Untuk part I, (https://iiumc.com/padah-gurauan-berkasih/).
Assalamualaikum hai sedar tak sedar yang kisah seram aku yang bertajuk “Padah Gurauan Berkasih” dah viral. Masha Allah dan terima kasih kepada yang sudi membaca dan viralkan. Dan pada semua yang support dan bagi komen. Aku sangat love dan hargai. Thanks yea semua.
Aku share dekat family aku yang aku karang cerita dekat IIUM Confession dan boleh viral sangat tu dan dorang pun tak sangka yang tu sebenarnya cerita aku. Sebab aku ni bukannya pandai nak mengarang ayat apetah lagi nak bercerita.
Kagum jugaklah kira macam dah step up juga dan buat aku lebih bersemangat nak kongsi kisah-kisah seram yang aku pernah alami.
Aku ni memang jenis layan kisah-kisah seram dekat medsos ni. Tapi nak share story dekat orang sekeliling, aku tak berapa pandai laa. So dekat sini jela lah aku boleh ceritakan.
Aku cerita sedikit tentang diri aku. Aku ni jenis yang penakut tau. Dari kecil lagi aku jenis yang tak boleh tidur bersendirian. Even duduk hostel pun aku akan menyempit tidur dekat katil orang. Hehehe tidur tengah-tengah orang pula tu. Pastikan kiri dan kanan aku ada orang. Dapat rasa sentuh dengan kaki pun okeylah.
Masa part 1 padah gurauan berkasih aku pernah cakapkan, abang-abang aku ni suka sangat menyakat orang dan aku adalah mangsa utama dorang. Bergurau yang jenis kus semangat dan rasa macam nak penyepak je dorang tu, sampaikan aku duduk universiti, rasa ketakutan tu terbawak-bawak.
Sekarang ni Alhamdulillah, aku dah rasa makin berani lah sikit selepas melalui beberapa tragedi seram. Selalunya aku berfikiran positive agar tak dikawal rasa ketakutan tu. (placebo effect). Apa yang kita fikirkan itulah yang akan terjadi. So fikir yang baik-baik jelah.
Zaman aku study dulu, pernah jer aku tengok orang kena rasuk depan mata tapi tak kenalah pada aku. alhamdulillah tapi bukanlah aku minta nak kena rasuk. Macam itu perkara biasalah kan pengalaman jadi pelajar. So bila dah bekerja haaaa ade tragedi yang aku ingat pun melibatkan kerasukkan dan ada benda ikut aku balik juga.
Okey dulu aku kerja dekat KL. Kerja dengan TM net (telekom Malaysia) dan masa tu TM buat event besar dekat Mall, Kenanga Whole Sale. Cerita ni 2015 macam tu.
Hari yang sama, ade kejadian budak jatuh escalator dari tingkat 3 dan mati. Entahlah sebab dengar kawan sekerja aku yang cerita masatu sebab aku kena tukar shift kerja dengan dia. Betul ke tak tu Wallahua’lam.
Bila shift aku masuk kerja kena waktu malam pulak. Dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Dan lepas kemas-kemas barang barulah aku boleh balik. Dan waktu tu juga aku balik kerja dengan kawan lelaki aku berdua. Dia ambik aku dekat tempat kerja.
So dia yang ambik dan hantar aku ke rumah malam tu disebabkan dah lewat malam juga. So tak pelah. Sampai rumah pun dah dekat 12 malam.
So mula ceritanya pakcik guard la yang mula tegur. Pakcik Guard tempat aku tinggal tu. Vista Ancasa Apartment kampung kerinchi. Siapa tahu memang dorang tahu lah kan haha.
Aku pun menyewa je situ dulu sebab dekat dengan office dan LRT. Aku tinggal block 2 depan guard tu je. Cuma kalau naik kereta kene pusing sikitlah kedepan tu. Rumah aku sewa tingkat 10. (Kena cakap ni sebab point penting)
Biasanya kami memang berdua kalau balik dan tiba jer pakcik guard tu tegur. Eh kamu bawa anak siapa pula ni?. Aik!!! Masing-masing pun pelik, Aku dengan kawan lelaki aku tu sama-sama pandang. Eh pakcik ni mengantuk ke malam-malam macam ni merepet jer. Kitaorang berdua jela yang ada. Aku jawab
Herm… (Reaksi muka pakcik tu pun dah lain). Yela kami bukannya kahwin nak ada anak pun. Cuma kawan je. Pakcik ni pun tahu aku duduk menyewa bujang dekat sini kan. So dia dah macam rasa lain lah. Tiba-tiba berubah mukanya.
Aku dengan kawan lelaki aku, aku namakan dia Wan la (bukan nama sebenar )kami terus gerak je la kan. Lepas hantar aku balik, Wan pun terus balik.
Malas la nak fikir bukan- bukan. Dengan penat kerja lagi kan. So balik rumah mandi ape semua aku tidur. Masa nak tidur tu. Situasinya, Bilik aku ni master bed room tau ada bilik air juga dalam bilik dan ade koridor. Pintu sliding kaca dengan ada tirai pintu. Bilik tu aku duduk sorang je. Penyewa lain, tidur bilik lain dan ada yang tidur dekat ruang tamu juga.
Jadi malam tu juga aku rasa macam lain sangat. Tapi aku buat endah tak endah jela dan dia buat aku rasa tak tenang. Sama ada aku memang dah letih sangat, sampaikan aku nampak suatu figure (jelmaan/bayangan) Perempuan berdiri dekat koridor luar rumah bilik sewa aku tu. Figure tu memang real dan jelas bentuk orang perempuan aku nampak. Benda apa tak tahulah
Logik tak rumah yang aku tinggal ni tingkat 10, dan ada orang berdiri dekat koridor tu. Bilik tu memang dah lama aku duduk sorang-sorang. Dan mustahil juga waktu lewat pagi buta orang nak berdiri dekat situ lagikan.
Aku sedar dan nampak figure tu disebabkan angin memang kuat sangat sampaikan pintu sliding dia bergegar dan bunyi bisingla. Bayangan Figure tu berdiri je situ lama jugaklah. Macam nakkan sesuatu. Muka aku tak nampak lah macam mana lah sebab aku ni rabun.
Lepastu baru aku teringat apa yang pakcik guard tu cakap pasal budak kecik tu. Mungkin betul la apa yang pakcik tu cakap. Dia ingat aku ni mak dia la kot sebab tu lah dia ikut aku balik.
Punyalah muda mak kau erk? Umur aku masa tu baru 22 tahun. Boleh pulak kau main ikut jer orang tak kenal. Boleh pulak kau tersilap mak sampai naik kereta orang lain pulak. Dah lah orang tak ajak. Tak ada adab.
Oh mungkin juga ini istilah jangan duduk berdua nanti ada yang ketiga. Iyea betul betul berlaku la kat aku yea sepanjang kejadian. Lepastu dah ikut orang tak kenal balik, budak tu masuk pulak rumah orang perempuan bujang. Haaaaa mungkin laaaa sebab tu juga mak dia serba salah nak masuk rumah tu. Tapi aku tetap takut juga.
Untunglah mak kau boleh terbang yea dek… Tingkat 10 tuuuuuu Semata-mata nak tuntut kau suruh balik. Haishhhh sampai sini mak kau cari.. (saja jer nak bergurau sedapkan hati). Hehe.
Memang aku dah tak sedap hati masa tu dan tak boleh tidur pun. Mujurlah aku jenis suka buka lampu. Tak tidur sorang pun lampu tu aku buka juga. Lemas aku dalam gelap-gelap ni. Sebab tu aku boleh nampak figure tu jelas.
Lepastu aku terus call Wan. Mungkin betul kot ape yang pakcik tadi tu cakap. Sebab aku betul-betul nampak sesuatu ni..
Rupanya Wan pun sebenarnya rasa dah tak sedap hati dari awal lagi masa nak hantar aku balik. Tapi dia still tak nak fikir dan cuba kawal dari fikir bukan-bukan. Dia dah dapat rasa sesuatu yang ikut kami. Dia rasa macam bawa sesuatu masa tu. Tapi dia tak bagitahu aku apa-apa. Mungkin dia pun tak nak aku takut.
Lepastu Wan cakap kejap aku patah balik rumah kau. Wan ni duduk kawasan lain. Mungkin wan pun masih dalam perjalanan lagi ke rumah dia. Sementara tu aku dengar dekat ruang tamu ada orang menjerit-jerit. Terkejut juga.
Lepastu terus dengar orang ketuk pintu bilik aku. Tup tup tup… Ada orang cakap ada budak kena rasuk. Huh memang makin teruk dan huru hara keadaan masa tu. Lepas sorang, sorang kena rasuk. Aku cuba beranikan diri untuk tengok figure tu, dah takde..
Tak silap aku yang kena rasuk masa tu 4 orang. Aku still on call dengan Wan. Wan pun dengar orang jerit-jerit tu… Tak lama pada tu barulah Wan sampai dia ajak pak cik- pakcik guard yang kerja masa tu naik atas. Pergi rumah akulah. Dorang tengok sendiri lah. Pakcik tu suruh Wan tolong azankan. Lepastu Sambil pakcik tu baca ayat ubat sorang-sorang yang kena rasuk tu.
Lepas habis baca-baca semua tu budak-budak yang kena rasuk tu dah tenang semula. Dorang pun tak tahu apa-apa dorang cakap. Ada yang tengah buat assignment. Ada yang tengah layan movie masatu. Nampak macam budak, duduk dekat dorang, dorang tegur lepastu dorang tak sedarkan diri dah.
Pakcik guard tu cakap kat aku. Betul tak apa yang pakcik cakap tadi. Ada benda ikut awak? Tapi awak tak faham apa yang pakcik maksudkan. Aku angguk jela. Percaya tak percaya benda dah berlaku depan mata. Cuma yang dalam bilik tu pakcik kena buang dulu sekejap. Oh mak dia kot.
Adeh malunyalah dekat orang bilik aku tu dah lah tak semenggah. Bilik orang bujangkan. Bilik sewa tak de katil tidur atas tilam jer. Almari zip pun dah nak roboh. Pakcik tu minta cari botol bertutup ataupun bekas-bekas yang bertutup tak mudah dibuka.
Mana pula nak cari waktu malam-malam macam ni kan. Mujurlah ade dekat dapur tu. Lepastu pakcik tu baca-baca ayat al Quran lepastu pakcik tu buat nampak macam nak masukkan sesuatu dalam botol tu lepastu pakcik tu tutup semula botol tu ikat dengan kain kuning… Settle semua pakcik tu ajak Wan pergi buang dekat mana entah. Jadi sampai situlah jalan cerita nya kali ni.
Bukan salah aku pun kan… Benda nak mengikut, kita bukannya tahu. Alhamdulillah lah aku ni tak ada apa-apa yang jadi… Sebab aku ni ibarat duduk sorang-sorang juga. Pergi mana-mana pun sorang. Harapkan Wan jela yang paling aku rapat.
So keesokkan harinya pakcik tu baru aku jumpa pakcik tu semula. Dan pakcik tu ceritakan yang mak dia nak tuntut anak dia balik. Yang pakcik tu nampak budak kecik lelaki. Pakcik tu pun terus ingatkan aku supaya baca doa pelindung diri. Pandai jaga diri. Solat jangan tinggal. Aku pun hulurlah sikit tapi pakcik tu tolak. Dia buat ikhlas.
Aku pun tertanya-tanya juga. Mungkin lah budak tu kurang kasih sayang dr bapaknya. Nampak mak dia jer yang tuntut hak jagaan. Dah sampai-sampai rumah tengok semua perempuan pulak tu. Tak lagi risau dia. Hehehehhehe.
Apa-apa pun aku letakkan jelah Padah Gurauan Berkasih part 2 sebagai tajuk yea.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit