Assalamualaikum. Aku baru sedar kini… Ada sesuatu sedang berlaku tanpa kita sedari.
Ada sesuatu yang mengekang dan membentuk landskap sosial negara kita.
Aku sudah mengikuti isu negara P sejak 30 tahun dahulu lagi. Sesuai dengan peningkatan umur, aku sudah jarang menggunakan medsos, hanya untuk tujuan hobi, mengetahui isu semasa, dan meningkatkan kemahiran diri.
Ada sesuatu yang berlaku membuatkan aku tersedar betapa selama ini kita tidak menyedari apa muslihat yang berlaku.
Alkisahnya aku mengikuti seorang pempengaruh yang rajin update tentang pengurusan diri, kewangan, isu semasa, melancong dan sukan. Aku namakan dia Budin.
Sejak kempen boikot, Budin rajin troll kempen boikot produk Is, which means dia against orang yang boikot. Bagi aku makin lama makin melampau post troll Budin buat ni.
Ia contradict dengan apa yang berlaku di barat dan dunia luar.
Masyarakat dunia makin tersedar dan terbuka serta memahami isu negara P adalah isu yang lebih besar, not limited to religion or region, yang mana ia memerlukan perhatian dan gerakan sedunia untuk membanteras kegilaan dan kerakusan syaitan bertopeng manusia ni.
Orang luar bukan Islam usaha berkempen boikot, kita yang Islam tolak boikot. Tak pelik ke?
Budin selalu portray dia seorang yang open, up to date, bijak. Tetapi tindakan dia memerangi orang yang boikot dan beriya-iya troll, tidak selari dengan kefahaman agama yang dia claim, dan dengan luasnya perjalanan dia ke serata muka bumi tuhan.
Sepatutnya makin banyak berjalan, makin besar dan tepat penilaian mana salah dan mana betul.
Jika kita mengikuti isu negara P, bagi aku adalah sangat wajar untuk kita boikot kerana itulah the least we can do as a muslim brother/sister.
Menolak boikot hanya sebab tak berkenan akhlak segelintir pemboikot, lantas tidak memboikot.
Adakah setara dengan apa yang P alami berpuluh tahun, adakah setara dengan jumlah nyawa yang diratah? Bila badan kau kena bom, kau tak sempat fikir pun akhlak pengebom.
Dengan berfikir akhlak pengebom, adakah mengubah kenyataan yang nyawa kau dah melayang? Tak kan.
At this moment, bukan isu akhlak segelintir pemboikot yang patut kau perjuangkan. Why you should delay? Apakah nyawa-nyawa saudara kau tu tak bererti?
Ada satu post Budin yang aku rasa aku tak boleh diam, aku komen secara terbuka untuk menegur, tetapi setelah disemak rupanya komen aku tidak boleh diview (sekiranya akaun orang lain melihat komen tersebut, hanya aku seorang boleh melihat komen aku).
That means komen aku telah dihadkan oleh mukabuku kepada aku sahaja. Itu mungkin boleh berlaku, mungkin Budin letak setting tersebut, tak apalah.
Yang mengejutkan adalah aku turut tersedar yang aku sudah tak boleh komen di mana-mana page lain. (Aku telah semak dengan kawan-kawan aku yang mana mereka menggunakan akaun mereka sendiri untuk melihat komen aku).
Sejak bila dan bagaimana ia berlaku? Adakah mukabuku melalui algorithm nya sedar aku bukan typical pengguna yang naif dan telan semua propaganda dan kepura-puraan?
Adakah komen aku (yang mana diterima baik oleh pengguna sosial), membuatkan mukabuku tersedar lantas menyekat aku?
Tahukah kita semua, adanya board mukabuku which is board itu terdiri daripada sekumpulan orang (yang tidak diketahui siapa) yang menentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh ada di mukabuku?
Aku tahu kerana report aku mengenai pengguna yang secara terangan menggunakan gambar nude dan lucah, telah diabaikan oleh board mukabuku, kerana katanya tidak melanggar definisi apa yang perlu dan tidak perlu ada di mukabuku.
Siapakah mereka? Apa yang mereka guna untuk set rules and regulation? Apa kah corak landskap sosial yang mereka mahukan?
Berbalik kepada post yang dibuat oleh Budin tadi, aku melihat ada komen-komen makcik pakcik (seems well educated) dan ada masih muda, mula question tentang kesahihan kata-kata ketua negara Is, dan mengatakan ianya adalah fitnah kepada ketua negara Is.
Seolah-olah seluruh manusia lain seluruh dunia yang bangun menentang Is (walaupun berlainan agama) ni adalah salah dan membuat fitnah?
Aku pelik kenapa sampai begitu komen simpati, ya mungkin pakcik makcik tak tahu wujudnya kejahatan Is sebelum ini… adakah pejuang-pejuang orang bukan Islam pd isu ini, satu kebodohan?
To my surprise, segala video kejahatan kata-kata ketua negara Is telah lenyap di yootube dan mukabuku. How come? Hanya berita-berita kononnya Is adalah innocence jika kita search di gugel.
Sayangnya mungkin kita hanya pengguna internet yang biasa dulu kala, kita tidak menyimpan rekod dan bukti. Tetapi for me myself, orang yang mengikuti isu P sekian lama, i had watched it before.
Maka tidak hairan lah orang-orang yang baru nak ambil tahu isu P ni claim kata ia adalah fitnah, sebab susah dah nak cari rekod dan bukti tu semua.
Algorithm di gugel tu semua ditentukan dan dikawal oleh mereka. Patutlah makcik pakcik jadi tak tau pape, sebab bila gugel tak jumpa, pastu terus cop kata fitnah.
Pandai “mereka” melagakan sesama islam. “Mereka” tak perlukan tentera berdepan secara fizikal. Cukup sekadar memusingkan keadaan sampai kita pening dan bertelagah sesama sendiri. Mudahnya “mereka” membodohkan kita.
Tengoklah sekarang kempen block out pun kita dah bertelagah. “Mereka” gunakan bisnes, fame, popularity. “Mereka” approach pempengaruh dengan menampakkan seperti tujuan mereka innocent.
Yang lemah akan terperangkap.
Kita akan mula keliru, siapakah lawan kita? Is atau orang islam itu sendiri?
Dari segi teknologi, we are way behind them. Kita bekerja sendiri-sendiri, kepandaian kita sendiri-sendiri.
Tetapi “mereka” bekerja dalam satu pasukan. Ada agenda BESAR yang mereka perjuangkan. Langkah mereka sudah lama dan panjang.
Orang kita sibuk perli kenapa guna medsos yang dicipta oleh Is? Kalau tak guna, orang-orang kita akan terus hanyut dan masuk lubang biawak.
Negara P adalah kecil sahaja. Do you think they will be enough after getting P? No they will not.
Aku sendiri tidak tahu apa plot yang mereka sedang rancang. Tetapi aku tahu mereka tetap tidak akan berhenti. YTJT.
Kepada Allah kita berserah.
– White snow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam,
Budaya Melayu nih tak sama dengan budaya barat, orang barat yang baik baik menolak untuk mengidolakan manusia, kalau ada poll kat sana, mau nya Kim K ranking paling atas, sebagai figura awam yang tak bermanfaat, tak berpengetahuan dan contoh terburuk dalam masyarakat.
Orang Melayu, berasal dari sejarah mengidolakan orang orang, asbab tuh penjajah hantar figura mereka yang paling hebat untuk tawan negara nih ketika dulu. Cakap cakap sikit terpesona, sign itu ini, melingkup semua. Game over.
Zaman now Gen Z, tak ikut semua nih, apa yang mereka tak puashati, mereka akan speak up, ” Ibu stop beli Milo, Maggie, makan McD, Kepci. Diaorang dapat untung bagi modal buat bantai orang orang Palestin”. Apa yang parent Gen Y, Millennial balas, ” Alah tak payah nak boikot bagai, hantar doa cukup”. Ini contoh hasil penjajahan yang terlalu lama, ada jarak yang jauh dan garisan yang tebal antara Gen Z dengan parent diaorang.
Tentang Blockout 2024 nih, 90% Gen Z start, walaupun mereka sangat muda, sebab mereka tahu kalau ikut cara orang lama, Gen X, Gen Y dan Gen Millennial, tak akan menyelesaikan masalah, Generasi tua ini yang mengidolakan pempengaruh dan selebriti secara berlebihan, bayangkan selebriti dan pempengaruh boleh buat apa saja, generasi tua nih akan tetap support. Tetap beli produk, tetap bekap. Sangat buta. Nih budaya mengidolakan manusia yang tak wujud pada Gen Z.
Suka tak suka pempengaruh dan selebriti kena terima, yang Gen Z memang tak sepakat dengan parent mereka, atuk nenek mereka, mereka dah terlalu di awangan, Gen Z attack betul betul dekat insecurity mereka. Benda yang Generasi tua tak mampu buat. Mereka jadi triggered. Benda tak pernah kena. Selama nih dianggap idola, disanjung tinggi, dihormati. Nuh uh. Itu dulu, dulu dulu dah habis.
Bukan soal hal Palestin sahaja, banyak hal yang Gen Z sangat tak setuju dengan Generasi Tua, antaranya kesukaan mereka yang berhutang sana sini, bergosip hal artis yang tak bermanfaat, bergaduh tentang harta pusaka. Apa penyelesaian untuk hal di atas, tak wujud, yang wujud adalah cubaan Generasi Tua untuk wariskan hal hal tersebut pada Gen Z, NOPE, Gen Z tak nak berhutang semata nak nampak kaya, Gen Z tak nak gosip hal artis yang tak bermanfaat, Gen Z minta buat hibah, tak nak gaduh pasal harta.
Tutup salam.