Bila kita tengok atau baca berita-berita hal buli ni, automatik rasa geram, marah, teringat trauma dulu kena buli.
Waktu muda remaja yang patutnya gembira dengan kawan-kawan, tapi kena lalui dengan tekanan dan seksaan mental dan fizikal.
Aku baca komen-komen netizen tentang pengalaman mereka dibuli. Ahhh. Gila betul. Kejam. Sadis. Hanya jadi bahan gurauan. Bodoh betul bila bergurau atas kesakitan orang lain.
Aku nak kongsikan kisah seorang pembuli. Keseronokan yang akhirnya memakan diri sendiri.
Biasanya pembuli ni pengecut. Pandai drama. Kuat menipu. Pusing cerita. Lagi-lagi bila dah tertangkap. Jangan percaya dengan air mata pembuli!!
Aku bagi nama pembuli ni “Hafis” la. Bukan nama sebenar. Badan bersaiz sederhana, datang dari keluarga yang berada.
Bukanlah murid yang lemah dalam pelajaran. Agak pandai juga. Bersikap suka buat huru-hara, macam monyet korang tau perangai dia.
Semua orang dia usik, dia kacau. Barang orang, ketenteraman hidup orang. Eh, beruk betul la perangai senang cakap.
Aku rasa zaman kanak-kanak awal 90an masa tu antara yang top WWF / WWE dan biasanya bila malam tengok. Pagi mesti bersidang dengan kawan-kawan. Seronok betul zaman tu.
Tapi Hafis ni perangai habis semua orang nak di gustinya. Apa saja gerakan pemusnah yang Hafis tak cuba ke kawan-kawan.
Chokeslam, stonecold stunner, pedigree, rock bottom, habis la kena ke kawan-kawan. Sakit tau tak kena smackdown atas simen.
Padahal penggusti tu semua berlakon saja kot. Biasalah, bila kawan dah terbaring, nangis, dia konon-konon bergurau.
Depan cikgu dia spin cerita sama-sama main. Yela cikgu pun bukan banyak masa sangat nk siasat. Mesti dua dua kena.
Bila orang report saja kes Hafis ni, habislah budak tu kena mark. Tak senang hidup la asyik kena buli, kena kacau.
Cilaka betul hidup pembuli ni. Mangsa buli akan terus dibuli. Pembuli akan terus bergelak ketawa.
Antara titik tolak yang menjadikan Hafis ni semakin bermaharaja lela bila kes dia berkelakuan biadap dengan cikgu. Memang kena libas dengan rotan masa tu juga. Sap Sap!!
Tu la habuan bila dia buat gaya X-pax depan cikgu. Alah, yang silang tangan bentuk X kemudian tangan di hayunkan ke arah kemaluan. Budak 90an tahu la gaya-gaya ni.
Kes ni sampai la ke pengetahuan pentadbir sekolah. Macam biasa la, pembuli ni memang kasi spin. Menangis cerita hal kesakitan kena libas dengan cikgu depan guru besar dan bapak dia.
Sebab kesan rotan tu memang jelas jadi untuk mengelakkan hal yang lebih besar, kemenangan berpihak kepada Hafis la.
Ahhh, makin besar la kepala dia. Menjaja cerita dia kata cikgu pun tak berani dengan dia. Cikgu yang melebih-lebih aku report saja bapak aku. Fuhhh. takbur betul ayat budak Hafis ni.
Perangai Hafis memang semakin menjadi-jadi la. Semua orang dia usik, semua orang dia kacau. Bila kantoi dia buat drama. Kalau kawan-kawan pergi kelas tambahan parking motor.
Memang habis la dia rosakkan moto orang. Koyakkan seat motor la, cabut plug memang tu la kerja dia.
Zaman sekolah menengah bila duduk di kawasan luar, tiada lesen pun kita bedal tunggang motorsikal. Petang- petang pulak meronda keliling felda.
Usha awek naik skuter. Ngam sey…. Ada sekali tu Hafis terajang sorang budak ni. Anak yatim, mak orang susah, naik basikal saja ke hulu ke hilir uruskan anak. Hafis terajang budak tu sampai tersungkur.
Akhirnya seingat aku bapak Hafis tukarkan dia ke sekolah lain atas sebab banyak sangat dapat aduan tentang sikap Hafis.
Macam biasalah, bapak dia kata anak dia baik, persekitaran sekolah tu yang ramai budak jahat menyebabkan anak dia terpengaruh. Berbahagia la hidup kita orang semua tanpa Hafis.
Kegiatan Hafis di sekolah baru kami semua tak nak tahu. Cuma yang aku ingat bila habis spm, masing-masing sambung belajar, ada yang sudah berkerja tapi aku ada terserempak dengan Hafis kat bandar, teruk jugak dah mamat ni.
Mula hisap gam, ambil bahan terlarang. Masa ni kalau ternampak Hafis memang dalam kepala otak aku.
Kalau aku terajang mamat ni, aku nak pijak leher dia. Ahhh, saiz badan aku pun dah jauh lagi besar dari dia. Mana mampu dia bangun lawan.
Dendam betul aku. Tapi apa beza aku dengan Hafis kalau aku buat macam tu?
Ada jugak aku dengar Hafis masuk keluar pusat pemulihan. Tapi balik ke kegiatan lama. Sekarang ni memang aku dah tak dengar cerita pasal Hafis lagi.
Kalau ikutkan, ramai saja lagi kawan-kawan aku yang nakal zaman sekolah. Tapi yela nakal sebab remaja, tak matang.
Tapi yang penting tak kacau orang, tak menyusahkan orang. Masing2 sekarang pun hidup bahagia berkeluarga. Anak 3, 4 orang. Walaupun hidup sederhana tapi bahagia.
Jauh betul dengan Hafis. Yela korang bayangkan saja la berapa ramai doa orang yang teraniaya yang Allah dah makbulkan. Takut bila bayangkan doa orang yang teraniaya ni.
Pesan aku untuk pembuli carilah mangsa-mangsa buli korang. Carilah sampai jumpa. Menangislah minta maaf dengan penuh kekesalan kerana telah meragut waktu remaja mangsa-mangsa korang. Ada yang trauma sampai sekarang.
Untuk mangsa-mangsa buli, korang share la sikit apa nasib pembuli yang korg dah tengok dalam komen. Biar jadi pengajaran.
– Si Tora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit