PA Yang Berduka

Assalamualaikum semua. Aku Maisarah. Harap admin approve. Tak diluah nanti teringat ingat, nak diluah tak semua benda boleh diluah pada telinga manusia.

Jadi disinilah tempatnya alang2 aku nak tahu juga pendapat dan pengalaman orang lain. Kalau rasa ini aib, takpala, jangan baca, ni je tempat aku nak lepaskan beban.

Aku kerja sebagai PA. Jangan bayang aku ni macam PA Dato AS pulak. Sebagai PA, aku just follow my boss pergi mana2 la. Akulah driver, akulah setiausaha, akulah tukang style kan boss aku, dah nama PA, memang serba serbi kene buatla untuk asist kita punya boss.

Boss aku tu perempuan. Boss aku seorang broker juga terlibat dalam dunia trading. Mana yang dah biasa dengar kerja macam ni, mesti fikir masyuk kan..

Yela kalau trading, even satu barang untung 5 sen ja, tapi kalau dah sign contract, berjuta kadang sampai berbilion kuantiti. Jadi kiralah sendiri ya.

Orang nampak hasil, tapi tak tahu orang tu usaha macam mana. Kalau bab trading ni, pastinya client adalah orang kenamaan yang ada pangkat. Kadang aku tengok penyata akaun persendirian dorang ni, ada yang 1 billion. Yang ni mestilah ada bank luar negara kan.

Macam mana aku tahu? Kan aku PA, akulah setiausaha. Jadi bab document, LOI, PO dan lain2 yang berkaitan aku yang settlekan. Kat sini aku taknak cerita positif side orang pandang yang konon, wahhh hebatnya.

Nak kaya kene la susah2 dulu kan. Ni aku nak luah satu sudut yang kadang aku rasa aku nak berhenti kerja, rasa berkebun lebih baik, rasa takpala aku tak kaya,yang penting aku bahagia. Padahal sekarang duitla kene ada kalau nak ada ada.

Kisahnya begini, untuk traders ni, bukan senang-senang jumpa seorang, terus boleh deal. Kau kene jumpa macam-macam orang, time ni la kau jumpa, pangkat dato datin, tapi bila dah close deal, hasil makan seorang, taknak share dengan team.

Kau akan jumpa dato, tapi rupanya dato tipu.. kau aku jumpa foreigner yang konon bapaknya ada company minyak dekat dubai, tapi rupanya sengkek.

Ni bukan cari jodoh ke apa, ni nak cari dealer yang serious dan boleh close. Sebab tu target orang besar2, ceo, pengarah, presiden, orang2 yang ada pangkat la kebiasaannya.

Kalau dah jumpa orang2 macam ni, kene la faham kita ni kene ambil hati. Kene buat ja apa yang client tu nak. Apa yang client tu buat dekat kita, kita kene akur. “Terima apa yang client tu buat”. Ayat ni sebenarnya aku sedih dan kadang ntahla tak tahu nak describe macam mana.

Kadang kalau aku nampak benda tak sepatutnya, aku rasa macam nak maki orang tu nak maki boss aku juga.. tapi aku ni hanyalah kuli sahaja. Boss aku ni nak masuk 50 dah. Single mother la, anak dah besar.

Faham tak apa aku fikir, “perempuan, janda, nak masuk 50”. Ada satu masa tengah deal dengan sorang lelaki arab ni, aku gelarkan dia Hadid la.

Okay si Hadid ni kerap la jumpa boss aku, konon nak discuss pasal trading ni. Konon dia nak cari end dealer la kan. So masa awal2 tu aku okay ja, tapi bila boss aku dah start bawak Hadid ni private room (ofis boss aku memang ada private room), aku dah rasa tak sedap.

Sebab aku tau boss aku ni bukan senang nak bawak orang luar baru kenal pergi masuk private room dia tu. Sejak hari tu aku tengok depa dua makin akrab. Aku jadi tak selesa bila aku ternampak boss aku gosok-gosok tangan Hadid, aku jadi geli. Tapi aku buat la kerja aku je la.

Ada satu masa pulak, masa appointment dekat luar, tiba2 boss aku kata dia balik ngan Hadid. Aku dah tunggu dia kot, nak pickup balik. Dahlah lewat dah. Masatu kebetulan aku sampai rumah nak pulangkan kereta boss aku tu, Hadid dengan boss sampai.

Mula2 boss aku keluar macam discuss lagi, lepas aku tunggu dalam rumah dia, boleh pulak dia masuk dalam kereta balik, dengan tintednya. Aku masatu dah fikir negatif dah.

Pernah juga satu hari masa aku masuk ofis dia, boleh pulak boss aku duduk dengan Hadid berdua rapat2, lepas aku masuk ofis tu, barula konon2 duduk jarak.

Aku berdehem la kuat2, lepastu aku duduk la situ. Takkan nak tinggal bos aku berdua dengan Hadid tu yang ntah betul ke tidak. Boss aku pulak tengah menghenyam kot, tu yang layan je. Sebelum ni elok je dengan client lelaki lain, profesional ja.

Aku banyak fikir negatif lagi sebab pakaian boss aku tu. Dia free hair, so faham2 lah pakaian macam mana kan, skirt pendek memang biasala.

Even orang korporat yang bertudung pon pakaian nak impress client dorang. Kalau minyak wangi jangan cakap, aku yang tiap masa dekat dengan dia boleh pening tau.

Punca aku rasa nak confess harini sebab tadi ada isu lagi. Tadi ada meeting dengan seorang dealer. Macam biasa aku drive. Selalunya kalau meeting memang aku tak join, tunggu jela dalam kereta. Kalau boss kata lama, aku pergila jalan2 tempat lain.

Macam biasa, meeting tadi lama, jumpa dealer bergelar Dato G. So aku jalan2 la tempat lain, sampai satu masa boss aku call kata nak habis. Aku pon pergi balik tempat meeting tu.

Kebetulan nak balik, Dato G ni nak tumpang sekali la sebab rumah dekat ja dengan tempat meeting tu. Aku pon bawakla sekali. Masa dah sampai gate tu, boss aku dengan Dato G ni turun kereta la.

Masa boss aku nak masuk kereta tu, aku nampak dan terkedu, Dato G ni pegang benda tak sepatutnya dekat boss aku. Aku terkedu gila masa tu. Tapi boss aku pon selamba ja macam takda perasaan.

Dalam perjalanan hantar boss aku balik tu, aku diam je. Tak luah rasa berat ja. Banyak kali rasa nak luah, tapi tak tahu dekat sapa.

Aku pon tertanya jugak, memang life orang kaya macam ni ke? Memang nak kaya pon macam ni ke? Memang kalau nak deal dengan orang kaya macam ni ke?

Asal nak meeting pukul 7, bila maghrib nya? Kalau meeting drag masa, bila solatnya? Takkan kau boleh husnuzon lagi kot, dah mekap tebal2, pakai seksi, tiba kata dah solat. Beg mekap semua aku pegang dalam kereta.

Kalau Jumaat tu memang tak tahu masa ke tengahari tu orang Islam nak pergi solat Jumaat. Kalau meeting memang tempat private ke jenis kene berdua laki perempuan?

Memang kene jumpa dekat restoran mewah yang hidang arak ke? Ye tahu you tak minum, tapi bekas2 cawan tu?

Memang kene duduk dekat2 ke? Macam rahsia sangat, atau orang tu kurang pendengaran? Atau memang kalau nak ambil hati dealer lelaki ni kene pakai seksi? Atau memang kalau nak dapat tender tu kene biar diri diusik ke?

Orang selalu ingat hidup mewah ni seronok, tapi korang tak nampak cara nak dapatkan mewah tu macam mana. Memang hasil duit kita tu halal, duit business, duit trading.. tapi kita lupa cara nak dapatkannya tu, kadang kita tak jaga.

Orang selalu macam ni, nak duit, seronok ada lavish lifestyle, tapi orang tak tahu macam mana, apa dia buat, untuk dapatkan mewah tu. Tu yang sanggup jadi scammer, siap berdoa kononnya, tapi dia lupa, cara dia dapatkan rezeki.

Kerja aku sekarang buat aku rasa sangat bersyukur apa adanya. Cuma aku kene kuatkan diri untuk angkat kaki.

Yela aku kerja dengan boss aku ni lama kot, dah jadi sayang, anggap macam mak aku dah. Pekerja boss aku lain datang dan pergi, cuma aku je sampai sekarang stay.

Sebab tu aku rasa “care” and kadang menyampah bila aku nampak benda2 tak sepatutnya. Just harap dia terbuka hati berubah slow2 pon takpa.

Nak 50 dah kot, pakaian seksi2 lagi, sibuk nak kejar harta lagi. Apa la yang tak cukup, anak dia pon bukan kerja biasa2. Walaupun boss aku macam tu, ada juga orang sayang, andai aku yang tersasar, harap ada orang yang sayang aku, tegur aku, ingatkan aku.

Ouhh pasal Hadid tu aku pon tak tahu khabar dia macam mana lepas aku cakap dekat boss aku yang aku tak suka Hadid tu.

Ini kisah aku, pengalaman aku, lepas ni jangan la judge semua orang kaya macam ni. Aku ada jumpa jugak yang kaya humble dan betul2 baik.

Takat ni nak confess rasa sedih dan kecewa je dengan apa yang aku nampak. Itu sahaja. Terima kasih admin approve. I is okay dah lepas luah.

– Maisarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *