasan ni berpasir dan berumput. Ada orang bagi petua, letak botol-botol air cordial merah dalam tu, aku dah buat. Tak jalan jugak.

Ada yang bagitau suruh letak minyak hitam di kawasan tempat dia membuang, sehari dua je Oyen tak datang. Lepas tu, datang balik. Plus aku mana ada banyak sangat minyak hitam kereta tu.

Sekarang ni rumput-rumput pun dah bertompok-tompok. Rumput hijau dah jadi hitam. Meluat aku tengok! Gara-gara si jiran takde akal. Banyak lagi lah kalau nak cerita bab si Oyen ni, tapi aku rasa cukup takat ni. sebab benda yang sama, pasal najis dia.

Menyesal aku berjiran dengan orang macamni. Islam tapi macam taktau adab berjiran. Pelik. tak takut Allah ke, dok bagi sakit hati aku setiap hari…?

Kat Mahsyar esok semua ni akan diadili. Korang rasa berbaloi ke nak bawak benda macamni sampai ke Mahsyar tapi tolong lah ya Allah. Sabar aku juga ada limit. Ada LIMIT!

Sabar ni kalau boleh nampak, kalau boleh dengar, dah bunyi ting ting ting ting ting!!!!! Sebelum meletup.

Aku tak nak gaduh dengan jiran pasal ni, tapi kalau kau deserve, aku terpaksa buat. Aku akan buat.. Kau tunggu je lah! Walaupun aku taktau nak buat apa. Hmmm… Ada idea tak…?

Jangan bagi idea yang ganas sangat, tak kena ngan jiwa aku. tolonglah aku. Aku taknak aniaya haiwan, aku taknak aniaya jiran. sebab aku Muslim walau iman aku tak kuat.

Aku terfikir nak rotan si Oyen tu guna rotan anak aku, tapi aku takut dera haiwan pulak. Emosi aku terdera setiap hari ada jiran aku fikir..? fizikal aku pun lelah nak hadap najis kucing merata-rata. Ada dorang fikir..?

Kalau aku beri surat layang je kat jiran boleh..? sebab aku taknak message dia, aku dah tawar hati, sedih dengan alasan-alasan dia.

Tolonglah korang ada idea tak?

– Bengang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Assalamualaikum. Kmk org srwk, apa kata kita diam² bawak oyen ya pindah, letak nya d kawasan kedai makan. Kmk ada jua buat mcm ya dgn pusak pendatang yg membuat onar d halaman rumah. Harap membantu.

  2. Idea ni mmg agk ganas la trpulang la nk buat ke x.. ko ambil je oyen tu bwa masuk kreta, ko pg buang kat area kedai2 mkn, psar mlm ke, biar dia hidup sdiri x bertuan, tempat2 yg dia blh cari mkn la jgn kt tepi hutan or tempat susah dia nk cari mkn pula, alamat mati pula oyen tu.. inshaaAllah hidup je oyen tu, Allah jua beri rezki pd stiap mkhluk ciptaanNya..

  3. Tangkap kucing tu senyap2 dan buang jauh2, sebab pemilik kucing tu memang takkan buat apa2 to improve your situation.

    Jangan pukul kucong. Kesian kucing tu

  4. saya faham keadaan awak. kawasan rumah saya pun masalah kucing. bau busuk, hancing dan bau taik. buat kereta kita macam katil dia. angkara jiran depan rumah suka duk bagi makan kucing liar. dia sendiri pun ada bela kucing. bila ditegur, dia kata ” taik kau wangi ke”?

  5. kami tak pernah buang kucing kalo berak merata, but petua kami adalh;
    1. Letak clorox area yang kucing buat penanda. Selalu bertahan until 3 days sbb bau clorox makin menghilang
    2. Stay alert kalau dia mahu masuk. Kami beli pistol yang berisi air, jadi kalau kucing datang ke rumah kami, kami tembak dia pakai air
    3. Cat repellent di shopee. yang ni kena beli banyak sikit sebab takut repellent dia slow2 menghilang

  6. Adoií..jiran aku pun sama. Tp dia tak lepaskan kucing2 dia. Dia kurong dlm kandang. Dah membiak 2 condo dah. Bau pering, hancing, jgn cakap la walaupun mereka (suami isteri yg dh 60an) bersihkan 2x sehari. Yg paling buat hati aku panas, dia letak 1 condo sebelah rumah aku ,laluan aku kuar masok..korang bayangkan bau dia…Aku pun tak nak gadoh2 ngn jiran. Selagi aku boleh sabar, aku tahan je..dgn tutup idong setiap kali aku keluar….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *