Hai Assalamualaikum. Alhamdulilah Allah hidupkan kita dengan rahmat Allah dan Allah menghadirkan manusia dalam hidup kita supaya kita belajar dari liku liku kehidupan. Mungkin manusia membawa segala macam kesusahan kepada kita tapi kita lupa mereka lah asbab kita makin dekat dengan Allah. Aku penulis bekas tomboy, rupanya ada cerita yang aku terlupa nak tulis. Dari minggu lepas nak tulis tapi aku sibuk dengan Pru untuk berjuang dengan islam yang amal 100%.
Aku minat dengan ayat ni –
“Orang yang paling kesian dekat akhirat adalah orang yang terlalu minat dengan kpop, bollywood,hollywood jika dia tidak ambil tahu pasal negara dan hak individu muslim. Negara sedang runtuh dengan orang yang tak ambil kisah . Tak sedar ke? ” terima kasih pada yang menulis statement ni.
Aku nak buka cerita pasal music yang memang dah sebati dengan manusia sejak zaman millenia lagi. Siapa tak suka music angkat ketiak sikit? takde? tifu. Dulu aku penggemar music rock metal ,rock ,rock emotional. ha aku tau dah apa yang dalam fikiran korang. Group² evanescence, Green day, MCR, Avril Lavigne (solo singer) ha bnyak la nak senarai. Sampai esok tak habis. Aku grow up dengan music avril lavigne. Dulu zaman jahil aku tertarik dengan budak² emo ( Jangan ikut,mereka ni puak² christian yang depressed sebab Tuhan tak de dalam hati mereka . Tak christian, atheist. Maka majority yang ambil jalan penyelesaian adalah bunuh diri sebab rohani tak de seperti orang islam .Orang islam ada Allah. Mereka? mungkin tak de siapa untuk bergantung )
Umat harini terjebak dengan aktiviti tak bermoral antara sebab yang paling effektif adalah music.Nikmat yang dikurniakan sebelum lahir lagi adalah Pendengaran.Sebab tu baby yang lepas dilahirkan ayahnya terus azankan. dan kata² lah yang paling dekat dengan hati. hidup aku bermula dari situ. Lagu paling sedih yang melekat dalam hati ni sampai aku habis sekolah menengah,depressed weh. Keypoint dia untuk menjadikan pendengar terasyik dan menghayati adalah Tulisan yang bermakna(konon) ,keadaan dan situasi yang berkaitan dengan pendengar, yang mengingatkan masa silam, skill and you guys know more than me. Pernah aku berbicara dengan budak arab jerman, dia kata dia sangat suka dengan musik sebab aku bagi dia lagu law kanana baina habib dkt yutiub dan dia pernah kata dia terasa hormon sexsual tu aktif sebab lagu² sekarang berunsurkan sexual things. Paling “common di mata barat” menjadikan wanita sebagai sex object. senang je. Kau tengok lagu despacito pun tau dah.
Rosak pulak akhlak ummah dengan lagu yang diselitkan kata cacian,carutan,makian dan sebagainya. Ni bukti generasi kita miskin adab terutama bercakap. Konon cool,baru fit dengan society,baru boleh tunjuk diri sendiri, baru orang lain minat nak berkawan. Ni ideologi orang barat ye,tengok la beramai dorang rosak akhlak,berleluasa anak luar nikah ,arak dan sebagainya. Dan statement ni paling aku tak suka ” forever young” atau ” yolo – you only live once “. Ini tidak menghalalkan cara,sekali kau terjebak,susah nak keluar beb. Aku serius ni. Sebab tu Nabi kata, jangan mencuba² benda yang memang dah haram. Kesannya? bila dah terasa nikmat,nak buat lagi sampai dah terasa biasa duduk dalam kemurkaan Dia.Impak music sangat bahaya abang kakak adik mak ayah, ramai bunuh diri sebab music, ramai depressed sebab music, ramai jauh dari Allah sebab music. Sekarang clear tak kenapa ulama’ kata music asalnya HARAM? Music dibolehkan atas benda yang mengingatkan pada Nya. Kita tidak mengamalkan cara hidup terlalu keras atau terlalu longgar tapi sedang².
Musical ni macam air masak/air putih dengan air manis/air berkordial. Kita tahu air putih baik untuk kesihatan tapi kita suke gila air yang manis² tu. Kita tahu minum air manis mengundang diabetese kalau tak dikawal, tapi kadang² terlebih minum teropss pulak gitew.
Samalah macam music. Music yang mengingatkan Allah ni air putih umpamanya dan music yang melalaikan adalah air manis² tu. Susah nak buang, faham tapi jangan tidak usaha untuk kurangkan ye anak² syurga.
Walaupun music ni sedap di dengar , tapi padahnya bila kita terasyik² dengan lagu tu. Sampai kan keluar macam² emosi. Akhirnya depressed dan sangat emotional macam aku dulu. Perempuan ni memang sensitif generally dan kadar yang bunuh diri dan harm self around the globe sangat tinggi. One of the huge reason is because of the emotional music that harm the soul. Terlalu melayan sampai lupa Maha Pencipta. Aku tau ramai jugak yang suka acah² dengar lagu lepas tu posing macam diri dalam movie cehhhhh aku tau la .
Namun tak pernah salah untuk kau mendekatkan diri dengan Dia. kau rasa music je yang faham situasi kau,kau rasa kalau orang caci kau dengar music je sebab dalam facebook keluar page² ,tulisan lebih kurang macam “if people talk s*** about me, i just listen to music all the time”. Dan perbuatan tu lagi mengeruhkan keadaan kau ,bukan membaik pulihkan. Sepatutnya bukan music ,Allah yang faham kau tapi kau yang tolak Dia tepi. Bahagia bukan dengan yang melalaikan , bahagia datang dengan kecintaan pada Dia dan sebab tu Allah menguji kau dengan music yang kau rasa paling faham dengan keadaan kau. It only fit your situation, but it can’t hear how your heart really felt because it can only be repeated and the same sad feeling came over and haunt you.
bila kau berubah sebab manusia memang kau akan tewas. sebab? Dunia kau dipenuhi seolah meminta pandangan dan expectation dari mereka. Manusia macam ragam. You can’t expect all people are going to be nice to you just cause you are nice to them. Kalau kau berhenti buat baik pada manusia sebab dorang buat jahat dekat kau,itulah bukti kau buat sebab manusia sedangkan 7 billion manusia dalam bumi ni 2 billion manusia mencaci Allah Taala dan merendahkan Islam tapi Allah masih bagi rezeki dekat kau dan mereka walaupun niat kau dah tersasar jauh sampai ke canada. Sikit pun cacian tu tak merendahkan Allah Taala tapi merendahkan nilai diri hang sebab Allah tak perlukan hang.
Hang yang perlukan Allah. Tengok lah berapa ramai orang mati dekat luar sana? Mereka terus masuk dalam kubur tanpa sempat pun bertaubat. Tapi kita ? Allah sentiasa detikkan rasa bersalah dalam hati untuk berubah. Betapa Allah sayang umat islam ni. Dan mereka yang duduk dalam kubur akan berada di sana sampai kiamat. Tu Abu Jahal yang dok susahkan nabi tu dekat dalam kubur lagi,belum diseksa lagi,termasuk la semua yang berada di zaman Nabi-Nabi sebelumnya sampai ke zaman Nabi Adam a.s. Dan mereka kata apa ? ” Ya Allah hidupkan aku balik supaya Aku boleh bertaubat” ” Ya Allah cepatkan kiamat supaya aku boleh mencium bau syurga” .
Aku risau dengan dikalangan kau yang taksub dengan lagu dan penyanyi. Tak salah mendengar,yang salah bila kau letak cinta pada bukan yang tak memberikan kebaikkan pada kau pada akhirat. Hey dengar sini,Aku sayang ummat nabi dan aku nakkan yang terbaik untuk kau.
Lepas aku trauma dengan kehancuran hidup selama 8 tahun, aku buang segala music yang melalaikan. Cuma tinggal ayat quran, nasyid dan musical instrument. Lirik lah punca kelalaian yang heroic. Hidup aku sangat tenang,buatkan aku cinta dan berkorbar untuk islam. Itulah nilai yang Nabi nak dipateri dalam hati umat Dia. Kau tau manusia apa paling hebat? Bila dia cuba perbaiki acuan hidup ikut Nabi s.a.w ,nescaya syurga halal bagi dia.
Hati-Hati Hati. Jaga dia baik². Rosak ketulan daging tu,rosak semua. Sebab semuanya berpunca dari perkataan. Jangan mencaci dan berkata buruk depan nikmat terutamanya makanan dan minuman sebab air perakam kata² Kau.
Banyakkan membaca, banyakkan ilmu supaya kau boleh survive atas dunia. Kau perlu ilmu,ilmu tak perlu kau. Islam is the solve for all the questions, sebab tu Nabi s.a.w bermati matian perjuangkan kalimah Allah atas muka bumi ni. Nak selamatkan umat dia dan kita dari api neraka yang dibakar 10,000 tahun sehingga bertukar warna ke 10,000 tahun yang berikutnya.
Kenapa Allah bagi Nabi merasai sakit dan kepayahan? Allah boleh saja bagi nabi senang,kaya raya berharta sebab Dia berkuasa.
Tapi Allah nak tunjuk betapa islam susah sampai melalui nabi,berjuang bermatian untuk bagi kita merasa islam .Allah nak tunjuk nabi orang paling miskin di dunia(walaupun dia dari keturunan yang kaya) tapi dia orang paling kaya dekat akhirat sebab tak de satu sampah dunia pun yang melekat dekat hati dia. Nabi orang paling bahagia dalam dunia walaupun rumah dia cuma ada pelepah kurma sebagai alas tidur dan semangkuk bekas berisi sagu yang dah terbalik.
Tapi apa kita kata harini?
Pakai tutup aurat labuh² ni ketinggalan zaman,jumud, tak fesyen. Buat apa berfesyen kalau masuk neraka? Sayang lah jasad tu. Apa kita tulis, dengar, buat setiap saat semua jasad ni akan bagi kata saksi dekat Allah Taala dan kita tak boleh lari. Semua urusan kita secara personal atau tidak semua ditayang macam movie.Pernah ada 1 kisah sehelai bulu mata yang dibasahi setitis air mata menyelamatkan hamba yang hampir ke neraka. Kita tidak hina, kita ahli syurga. Bezanya kita digoda syaitan dan akhirnya syaitan ni hanya berkata ” Aku hanya ajak saja. yang buat tu kau,bukan aku. Aku tak bertanggungjawab kalau kau masuk neraka ” Ni ada dalam quran sendiri yang aku baca. Sorry merewang sikit. Citer pasal music ,merewang sampai ke lain.
Tu je la nak cerita. Moga dapat dijadikan ibrah. Kalau terasa tandanya Allah peka dengan kamu.
Semoga yang membaca mendapat berkah dan dimudahkan urusan. Allah merahmati kamu.
Assalamualaikum. Sirru ala barakatillah
– Hamba Allah yang Hina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit