Pahit Manis Pertama Kali Menjadi Ibu Ketika Pandemik

Assalamualaikum, harapnya admin dapat publish coretan aku ni. Nothing much to share, just sharing my experiences being a first time mom while the whole world is facing a virus named COVID19.

Pengalaman yang aku nak kisahkan di sini lebih kepada pengalaman aku ketika kandungan aku 6 bulan apabila kerajaan umumkan PKP.

Tinggal berdua bersama suami, jauh dari keluarga, buatkan aku susah hati. Nasib aku baik, sebab kami memang dah beli barangan keperluan bayi sejak dari 4 bulan. Jadinya, persiapan kami dah 80%.

Kemudian, PKP dilanjutkan lagi. Kami masih terperangkap dirumah. Telah mula work from home.

Dan bila PKP terus dilanjutkan, aku menangis setiap hari. Memikirkan macam mana nanti nak bersalin takkan nak pantang sendirian dengan suami. Anak pertama pulak.

Pejam celik, Kandungan aku dah hampir 8 bulan. Ketika ini, masih tak dibenarkan rentas negeri. Aduh tepuk dahi lagi aku bila PKP dilanjutkan lagi.

Masa checkup terakhir ketika 36 minggu, aku minta klinik keluarkan surat rentas negeri sebab aku dah rancang nak cuba balik kalau diizinkan.

Klinik cakap takda surat yang akan dikeluarkan. Polis cakap tak perlu surat. Bergantung pada budi bicara pegawai semasa di sekatan jalanraya.

Berkemas lah kami suami isteri untuk balik juga. Masa ni kerajaan dah umumkan PKPB. Pengalaman ditahan polis dan tentera takkan dapat aku lupakan. Akhirnya sampai ke rumah ibu aku.

Selepas 3 hari di rumah ibu, aku bangun pagi untuk teman suami sahur, aku perasan kedudukan perut aku dah turun, aku tahu aku akan bersalin bila2 masa saja.

Tepat 37 week, aku pecah ketuban di rumah. Terus ke hospital melalui sekatan jalan raya dan alhamdulillah aku sampai ke hospital.

Masuk ke PAC, doktor seluk dan kata bukaan hanya 1cm dan aku diberi masa 24jam untuk bersalin normal, kalau tak bersalin, aku akan di induce maksimum 3 kali dan kalau tak berjaya bersalin sendiri, aku akan melalui csection.

Ketika ni, hanya aku dibenarkan masuk ke dalam PAC sebab suami tak dibenarkan masuk kerana SOP ketika COVID tak membenarkan peneman atau pelawat.

Selesai soal siasat, doktor suruh aku berjumpa suami buat kali terakhir sebelum aku dimasukkan ke wad. Bersalam lah dengan suami, minta suami doakan urusan aku dipermudahkan. Semoga aku selamat dan anak dalam rahim ni selamat.

Maka duduk lah aku dalam wad sendiri berteman kakak2 katil sebelah sebelah. Masa ni contraction makin kuat dan aku dah tak keruan, hanya boleh whatsapp family dan suami untuk beritahu perkembangan aku.

Setelah 2 kali aku secara suka rela berjalan ke bilik ‘check’, untuk check bukaan. Bukaan masih 5cm.

Sejam kemudian, Aku sekali lagi berjalan ke bilik untuk check bukaan. Kalini aku tau ni betul2 sakit maha dahsyat.

Tak terasa langsung nak menangis sebab sakit tak tahan sangat. Jalan terketar2 sambil pegang dinding. Doktor seluk, sambil jerit bukaan dah 8cm, tolak ke labor room sekarang!.

Aku pergi ke katil untuk ambil barang baby, telefon suami. Dan panjat katil untuk ditolak ke labor room. Semuanya dilakukan sendirian. Sedih? Masa tu takda perasaan.

Masuk labor room sorang2. Hanya nurse dengan doktor sesekali masuk untuk check ctg dan keadaan aku.

40 minit di labor room. Tiba2 rasa nak terberak. Jerit panggil nurse. Nurse check ok full dilation puan boleh push. Setelah push 2 kali, keluar lah seorang khalifah Allah di muka bumi ni.

Kemudian nurse call suami, baru suami masuk untuk azankan baby dan ambil uri. Jumpa hanya 5 minit. Selesai, aku ditolak ke wad bersama baby.

Dengan sakit dijahit, aku gagahkan juga untuk susukan dan uruskan baby. Yelah takde peneman.

Semuanya kena buat sendiri masa covid ni. Redha dan aku tahu aku kena kuatkan diri aku. Masuk wad tengok ada makanan atas katil, terus makan sambil tangan ketar2.

Lepastu baru mandi. Jalan sendiri ke toilet untuk mandi. Sambil doa jangan lah baby menangis takut ganggu orang lain.

Setelah semalam di hospital, baru discharge. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan.

Itu saja nak share. Semoga kisah ni jadi penguat bakal2 ibu dekat luar sana.

– Madame N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *