Assalamualaikum. Jika sebelum ini saya buat confession tentang tanggungjawab suami dan fitnah kaum wanita di alam maya . Kini saya nak buat confession tentang pahit itu manis .
Setiap ujian yang Allah beri kepada kita ituberbeza – beza . Tapi setiap ujian yang Allah beri itu semuanya mengikut kemampuan diri kita untuk hadapinya .
Saya diuji bermula usia 13 tahun sampai kini . Allah uji dengan dikurniakan adik beradik yang majoritinya bekerja sebagai ahli perubatan . Bila mereka berkahwin sesama kumpulan mereka ( ahli perubatan ) ini telah memberi cabaran kepada diri mereka dan ahli keluarga mereka . Bila mereka sibuk kesannya pada anak – anak mereka malah jika diantara ahli keluarga mereka tidak mampu memberi bantuan sokongan itu akan beri ancaman untuk berlakunya perceraian dalam hidup mereka . Malah ketika usia saya masuk 15 tahun Allah telah menjemput abi dan ummi saya pergi buat selama2nya kerana terlibat dalam kemalangan maut dekat highway karak . Apabila ibu bapa saya meninggal ia telah menyukarkan hidup saya untuk hidup secara normal . Ketika itu juga kehidupan kami 8 beradik berada dalam situasi ” tangisan dalam ingatan ” .
Selepas saya grad dari universiti walaupun dapat degree first class in mechanical engineering . Tetap saya kena jalani kehidupan baru ini secara survival kerana ketika itu malaysia mengalami ketirisan ekonomi . Kalau tidak saya akan dibelenggu dengan dunia pengangguran .
Bermula saat itu halangan demi halangan dan dugaan demi dugaan yang perlu saya tempuhi dan seiring dengan memastikan diri ini sentiasa bersabar , berusaha dan bertanggungjawab pada diri sendiri supaya tidak mudah tewas dengan onak dan duri dalam kehidupan. Hari pertama saya masuk kerja selepas grad dari universiti adalah dekat restoran , selepas restoran ke estet koko dan selepas ke estet koko bermulalah bekerja dalam bidang teknikal . Hari pertama bekerja dekat shipyard adalah bermula dari posisi non skill ( helper ) – semi skill ( fitter ) – skill ( technician ) – non executive ( Qc ) – executive ( engineer ) . Kehidupan survival saya ini telah menyebabkan market salary saya dlm industri amat tinggi .
Selepas bekerja dekat shipyard saya mula beralih dalam industri oil and gas . Setelah bekerja dalam industri oil and gas selama 1 tahun tiba – tiba saya menjadi mangsa ketirisan ekonomi yang mengakibatkan saya dibuang kerja .
Apabila diri ini dibuang kerja , buat kali kedua saya sambung hidup secara survival . Survival punya survival dapatlah job sebagai cikgu tuisyen untuk subject physic dan add math . Dalam masa itu sambil – sambil saya bekerja sebagai cikgu tuisyen untuk pelajar yang bakal menduduki SPM . Saya hadap jobstreet dari 50 cv yang dihantar hanya dapat 1 sahaja itupun diusahakan selama 3 bulan dan seminggu selepasnya saya dapat job bersama syarikat Brunei Shell Petroleum sebagai NDT Inspector .
Ketika bekerja sebagai NDT Inspector dekat brunei . Ketika itu akak saya yang bekerja sebagai doctor bersalin baru berkahwin . Selepas mereka berkahwin tiba – tiba abang ipar saya yang baru grad master dalam setahun dapat tawaran bekerja dekat Alexandria Egypt sebagai jurutera . Selepas mereka berkahwin 2 tahun dapat sorang anak . Ketika itu mujurlah saya bekerja dekat offshore yang berulang alik dari darat ke laut . 3 minggu dekat laut dan 1 minggu dekat darat . Jadi disebabkan itu dapatlah saya balik untuk tolong jagakan anak saudara saya bersama emak saudara saya . Ketika usia perkahwinan mereka masuk 4 tahun dikurniakan anak yang kedua . Masuk sahaja anak kedua saya lihat kehidupan akak saya ini tergugat dengan tempoh contract suaminya yang bekerja di mesir ada lagi satu tahun dan kehidupan akak saya di hospital pun semakin sibuk.
Jadi disebabkan itu saya mengambil pendekatan untuk meletakkan jawatan sebagai NDT Inspector dekat Brunei dan kembali ke tanah air untuk menjaga anak buah saya 2 orang . Berbekalkan ilmu dan pengalaman sepanjang menjalani kehidupan secara survival. Mudah untuk saya beralih bidang . Dari posisi NDT Inspector ke posisi pengasuh dan berjinak – jinak dalam aktiviti pertanian menggunakan kaedah hidroponik .
Setahun saya jadi pengasuh tiba – tiba kawan baik akak saya yang bekerja sebagai doctor pakar bersalin pun datang letak anak dia supaya dijaga . Ketika itu dia bertitle janda anak satu selepas diceraikan oleh seorang lelaki yang beralasan isterinya tiada masa di rumah pada 2 tahun yang lepas . Dalam tempoh itu juga ayah kepada 2 orang anak saudara saya telah kembali ke tanah air untuk bekerja dekat kilang yang berdekatan dengan rumah dan menjadi surirumah separuh masa .
Dalam 7 bulan saya menjaga anak seorang doctor pakar bersalin . Kadang – kadang ibunya datang ambil anaknya jam 10 – 11 malam dan kadang – kadang dia call saya jam 3 pagi untuk minta tolong jagakan anaknya kerana dia ” ONCALL ” . Disebabkan itulah pada suatu ketika itu saya confess isi hati ini dekat dia untuk jadikan dia sebagai isteri saya . Setelah kami berkahwin saya mula recovery kehidupannya di rumah dan permudahkan kehidupannya seharian . Saya juga dapat kenal kawan – kawan yang baru yakni suami kepada doctor dan doctor pakar . Kesemua mereka ini sama seperti diri saya dimana mengorbankan kerjaya asalnya untuk memberi laluan kepada isterinya di hospital .
Bermula saat itu saya telah menarik 6 individu supaya sertai saya untuk melakukan kerja2 pertanian menggunakan kaedah hidroponik .
Selepas akak saya yang bekerja sebagai doctor bersalin melahirkan baby twin . Suaminya telah 100% korbankan hidupnya untuk menjadi surirumah sepenuh masa . Saya dengan itu membantu hidupnya dengan menariknya sertai kumpulan kami dalam melakukan kerja – kerja pertanian .
Kini kami telah mempunyai 4 greenhouse . Dimana ia dikendalikan oleh 8 orang ahli professional dan dibantu dengan sokongan solar , mechanical dan electronic system . Apabila kami menjalankan kerja pertanian secara hidroponik dan dibantu pula dengan sokongan sistem tersebut . Ianya menjadikan kehidupan kami banyak meluangkan masa dengan anak – anak di rumah berbanding dekat greenhouse .
4 greenhouse kami itu dikendalikan oleh 4 orang bekas jurutera , 2 orang bekas pegawai bank , seorang bekas arkitek dan seorang bekas pegawai makmal perubatan .
Bekas pegawai bank kerja dia just memasarkan product kami .
Bekas pegawai makmal perubatan hanya berusaha memastikan product yang dikeluarkan itu bermutu tinggi .
Bekas arkitek itu hanya menjaga dan menstrukturkan rumah hijau .
Bekas jurutera akan memastikan solar system , electronic system , watering mechanical system dan lain – lain ini dalam keadaan baik .
Apabila saya mengenang perjalanan hidup saya ini . Jiwa saya mula datang dalam bercampur aduk dengan perasaan sedih kerana pada usia kanak – kanak dulu sudah diuji dengan hidup dalam cabaran , kecewa kerana pernah suatu ketika dulu mudah berputus asa ketika hadapi ujian dan gembira kerana disebalik apa yang Allah uji itu ada hikmahnya untuk mendewasakan diri ini supaya mudah pada hari mendatang .
Wahai teman seperjuangan
” Saat badai datang tanpa diundang , Hadapilah ia dengan tenang , Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan ”
” Kemahuan hari ini adalah Kejayaan hari esok ”
Qowiy Lillahi Ta’ala
ALLAH IS THE BEST PLANNER .
– Hafiz Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit