Padah Gurauan Berkasih

Assalamualaikum hai semua warga IIUM Confesssion… Semoga kalian sihat selalu. Aku nak share story apa yang jadi dekat aku baru-baru ni.

Aku ni ada abang yang suka sangat bergurau tak kira orang. Aku ni okey jer kalau nak bergurau.

Biasanya abang aku ni dia suka bergurau benda-benda seram. Nak menyakat lah kononnya. Tutup lampu bilik air ke tengah mandi. Lepastu dia suka menyakat jadi hantu kejutkan oranglah.

Tapi memang dari kecik pun perangai dia macam tu. Kadang-kadang aku pun join ikut sekali.

Teringat masa kecik-kecik dulu, ambik pancing ikan ayah aku. Ikatkan bantal golek kecik lepastu balut dengan kain sembahyang warna putih. Lepastu pancingkan ke wayar cable elektrik tu.

Bila orang lalu tarik pancing tu slow-slow nampakkan macam kain putih terbang. Lepastu lintang pukang kene kejar dengan orang yang kami sakat tu. Nak sakat orang bulan puasa. Hahahah. Saja throwback sikit

Aku dah biasa pun dengan gurauan abang aku ni. Dia memang suka makan penyepak aku, lepastu dia suka aku kejar-kejar dia.

Haaaa dia memang suka buat orang geram. Lepastu sengih laa macam kera sumbang. Itulah habit dia bila tak de kerja lain.

Tapi kali ni citer dia luar dari biasa yang berlaku. Pernah je sebelum ni terjadi kejadian pelik. Tapi ni yang terbaru la. Jarang aku nak cerita. Tapi kalini aku buka cerita lah sikit..

Rumah aku ni rumah kampung jer, ada 6 bilik 2 bilik air. 4 bilik jarang kami guna melainkan ada adik beradik yang lain balik baru dorang guna. Time raya macam tulah. 1 bilik yang tak guna tu kat bawah. Naik tangga sebelah kanan bilik aku dengan bilik abang aku.

Sebelah kiri ada ruang solat dan dekat ruang solat tu ada 1 pintu untuk masuk ke lorong 3 lagi bilik yang kami jarang guna ni. Pintu tu tengah-tengah. Hujung sekali barulah bilik air. Susahlah nak cerita kalau korang tak faham boleh skip je.

Aku sorang je yang selalu guna bilik air dekat lorong 3 bilik kosong tu. Orang lain semua guna bilik air dekat bawah. Rumah aku ni 4 orang je duduk. Abang, akak ipar, aku dengan mak aku. Ayah aku dah meninggal hujung tahun lepas, jadi mak aku tidur dekat bilik aku.

Aku ni tak delah stigma yang macam nak menakutkan diri sendiri. Cuma kadang-kadang overthinking, high imaginasi.

Aku ni pun jenis layan citer-citer seram dekat youtube, sembang seram lah, ashrappp channel macam-macam lagilah movie seram yang aku layan. Takut terbawak-bawak jugak kan.

So kena positive jela, “apa yang kita fikir itulah yang akan jadi”. Lagipun rumah aku ni orang selalu datang mengaji, baca Al Quran setiap hari isnin hingga rabu. So buat apa nak takut.

Tapi aku percaya je benda tu wujud. Tapi yela jugakan kalau nak jadi ia tetap akan jadi juga. Semua atas Kehendak dan IzinNya. Sebab sebelum ni ada je kejadian yang tak diingini berlaku dekat area bilik kosong tu. Anak sedara aku kena rasuk.

Yang jadi masalahnya nak buka lampu dekat laluan lorong tu dah hujung bilik. Nak pergi ke toilet tu pun hujung bilik jugak. Tak de lah jauh mana pun tapi rasa dia tu macam haishhhh “bila la nak sampai ni”. Padahal dekat je. Haha.

Suasana laluan tu pun macam dah rasa menyeramkan dengan sunyinya lagi. Aku memang tak pernah pandang pun apa ada dalam bilik tu. Lagipun aku tak suka pandangan yang gelap.

Okey sambung balik dekat citer abang aku, ni waktu nak dekat Maghriblaaa. Pukul 7 macam tu. Aku ni macam biasalah nak buka lampu dekat laluan lorong tu. Nak mandi sementara belum azan. Lepastu tu abang aku ni nak menyakat aku laaaa.

Dia berdiri tegak je diam dekat pintu yg tengah-tengah aku cakap tadi. Berdiri macam askar berkawad tu. Huhhh… Terkejut jugaklah aku. Apalagi, aku carut jugaklah sebab terkejut kan. Dia ketawa terbahak- bahak. Tulaaaa yang dia nak. Haishhhh

Hari yang sama juga, aku ingat lagi hari khamis malam jumaat minggu lepas, selalunya aku memang main badminton waktu malam. Memang balik lewat laaa start main pun dah pukul 10 malam habis main pukul 12 malam.

Lepak dengan anak saudara aku, makan kejap hilang kan peluh lepas main barulah kami balik. Sebab jauh jugak dalam 30 minit nak sampai ke rumah. Kene rest dulu sekejap sampai rumah pulak nak dekat pukul 2 pagi.

Aku ni tetap nak mandi juga lepas main badminton. Hilangkan bau dan peluh. Kalau tak memang tak selesa lah nak tidur. Dah penat dah mandi baru lena nak tidur ape semua. Itulah mindset aku. Okey dah siap-siap mandi tu ape semua tu. Aku terus masuk bilik.

Dan aku juga jenis yang kuat minum air masak tak kira masa. Tadi masa main memang dah tinggal sikit air dalam botol yang aku minum tu.

So air aku ni dah nak habis. Jadinya aku kenelah topup air baru. So aku pergi dapur isi air ape semua. Dah siap tu aku nak masuk bilik lah ni. Aku terkejut dengan abang aku.

Sebab aku nampak abang aku berdiri sama, sebijik macam yang dia buat masa Maghrib tadi. Aku ada tegur “weyhhh tak tido lagi ke, lambat dah ni, esok kerja bla bla bla”. Tak de reaction pun dari dia Dan dia berdiri dekat anak tangga yang paling atas. Haaa Stay je berdiri macam tu.

Biasanya abang aku akan gelak dan ketawakan aku bila dah kenekan aku. Ni tak de weyhhh. Stay je berdiri macam tu. Senyum tak ape tak . Memang tak de reaction langsung.

So aku naik jela tangga tu nak masuk bilik. Okey Lampu ruang solat tu tutup memang selalunya dah biasa macam tu. Kami memang akan buka lampu dapur jer. Memang mengharapkan terang lampu tu je nak ke bilik aku. So dah naik tangga terus ke bilik aku.

Okey aku nak naik ni… Memang lalu betul-betul sebelah abang aku ni. Aku naik tangga dia stay macam tu je tak gerak dan tak toleh ke arah aku pun langsung tak!!!

So aku naik naik tangga sekilas pandang bayang-bayang aku ada gerak-gerak. Tapi bayang abang aku tak de si*t. Logic aku tiba-tiba muncul.

Fuhhhhhhhhh.. memang terang cuma bayang aku je nampak bergerak. Bayang abang aku takde pun.

Abang aku bercakap tapi suara perempuan. Ni aku kurang clear sama ada dia cakap “Dah tahu yeaaaaa” atau “dah tahu ke” panjang dia sebut.

Aku terus masuk bilik terus baca ayat kursi. Dalam bilik aku memang dah ada frame ayat kursi. Just tinggal baca jer lagi. Seram sejuk naik bulu roma juga laaaa. Kena macam tu.

Aku tak tahulah sama ada aku bawak balik ke atau khayalan aku Semata-mata entahlah Wallahua’lam.

Tapi abang aku ni seorang yang penakut juga. Dia cuma suka menyakat jer bergurau macam tu tapi bertempat lah juga. Kalau nak buat macam tu 2/3 pagi memang tak laaaa kalau tak de geng.

Aku ade jer tanya abang aku. Dia cakap bukan dia, dia tidur awal. “Aku cuma buat masa Maghrib tu je. Tak de masa aku nak lepak sorang-sorang pagi nak nyakat kau macam tu”.

Lepastu abang aku membebel salahkan aku. Dah tak biasa nak keluar malam sibuk nak keluar jugak. Dah kene baru rasa. Hahahahhaha, dia gelak jer.

Haaaa yang aku cerita ni, tu jela yang macam real sebab sekali dengan suara. Biasanya kelibat kelibat jer. Aku ni tetaplah dengan diri aku. Malas fikir. Positive je sebab aku ni rabun jauh juga. So kali ni dah kene. Padan muka aku…

– Lea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *