Padah Membawang

Assalamualaikum. Aku harap confession aku ni dapat beri sedikit pengajaran kepada readers semua.

Aku dulu zaman belajar top student tau. Sentiasa straight As setiap exam. Pastu dapat masuk sekolah berprestij. Wah nampak berlagak kan? Tak lah. Zaman aku top dulu aku memang humble. Tak pernah pandang rendah kat orang yang low dari aku.

Masuk universiti aku perform lagi. Masuk aliran sains. Once again aku jadi budak top. Semua orang puji aku pandai. Tapi macam biasa. Aku suka cakap “takdelah biasa2 je. Kebetulan je tu perform, Allah yang bagi”.

Aku cuba elak downgrade kan orang. Tapi aku lupa, ibu aku kuat membawang. Ibu selalu cerita “eh anak siah tu keje kampung je.. belajar diploma tapi keje kampung je.”

Aku pun cakap, “takpelah sekurangnya dia keje jugak”.

Kemudian aku dah habis belajar pun ibu cakap lagi “eh anak si leman tu x sambung belajar pun. Keje mekanik je dia.”

Aku jawab “emm takpelah orang belajar tinggi pun belum tentu dapat kerja. Zaman sekarang susah kerja. Ok la dia kerja daripada tak kerja”.

Ibu suka bandingkan aku dengan anak kawan dia. “Anak si joyah tu tak cerdik mana pun ibu tengok.. dengar cerita belajar haritu cgpa rendah.. haritu dia bangga sangat dengan anaknya. Kang dah padan muka. Anak ibu so far memang paling pandai dari anak2 kawan ibu”.

Kadang tu aku geram juga dengan ibu aku. Sibuk je hal orang. Kadang tu naik juga rasa marah aku. Pernah aku cakap dengan nada sedikit tinggi “ibu ni kuat membawang la. Cuba la jangan menyibuk hal orang. Biar la diorang nak jadi apa pun”.

Ibu aku kecik hati. Lepas tu ibu tak bercakap dah dengan aku. Aku menyesal. Ibu aku jadi pendiam. Pendiam terus. Last2 aku mintak maaf dengan ibu. “Sorry bu. Ibu sembang jela macam biasa. Taknak tegur dah. Ibu jadi je diri sendiri”.

Alhamdulillah ibu ceria semula. Ibu kembali jadi makcik bawang semula. Setiap kali ibu cerita, aku dengar je. Aku faham, kadang2 mak-mak ni takde topik nak sembang. So itu je topik yang boleh dia buka walaupun terpaksa cakap pasal orang.

Lama aku tunggu kerja, tak juga dapat-dapat. Lepas beberapa bulan tiba-tiba banyak offer aku dapat. Semua keje dalam bidang. Wah bertuahnya aku.

Tapi takdir Allah mendahului. Ibu tiba-tiba sakit, sakit terlantar. Takde orang boleh jaga ibu selain aku sebab aku anak tunggal.

Alhamdulillah aku setia jaga ibu. Tapi tipulah kalau aku cakap tak pernah terkilan dengan jalan hidup aku ni. Ada la sikit rasa sedih. Sekarang orang kampung pula cakap kat aku “belajar tinggi tinggi tapi akhirnya tak kerja langsung”.

Baru aku sedar, kita manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah la sebaik-baik perancang.

Sebenarnya, kita tak tahu pun masa depan kita macam mana. Our future is never promising until we go through it. Tengoklah aku. Graduan cemerlang yang sering disebut-sebut sebagai budak pandai, sering dapat pelbagai anugerah dan tersohor sebagai otak geliga. Tapi akhirnya?

Aku tengok kawan-kawan aku yang tak sambung belajar dah jauh terkedepan tinggalkan aku di belakang. Yang zaman belajar pointer tak cecah 3.00 pun dah jauh berlari tinggalkan aku terkapai-kapai kat rumah ni.

Kesimpulan yang aku nak cerita di sini :

1) Jangan pernah membawang pasal orang walaupun dalam hati, walaupun hanya sekadar menaip di facebook. Jangan! Sebab takut Allah uji kita balik dengan ujian yang sama.

Contoh dialog bawang : “eh si minah tu dah 10 tahun kahwin belum dapat anak. Dia mandul ke? Sebab badan dia gemuk jugak. Orang gemuk memang payah mengandung”. Elakkan la cakap macam ni. Kan lebih baik kalau kita mendoakan yang baik2.

2) Belajar tinggi-tinggi tak menjanjikan masa depan yang cerah. Tengoklah aku. Akulah buktinya. Akhirnya menjadi surirumah sepenuh tangga menjaga ibu ku sehingga bila2. Dulu cita2 aku tinggi tapi nampaknya cita2 tu dah terkubur begitu saje.

Kadang2 bila down aku menangis juga terkenangkan nasib diri. Malu jumpa kawan2. Masing2 dah beranak pinak, keje bagus, dapat gaji bulanan. Aku pula? Setia di sisi ibu tersayang, cukup makan, kadang2 mengharapkan duit ehsan sedekah orang untuk ibu. Nak kahwin? Ada ke suami yang sanggup menikahi isteri yang menjaga ibu terlantar & tidak punya apa-apa? Pasti dia fikir seribu kali.

3) buat adik2 yang masih belajar tapi tak perform, jangan sedih . Jangan cemburu dengan budak pandai. Kita tak tahu masa depan kita bagaimana. Mungkin awak yang tak pandai lebih berjaya akan datang dari budak pandai tersebut? Hanya Allah tahu.

Aku cuba didik hati bersangka baik. Aku yakin Allah sedang menguji kesabaranku. Aku yakin Allah sedang merencana suatu perancangan yang baik untukku. Seperti yang aku katakan tadi. Our future is never promising until we go through it. Hari ini aku jaga ibu aku. Akan datang who knows? Mungkin takdir aku lebih baik dari korang yang sedang baca confession ni? Only Allah knows.

Doakan ibu aku sembuh sepenuhnya. Doakan masa depan yang terbaik untuk aku.

P/s : dah masuk 3 series ni aku dah give up untuk kahwin. Tolong doakan ada prince charming sudi nak kahwin dengan aku.

Wassalam…

– Abcd

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *