Ada satu hal yang aku sebagai penulis confession iium nk bincang.Dah lama aku pendam benda ni dan aku tak faham kenapa benda ini perlu berlaku pada aku dan keluarga aku.Dan disebabkan aku geram,aku cuma ada peluang utk tulis sebab aku sedar, aku bukan sesiapa,dan bising-bisng pun apa je aku boleh buat.Jadi supaya depress dan anxiety aku tak datang, menulis dekat sinilah melegakan hati aku sikit.
Aku Mia (bukan nama sebenar)asal dari Perlis dan minggu lepas hari Jumaat mak ayah aku nak datang sebab lama dah depa tak datang. Ni kira kali ke-2 lah mak ayah aku datang sepanjang 2tahun ni.Mak ayah aku naik KTM pasal tak larat nak drive dah.Masa sampai KL Sentral, depa naik teksi yang berbayar dari KL Sentral tu sampai UIA.Aku takde lesen lagi nak drive dan amik diorang.
Sebelum sampai aku dah pesan awal ke mak ayah aku, tak boleh masuk ikut pintu utama. Aku cakap dekat mak aku nanti cakap dekat pemandu teksi tu,takut dia tak tahu.Dalam pukul 12tengahari, masa tu aku baru keluar tandas,aku tengok ada 12 missed call dari mak aku. Aku kelam kabut ah call balik sebab selalu orang call banyak kali ni sebab emergency je.Rupanya hal pagar je.
Bila aku dah jumpa parent aku, mak aku ceritalah tadi, diorang tak boleh masuk pagar dan pengawal kata kena masuk ikut gate 3. Jadi pemandu teksi bawaklah pergi Gate 3. Bila sampai gate 3, gate tu tutup. Dan pemandu teksi tu kena turun tanya macam mana nak masuk ni? Tapi tak kelakar lah wei, pak cik guard tu kata, ni Gate 2, bukan Gate 3.Aku tak salahkan pemandu teksi pun sebab dia tak tahu.
Masalahnya, abang pengawal tak boleh ke bagi je lah mak ayah aku masuk, terang-terang orang tua ni nak lawat anak dia, bukan nak mencuri. Lagipun nak curi apa weh? dengan apa? Salah ke nak masuk lawat anak sampai kau susah sangat nak bagi diorang masuk? Dah macam asrama pulak aku rasa, tapi asrama aku dulu rilek je bagi mak ayah masuk, tak payah nak amik pass visitor bagai. Aku kadang duk terfikir dalam bilik,aku ni duduk university ke asrama ni?
Nasiblah pemandu teksi tu baik,tak tinggal mak ayah aku kontang kanting. Aku ingat cerita mak aku ni habis sampai situ, rupanya sampai dekat Gate 3, mak ayah aku kena pakai pass visitor. Dan pengawal kata, kena pakai sepanjang ada dalam kawasan universiti ni ha. Sebab kalau tak pakai nanti tak tahu siapa student atau tak, takut kena saman. Mak ayah aku okay je, tapi cara pengawal tu cakap mak aku kata, macam gaya arahan dan tak senyum langsung. Ya, benda ni buat aku bengang sebab aku tak kisah kalau orang lain tak senyum, tak mende, dengan aku pun, tapi tolonglah faham yang mak ayah aku tu orang tua, diorang ni melawat anak, yang pengawal nak pergi lagak tunjuk kuasa besar tu apehal? Kesian mak ayah aku sesat-sesat nak masuk, lepas tu kena pulak pengawal jenis tunjuk lagak.
Kadang-kadang aku terfikir, pengawal ni memang saja perangai macam ni ke? Sebab kadang-kadang kalau aku naik bas, aku perhati je, kalau kereta besar lalu, mewah sikit, laju je depa bagi masuk dengan senyum bagai. Mentang mentang mak ayah aku naik teksi, depa layan lebih kurang je. Kalau boleh tahap paling hina sekalilah kau nak buat macam kuli, orang bawah, sikit pun kau tak boleh nak cakap dan senyum bebaik.
Aku tak nak cakap banyak sebab bukan pi mana pun nak mengadu ni. Tapi aku lega dapat tulis luahan hati aku ni. Cuma satu je aku nak pesan dekat pengawal yang layan orang ikut suka hati mak nenek dia, cilaka betul orang-orang yang masih amalkan kasta, tengok taraf hidup, kereta apa dia pakai ni. Dan dalam aku terfikir ni, aku teringat masa Raja Salman datang hari tu, pengawal tak suruh pun pakai kad visitor, amik pass pelawat, masuk ikut gate 3. Kau tenang je buka pagar leluas, clearkan jalan bagai supaya nanti tak jammed, entah siap red kapet sekli gamaknya. Mengarut betul dah la sistem susahkan orang, lepas tu orang miskin ni kau layan halai balai. Keadilan? sembang.
– Tijah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit