Padah Tak Pandai Memasak Dan Tak Pandai Ambil Hati Mentua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Anne dan sudah 3 tahun berkahwin. Aku boleh buat semua kerja rumah, kecuali memasak.

Terus terang aku katakan bahawa aku TAK suka memasak. Tak suka tu bukan bermaksud tak boleh. Aku boleh memasak.

Cuma, aku tak suka spend berjam-jam di dapur dan kebanyakkan rasa bagi masakan aku tak konsisten. Kadang-kala kuah tercair, termanis, kuah lauk pekat sangat dsb. Kadang2 tu sedap sangat pula. Hahaha.

Bapak aku ajar aku memasak seawal 16 tahun lagi. Selepas SPM memang aku akan masak untuk keluarga pada setiap hari.

Cuma, aku takkan memasak untuk orang lain kecuali diri sendiri, suami dan keluarga aku. Aku malu. Aku tak suka dengar kritikan mengenai masakan kerana itu cooking is not my passion.

Suami aku pun dah sedia maklum yang aku memang tak nak memasak, selain di rumah kami dan family aku sahaja.

Bila dah berkahwin, aku memang akan memasak setiap hari untuk suami. Cuma, apabila berada di rumah mertua, aku takkan memasak. Aku hanya membantu sahaja.

Aku tak nak dengar sesiapa sahaja mengkritik mengenai masakan aku. Nanti tersebar cerita ke sedara mara yang lain.

Biras aku dah pernah kena. Pernah sekali sewaktu aku membantu MIL potong bawang, MIL cerita yang biras aku ambil masa 3 jam untuk masak kari ikan.

Bagi aku 3 jam tu memang lama sangat. Tapi, perlu ke MIL cerita dekat aku? Kalau biras aku dengar mesti dia malu. Aku senyum jela bila dengar MIL aku cerita.

Sebulan lepas, aku outstation. Husband aku balik ke kampung seorang diri. Adik beradik dia yang lain semua ada.

Tak tahu macam mana, terbuka topik pasal aku. Adik lelaki suami tanya suami aku, sama ada aku selalu masak atau kami selalu makan di luar?

Suami aku cakap kadang-kala makan luar. Tapi kebanyakkannya aku akan masak.

Mereka ingat aku tak pernah masak langsung sebab di rumah mereka tengok aku hanya tolong potong2 bawang, blend bahan kering. Yang selebihnya biras atau MIL yang akan masak.

Lepas tu, mereka tanya suami aku sama ada boleh tak mereka nak request aku masak for whole family nanti. Teringin nak rasa kata mereka.

Suami aku bersetuju.

Selang beberapa hari, suami aku cerita semula kepada aku. Aku tak tahu kenapa aku naik hantu ketika itu.

Aku rasa kecewa sangat yang suami aku decide sendiri tanpa bertanya kepada aku dahulu. Atau pun boleh je suami aku terus reject, memandangkan dia dah tahu apa yang aku tak suka.

Tak tahu lah kenapa aku kecewa sangat. Kami bertengkar walaupun hanya disebabkan isu ni.

Disebabkan isu ni, muncul pula ketidakpuas hati dari suami. Aku dituduh kerana ‘tak berkahwin’ sekali dengan familynya.

Pada hari kejadian, aku luahkan apa yang terbuku di hati aku. Mereka ramai adik-beradik, kenapa nak harapkan ipar duai mereka yang tolong semua tu.

Kerja rumah, memasak, mereka adik beradik lah kena lebih membantu. Tak kisah lah semua adik beradik lelaki sekalipun, nak harapkan semua kerja perempuan yang buat?

Di rumah sendiri perempuan buat. Di rumah in law perempuan buat. Di rumah family sendiri pun nak harapkan perempuan buat kerja rumah?

Apa pendapat jejaka dan mertua sekalian? Memang korang terlampau kisah dan terasa kalau si perempuan (lebih2 lagi menantu dan in law) tak tolong buat kerja rumah?

Sejujurnya aku dah luahkan dekat suami yang aku penat sangat mental dan fizikal. Isnin-Jumaat routine yang sama. Kerja, memasak, buat house chores. Sabtu-ahad balik kampung & perlu turun padang.

Aku mengajak suami untuk balik kampung maksimum 2 kali sebulan sahaja ke kampung.

Aku nak rehat dan boleh jimat perbelanjaan bulanan. Minyak, tol, nak belanja makan lagi. Boleh pulak suami aku cakap aku tak ambil berat perihal keluarganya sebab aku enggan untuk balik kampung setiap minggu.

Aku pernah inform dekat suami stop being people pleaser. Aku tengok dia pun sebenarnya letih.

Tapi disebabkan dia berpegang kepada statement kawannya “Bila orang tua dah takde, memang lain rasanya. Berpenat lelah lah sementara orang tua masih ada”.

Aku balas semula, tak semestinya kalau aku tak balik kampung setiap minggu, aku tak masak di rumah family dia, tak bermaksud aku tak sayang family dia.

Cuma ada hadnya. We are human. Not robot.

Kalau rasa nak jaga parents 24 jam, maybe tak perlu kahwin. Duduk bersama parents dan jagalah mereka setiap hari. (please jangan salah faham ayat ni)

Yang buat kerjanya nanti perempuan. Si lelaki, tengok tv, tidur, lepak dengan kawan je bila balik kampung. Mana nak faham perasaan perempuan dan mungkin TAK NAK faham. Kan?

Hampir sebulan suami aku layan aku gitu gitu je. Dia masih marah dekat aku la tu. Aku pun tak larat nak beralah dah. Hidup ni singkat.

Bila-bila masa je boleh mati. Aku rasa i should appreciate my life juga. That’s why aku cuba untuk say NO kalau aku tak nak. Salah ke kalau aku say NO?

Aku rasa nak single balik pun ada. Tapi aku sayang suami aku… Susahnya hidup ni.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *