Salam semua. Aku berumur 45 dan suami aku setahun lebih tua dari aku. Kami kenal secara tak sengaja ketika suami kerja di club dan masa tu aku suka lepak2 tengok live band lepas keje.
Masa tu office aku belakang klcc dan jalan p ramlee sangat la happening. Masa tu aku sunyi sebab husband pertama aku baru meninggal n anak2 aku kat kampung di jaga oleh orang tua.
Aku takleh balik rumah sebab ending dia aku akan menangis sampai pagi jadi aku habiskan masa aku lepak2 tengok band dan pukul 11 da ngantok aku balik terus tido.
Masa ni hidup aku kosong. Masa aku lepak tu aku kenal la dengan salah sorang budak band. Dia memang friendly, sweet talker dan pandai bersembang. So sebab aku sorang2 aku layan la.
Dari berkawan aku tahu la dia ni player. Sebab aku pernah pinjam tepon dia sebab phone aku habis bateri. Hah macam macam nama dalam phone dia ada. Baby la, sayang la, honey la, my dear la, darling la. Ah malas aku nak ambik port.
Since aku pun sunyi dan si dia pun banyak masa terluang aku pun selalu la lepak dengan dia tapi kami memang kawan je la sebab masa tu aku executive dan dia ni musician so aku tak rasa nak bercinta pun.
After a while lepas 3 tahun macam tu kami makin rapat tapi mendapat tentangan family dsb. Yela keje dia macam mana dressup dia, anting2 dia, tattoo dia orang tua tengok pun takut.
Dari berkawan sampai kami rapat. Dari family tak suka sampai la family yang suruh nikah. Masa tu aku memang takut. Aku takleh brain. Takkan aku nak kawin dengan orang yang kete pun takde.
Tapi memandang kan demi nak menghalalkan aku pun niat la kahwin kerana Allah. Akhirnya selepas 6 tahun kenal kami pun menikah.
Aku nekad jadi isteri yang baik. Sebab life aku sebelum ni normal je. Aku bukan kaki clubbing pun. Apa pun tak reti cuma aku terjebak dalam dunia tu sebab sunyi tapi aku tetap aku yang sebenarnya anti social n tak reti pun benda2 gini.
Aku percaya dengan janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik maka aku berazam menjadi wanita yang baik. Kami bahagia.
Lagi suami aku pun sayang dengan anak2 hasil perkahwinan terdahulu malah mereka sangat rapat. Suami aku pun mula meninggalkan benda2 haram.
2 tahun kemudian kami dapat anak. Aku sangka anak aku akan jadi pengikat kasih rupanya suami sunyi bila aku spend banyak masa dengan anak. Suami bawak kawan tinggal di rumah masa aku berpantang di kampung.
Start tu lah suami terjebak lagi dengan dadah. Mabuk tak payah cakap la. Bila aku dapat tahu aku mengamok. So berhenti lah sekejap.
Sebelum menikah suami kantoi jadi kaki judi sebab dulu banyak kedai mesin sekitar rumah dan kami nekad pindah.
Untuk rekod dah 2x kami bercerai kerana taklid. Suami taklid tak judi n tak ambik drugs tapi dia langgar. Maka 2x kami ke mahkamah untuk declare taklik.
Hidup aku pula bagai di bodohkan oleh mulut manis suami aku. Aku ni sebenarnya cepat kesian kat orang. Dari aku kecil aku cepat kesian nak nak bila tengok orang susah.
Suami aku lahir dari broken family dan merupakan orang susah. Aku pernah cakap kat suami aku tak nak duit tapi nak kasih sayang. Suami aku baik. Cakap lembut je. Contra dengan aku yang kasar sebab aku kerja pun macam jantan.
Aku akui aku sayang dan kesian pada suami.
Punya lah sayang aku kat suami pernah la aku hantar suami pegi umrah dengan harapan suami berubah. Rupanya 3 hari sebelum ke umrah masih gila judi online.
Lepas balik pun sama. 5 ringgit pun berjudi. Sedangkan dengan aku dan anak2 berkira. Padahal kerja dia kakau betul memang bersih 4k sebulan boleh dapat. Tapi itulah banyak sangat perangai sampai duit tak pernah lekat.
Sedangkan aku bermatian bekerja mencari duit untuk menyara keluarga. Selama kahwin aku la tanggung semua. Rumah kete bil api air segala2.
Suami akan tanggung makan bila 10hb duit aku dah habis bayar bil2. Begitulah dan aku memang provide semua sampai aku takde saving pun. Sekarang dah 10 tahun pernikahan kami.
Lepas kantoi judi after umrah tu kami stay separetely lepas tu suami datang balik buat muka kesian. Paling aku sedih tengok anak2 sebab anak2 rapat dengan bapak dia.
Siang aku kerja n husband akan jaga anak2. Maka aku tak nafikan memang dorang sangat rapat. Maka kami decide sambung balik dan suami pindah balik ke tumah kami.
Macam biasa suami janji buang semua perangai dan aku macam biasa bulat bulat percaya dan bagi harapan kat hati aku lagi yang suami akan berubah walau beribu peluang semua kena tipu.
Walaupun beribu kali tertipu aku masih setia kat rumah jaga anak anak. Siang pi kerja. Tak pernah sikit pun aku ni niat nak curang padahal aku kerja construction yang kawan aku semua lelaki. Entahla aku memang tak minat. Focus aku cari duit, jaga anak dan family.
Dalam masa Allah uji Allah juga limpahkan aku dengan rezeki yang mengalir bak air zam zam. Pendapatan aku 5 angka dan aku ada jv dengan kawan aku dan aku ada income lebih lagi 5 angka.
Baru baru ni suami suka balik subuh dalam keadaan mabuk. Allah saja yang tahu perasaan aku. Setiap hari aku hadiahkan beratus al-fatihah untuk diri aku supaya kuat dan Allah ubah hati suami aku supaya bertaubat sebetul betul taubat.
Aku dulu tahajud tanpa tinggal sampai lama2 aku jadi penat dan letih untuk berdoa lagi. Namun aku tahu ini ujian Allah untuk aku.
Kadang aku rasa nak pergi jauh2. Lari dari semua ni tapi aku tak sanggup tengok anak anak aku sedih berpisah dengan bapa mereka. Aku selalu berdoa ya Allah atur lah aku hanya jalani.
Kalau aku failkan cerai ini kali ke 3. Aku takut. Aku sayang suami aku. Aku tahu dia baik. Dia juga bapa yang baik untuk anak2 aku cuma dia lemah iman. Aku tak tahu apa harus aku buat. Adakah patut aku ke mahkamah lagi. Tegar kah aku pisahkan anak dan bapa?
Aku pulak jenis lembut hati. Aku takut terjerat dosa bila sudah bertalak tiga. Berat ujian aku. Doakan Allah rungkaikan masalah aku ni dengan jalan yang terbaik.
Semoga Allah selamatkan rumah tangga kami. Aku sayang dengan pinjaman keluarga yang Allah bagi ni. Doakan aku ya diberikan jalan keluar yang terbaik. Aamiin.
– Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mami nasihatkn, jgn lah buat ‘taklik’ berkaitan judi, dadah, arak dsb.., sbb bila sesorang tu dah ‘terjebak’ dgn benda2 ‘ketagihan’ ni, sgt sukar utk kluar dari tabiat tersebut.. mse berjanji sbb nk puaskan hati awk, hatta utk selamatkn r/tangga awk berdua (masa tu la), dia akn sanggup janji apa shj.. tp bila ‘gian’ atau nafsu utk perkara2 tersebut dtg, dia akn ikut nafsu dan ‘lupa’ apa yg dia dah janji dan melanggar taklik itu.. awk kna ingat, dah 2x dia langgar taklik, so tinggal sekali je lg, klaw buat taklik mcm tu jugak, awk x bole nikah semula dgn dia lps edah, kna nikah dgn org lain dlu n bercerai baru boleh nikah semula, itu pon klaw org tu nk ceraikn awk.. org alim2 slalu ckp, klaw nk betul2 berubah, awk kna ‘berhijrah’ ke tempat yg lebih baik.. selagi dia dlm lingkungan (circle) kwn2 yg mempengaruhi, tambah dia tahu yg awk sentiasa penuhi t/jwb yg dia patut pikul sbg ketua kluarga, so dia rse mcm selesa.. lg pon dia tau kelemahan awk ialah bla memikirkan ank2.. awk slalu tahajud dlu, so teruskan lah.. Allah tu x pernah ‘tidur’ or leka dgn hamba2-Nya yg sentiasa memohon dgn sungguh2.. mohon agar Allah beri petunjuk kpd suami.. dan mohon petunjuk apa yg perlu awk buat, solat istiqorah, klaw benar dia baik utk awk n ank2, mohon dia berubah n kekal hingga ke Syurga-Nya.. tetapi jika dia mmg tidak baik utk awk, d dunia n akhirat, mohon jauhkn dan mngkin ada lg insan yg lbh baik utk awk & ank2.., yg penting awk kna bnyak mohon doa n petunjuk, dan berusaha sedaya upaya awk.. semoga dipermudahkn, insha Allah..
Pendapat saya, kalau awak kesiankan diri awak atau anak-anak lebih baik lepaskan, jangan gunakan alasan anak-anak untuk awak bertahan. Anak-anak dibesarkan dengan keadaan bapa macam tu rosak, awak fikirkan anak-anak kan? Tapi cuba awak fikir awak laki bini gadih sebab perangai suami awak, suami awak gadih, judi, dadah…awak rasa tak cukup toxic ke anak-anak awak dibesarkan dengan bapa yang begitu? Awak pernah fikir macam mana kelakuan bapa tu effect anak-anak untuk masa akan datang? Pernah fikir tak? Jangan beralaskan anak sedangkan hati awak sendiri yang taknak berpisah. Kesian anak-anak terpaksa harungi semua tu.
Kalau jodoh pun pilih macam tu nak expect apa sangat kan.. dah ada pendapatan sendiri apa sangat la takut nak tinggal suami mcm tu. Kalau fikir anak, hari2 pun dia boleh jumpa.
Dulu saya pun pernah suka bad boy, hensem gilaaa. Tapi kaki mabuk dan suka langgan pelacur. Tatu pun ada jugak. Tapi serius cakap, dia ni sangat soft spoken dan romantik gila. Saya yang sekolah agama ni boleh cair dengan dia ni. Saya cuba bantu dia. Saya guide dia keluar daripada 2 ketagihan, iaitu ketagihan minum arak dan ketagihan seks. Walaupun dia ada 2 ketagihan tu, tapi dia sangat respect saya, tak pernah sentuh saya selama kami keluar berdua. Dia pun sayang saya. Saya lama bersabar dengan dia. Dia cakap dia nak berubah. Tapi x sampai sebulan, dia minum balik. Part langgan perempuan tu bertahan la beberapa bulan. Pastu ulang balik. Dia sentiasa tewas dengan ketagihan dia. Tapi saya tak give up. Saya usaha lagi bantu dia. Sampailah akhirnya, dia tewas lagi dan lagi. Masa tu, saya fikir, sebaik mana pun dia, secaring mana pun dia terhadap saya, tapi saya tak nak anak-anak saya ikut jejak perangai negatif dia. Maka saya tinggalkan dia sebab dia sendiri yang tak nak berubah. Puan, once dia dah ketagihan, dia susah nak buang ketagihan tu.
Puan kena hantar suami puan dapatkan kaunseling, ajak pergi masjid dengar ceramah agama, kenalkan suami dengan ustaz untuk diberi nasihat dan tarbiyah.. sekiranya perlu, ajak suami keluar tabligh 40 hari. Amalan ketagihan boleh dididik untuk dielakkan selama 40 hari.. selepas 40 hari dia berjaya tinggalkan ketagihan tu, itu dah dikira berjaya fasa pertama.. selepas 40 hari, suruh dia keluar tabligh 3 bulan pulak. Bila dia dah sibuk, maka lama-lama dia akan lupa tentang ketagihan dia tu. Trust me it will works but it takes time.
Lepas tu, buat checklist ibadah untuk dia. Puan kata puan selalu tahajud sebelum ni. Tapi puan ajak tak suami solat sekali? Cuba ajak suami gi kelas agama sama-sama.
Husband saya ni tak hensem pun .. tapi dia ni lah yg ada masa saya sakit hampir lumpuh kerana slipped disc .. saya pun mgkin bodo sebab percaya tapi cerita 16 tahun yg korang baca dalam 3 minit ni sebenar nya byk susah senan yg kami lalu sama2 .. cuma tu lah lepas baca semua komen mmg saya akui saya byk silap .. anak2 pun tak tahu pun apa yg jadi sebab saya mmg takkan gaduh depan anak dan saya sgt menjaga aib suami .. ntahla dgn kecaman inshaallah cukup bulan ni saya akan resigned n lari dari husband n duduk kampung .. lepas tu mgkin fikir cari kerja kat middle east .. sebagai bread winner bukan satu yg mudah utk saya resigned n tinggalkan jawatan yg ada tapj mungkin ini yg terbaik .. kepada allah saya berserah ..
kebanyak kan isteri2 mmg B**D*H tak dinafikan, termasuk lah sy sendiri, suami kaki judi mmg payah nk ubah, beribu2 kali bg peluang sama je, pdahal kita boleh je hidup sendiri, alasan anak2 je tu, pdahal anak ngn bapak boleh je jaga hbungan tu, sebenarnya kita sendiri yg sayang kt suami tu tknk pisah, kalau awk rasa awk sanggop menelan derita tu bersama anak2 terus kan lah. nanti lama2 umur pon dah tak muda lg, baru kita rasa penat tu dan feeling syg dan cinta tu let go dgn sendirinya, tp tkleh nk myesal dah dgn masa yg kita dh buang tu tau. good luck (pengalaman diri sendiri)
Puan sayang suami puan. Puan nampaknya tak senang suami melanggar perintah Allah. Itu saja yang saya nampak.
Kalau bercerai pun tak selesai masalah, sebab dia baik dengan puan dan anak². Dia juga mungkin teruskan sifat lama seperti sebelum ni.
Betullah ini ujian buat puan. Teruskan berdoa dan memberi nasihat. Semoga suami pun sempat bertaubat sebelum meninggal.
Kesian Angah tgok keadaan awak. Angah paham, syg pd suami bkn dibuat2. Ia rasa dgn sendiri tanpa siapa2 paksa. Cuma dgn tabiat suami tu, bimbang anak2 trpengaruh atau dipengatuhi. Plg penting skg ingat masa depan awak & anak2 yg makin mbesar. Klau boleh pg pejabat agama minta pandangan. Lelaki yg ketagihan payah utk lupakan apa yg biasa dia ‘tagihkan’. Cuba hitung semula, betul ke baru 2 kali dia trjebak semula. Tekadkn hati, ingat lah. Zuami skg hanya bapa tiri, bkn bapa kandung. Jika berpisah pun, xde nye sampai anak tu demam. Yg penting awak tu kena kuat. Pikir psl masa depan anak2 & lepaskn diri dari semua kemelut yg mlanda diri & perasaan. Jika tiada nafkah dr suami, boleh juga failkn prceraian. Tp kena cukup kuat, abaikan rasa empati yg tinggi buat seorg yg ketagihan arak, judi & dadah.
entha lah awak. ha ha ha . awak sendiri cari penyakit. elak kan lah lelaki macam kami ni. lolz. yang nampak baik