Padah Kerana Nafsu

Nama aku R (bukan nama sebenar).

Aku dah kahwin hampir 5 tahun dan ada dua orang anak.

Tengok pada tajuk yang aku berikan, dah tentu korang semua boleh jangka story aku.

Tapi ini bukan mengenai aku, tetapi adalah mengenai pasangan aku.

Aku ingin bertanya pada lelaki- lelaki di luar sana, apa kah yang anda inginkan dalam kehidupan ini?

Bila mana anda telah ada semua perkara, ada anak isteri, ada harta dan duit. Adakah semua itu tidak cukup buat anda?

Ini juga persoalan yang aku tanyakan kepada suami ku selepas mana aku dapat dia curang di belakang ku, di apps Omi.

Tercarik nya hati aku bila mana aku baca semua mesej-mesej bersama perempuan lain, mesej yang 18sx.

Bahkan siap berjumpa, berbuat maksiat. Ya Allah.

Tentu orang akan pertikaikan aku tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. TIDAK.

Aku jaga makan pakai nya layan nafsu apa yang diminta..

Bahkan aku juga tak berasa puas tentang hubungan intim sebab dia penat berkerja, jadi aku jarang menganggu dia bagi dia rehat.

Tapi apa yang aku dapat? Bermain dengan perempuan luar. Ya Allah, memang perit tak dapat aku terima.

Bila ditanya apa motif buat macam nie, jawapan nya nak main2.

Ya Allah, ada kah perkahwinan ini satu mainan.

Allah bagi kesenangan, Allah bagi rezeki anak2, dapat kesenangan dapat bernafas lega kehidupan semakin stabil, tapi ini yang terjadi.

Kesian pada anak2 yang masih kecil, ya Allah.

Aku berfikir untuk berpisah, membayangkan anak2 masih kecik, robek nya hati ku.

Tidak cukup kah apa yang ada dalam hidupan ini sampai sanggup musnahkan rumah tangga sendiri dengan perkara seperti ini.

Sememangnya aku tidak bercerita perkara ini kepada keluarga mertua, ibu ayah suami kerana menyimpan aib suami.

Robek lah hati ibu ayah suami yang selama sangka anak nya anak yang baik.

Ya Allah..

Telah berhari-hari aku menangis, tak tahu apa yang patut aku lakukan.

Untuk memberi kemaafan, melupakan perkara ini bukan sesuatu yang mudah.

Kepercayaan, kesetiaan ini telah dilukai dengan sepenuh nya.

Macam mana aku perlu hadapi kecurangan ini di hari2 mendatang, membayangkan dia bersama dengan perempuan lain. Jijik nya Ya Allah..

Kenapa kecurangan boleh berlaku kepada seorang isteri yang hanya suri rumah? Kerana suri rumah tiada tempat untuk bergantung? Kerana suri rumah tiada tempat untuk lari?

Makan pakai nya aku siapkan, nafsu nya aku layan. Bahkan setiap kali tanya cakap puas.

Tapi apa yang terjadi?

Aku tak faham apa yang seorang lelaki mahukan dalam hidup ini.

Ada anak isteri Allah bagi untuk dijaga, Allah kurniakan rezeki yang melimpah untuk kesenangan. Malu nya pada Allah.

Aku tak tahu apa yang aku meraban dan tak pasti apa yang aku nak sampaikan. Rasa tak terluah setelah berhari2 aku menangis.

Dah tentu suami aku menangis melutut memohon kemaafan setelah makan penampar dari aku sebaik saja aku baca mesej2 di apps tersebut.

Berjanji untuk bertaubat untuk tidak mengulangi nya lagi.

Tetapi semudah itu kah satu kemaafan perlu diberi? Semudah itu kah untuk melupakan segala nya dan biarkan perkara itu berlalu pergi?

Bukan mudah untuk memaafkan kecurangan yang sampai mengauli perempuan lain.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.

Apa yang patut aku lakukan? Berpisah atau memaafkan?

Perkara ini pertama kali terjadi, yang paling teruk ujian dalam rumahtangga kami. Dia suami yang baik, jaga solat, pergi masjid, jaga anak2, jaga nafkah,

Cuma kerja rumah saja tidak pernah ditolong alasan penat berkerja. Tapi aku tak kisah sebab faham penat bekerja.

Jika anda berada di tempat ku, apa yang anda akan lakukan? Teruskan berpisah atau memaafkan?

Dan kepada lelaki di luar sana, apakah nafsu itu yang utama bagi kamu? Setelah ada semua lengkap yang Allah kurniakan, harta duit isteri anak2 rumah aset semua.

Perit nya ya Allah…

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *