Pahit Manis Pregnant dan Bersalin Anak Sulung

Assalamualaikum Semua, Saya Ika (nama samaran), berusia awal 20an dan seorang Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang comel.

Semua Ibu-ibu didunia ada kisah suka duka masa pregnant dan bersalin, disini saya cuma kongsikan pengalaman pertama kali bergelar seorang ibu, maaf kalau penceritaan ni tak sebaik mana

Bulan Ogos 2020 ketika dunia dilanda pandemik covid 19, Alhamdulillah saya disahkan pregnant sebulan selepas bernikah, gembira tak terhingga dengan rezeki yang Allah berikan.

Jadi bermula lah rutin checkup diklinik setiap bulan, masa ni saya berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat pempaipan, susah ye sebab setiap kali checkup kena ambik cuti dan setiap kali tu gaji dipotong huhuhu…

Setiap hari kerja mesti naik turun tangga dari mula pregnant sampai la sarat walaupun bos risau tapi saya rela naik turun tangga dari hadap duduk seoffice dengan bos dibawah hehehe..

Saya jugak tak ketinggalan mengalami alahan yang teruk semasa 1st trimseter..4 bulan alahan langsung tak boleh bau benda wangi, bau suami, bau minyak petrol, bau nasi lemak, macam- macam lagi

Paling teruk bila saya mula muntah darah sebab tekak dah luka akibat terlalu kerap muntah sampai tak tahu nak muntah apa dah.

Naik turun tangga macam nak pengsan dah sebab tandas dibawah, pekerja lain selalu kata teruk sangat alahan tapi saya still kuat, tak pernah masuk hospital disebabkan alahan

Masuk 2nd trismester saya masih bekerja walaupun masa ni alahan dah kurang tapi diganti dengan sakit pinggang yang teruk, saya pergi kerja naik moto ya semua dengan jarak lebih kurang 20km dari rumah ke tempat kerja.

Suami ya risau tapi masa ni saya dah terbiasa naik moto sejak sebelum berkahwin lagi.

Kisah pahit bermula masa nak balik dari kerja saya start motosikal tapi saya ni rendah jadi kaki tak berapa sampai so motor pon terbalik nasib sempat tahan dengan kaki kalau tak mesti dah hempap saya hehehe.

Balik rumah cerita kat suami kena marah kaw-kaw, hati isteri pregnant ni sensitif mula la nak menangis..

Lepastu suami suruh bawak kereta ke tempat kerja tapi saya tak selesa sebab stereng kereta selalu kena bahagian perut jadi tak boleh pusing walaupun dah ajdust ketinggian stereng dan kerusi maklumlah saya ni rendah,

Kalau tolak kerusi kebelakang nanti kaki tak sampai nak tekan pedal minyak, so saya bawak kereta 2 3 hari lepastu kembali naik motor hehehe

Sebenarnya 2nd trimester ni 2 kali saya jatuh motor ditempat kerja tapi tak diceritakan pada suami sebab takut kena marah. Tapi

Alhamdulillah kandungan saya baik dan sihat tak pernah ada masalah sepanjang mengandung, kencing manis, darah tinggi, hb drop semua tak ada, bersyukur sangat.

Saya pon macam ibu-ibu lain ada mengidam semua tapi yang mudah dicari dan saya paling addict dengan koeyteow, setiap minggu mesti makan tapi suami layankan ja kehendak isteri, thanks sayang.

Pernah mengidam nak makan pulut durian sebab ada restoran pulut durian dekat dengan rumah so bagitau suami dan ajak dia pergi makan..

Janji nak datang awal ambik saya dirumah mak saya sebab masa ni saya balik rumah mak saya tapi dia lewat dekat maghrib baru sampai..

Saya marah dengan kata, “Kedai tu tak buka dah waktu malam sambil menangis” suami pon jawab, “Tak pa kita pergi tengok dulu”.. Jadi saya pon ikut jugak pergi,

Sampai saja diorang dah kemas dah nk tutup pintu tapi saya cuba bertanya mana tahu ada rezeki baby tapi hampeh memang dah habih..

So menangis la saya depan kedai tu sebab teringin sangat (saya bukan pengemar durian dan langsung tak makan durian)

Suami serba salah dan akhirnya kami cari durian sendiri dan masak pulut sendiri hahaha.

3nd Trimester selalu ibu-ibu pregnant waktu ni susah nak tidur kan tapi lain dengan dapat tidur dengan lenanya tanpa rasa nak ke toilet selalu hehehe..

Waktu ni saya masih berkerja walaupun dah sarat sangat dan masih naik turun tangga office (dah banyak kali hampir terpelecok naik turun tangga tapi masih dalam lindungan Allah)..

Kemuncaknya bila satu hari jalan rumah mak saya dibaiki, diorang hampar lapisan tanah merah sepanjang jalan dan kebetulan saya nak pergi kerja pagi tu hujan turun selebatnya tapi tak ada pilihan sebab kereta tak ada dirumah mak saya..

Jadi saya nekad naik motor melalui jalan tanah merah yang licin tu.

Sangat berhati-hati bawa motor akhirnya kecundang saya jatuh lagi kali ni sakit terasa keliling pinggang..saya bernasib baik diawal pagi tu ada sekumpulan makcik-makcik berjoging nampak saya jatuh..

Menjerit diorang sebab tak sangka saya pregnant masa jatuh tu. Dan Jiran-jiran berdekat tolong bawak saya naik kereta ke rumah mak saya sebab saya menolak untuk ke klinik (masa ni dah 8 bulan pregnant)

Saya telefon suami beritahu dan dia kelam kabut balik kerja sebab risaukan saya.. mak ayah pon semua risaukan saya tapi saya rileks lagi masa tu, bahagian pinggang cuma sengal-sengal manja masa tu..

Jadi saya abaikan sampai kepetang sampai la saya rasa pinggang makin sakit dan suami ajak ke klinik untuk scan baby..

Alhamdulillah semuanya ok cuma effect jatuh tu pinggang saja sakit dan dari scan tu jugak baru tahu jantina anak rupanya perempuan kerana sebelum ini scan tak nampak langsung hahaha.

Rutin checkup makin kerap dari sebulan sekali ke 1minggu sekali dan akhirnya setiap hari sebab saya dah hampir due date..

Cik Misi semua risau sebab saya tak ada tanda-tanda nak bersalin sebelum due.. dan ya saya memang overdue dan dapat tarikh untuk serah diri 6 hari selepas due.

20 April 2021 Due Date (Bulan Puasa)

Pagi tu saya ikut rutin checkup dan terus masuk kerja.. So macam biasa bila start pukul 9pagi mesti tanda gerakan baby (saya buat noted dalam fon)

Tapi saya perasan baby tiada gerakan walaupun waktu tu dah pukul 1 tengahhari.. Saya risau dan cuba minum air sejuk/manis untuk rangsang pergerakan baby tapi tiada (tak disarankan puasa sebab dah overdue).

Saya Terus whatsapps Cik Misi tanya pendapat dan dia sarankan ke hospital secepat mungkin..jadi bergegas la saya bagitau bos dan suami.. saya pulang ke rumah ambil kelengkapan incase kalau kena admit ward haritu

Suami tak putus-putus beri kata semangat sepanjang perjalanan ke hospital..Saya terus ke ruang labor room dan ya saya ditahan ward haritu kerana dah overdue dan mereka nak pantau keadaan baby..

Sangat sedih ya sebab semua kita lakukan sendiri sebab musim pandemik suami tak dapat teman langsung dan tak boleh berjumpa..

Pukul 4 petang saya admit dengan rasa yang berdebar..Bermula doktor datang tanya itu ini sampai saya tak tahu nk jawab apa hahaha..

Satu masa tu saya tak pasti cik misi atau siapa tapi mungkin dia ketua diward tu datang nak bawak saya ke bilik untuk cek jantung dan contraction baby..

Dan kebetulan baby masa tu bergerak aktif sangat sampai misi marah saya dengan kata “doktor takkan terima la pergerakan baby” lalu dia tanya “awak puasa ka harini, pukul berapa last makan”

Saya jawab, “last makan pukul 12tengahhari tadi” dan korang tahu misi marah saya dengan kata macam ni

“Awak ni memang tak sayang anak la” hati saya sedih dan rasa nak menangis masa tu.. apa salah saya.. mana sempat saya nak makan sebab waktu tu tengah rushing nak ke hospital + bulan puasa kedai makan buka ke tengahhari + risaukan baby dalam kandungan.

So saya balik ke ward dengan airmata berlinang dan telefon suami beritahu keadaan tu..

Tiba-tiba misi datang minta telefon nak bercakap dengan suami lalu dia marah suami pulak dengan kata “Kamu memang tak sayang anak bini ka sampai tak sempat beli makan”

Suami pon tercengang jugak tiba-tiba kena marah.. Saya masa tu mula rasa tekanan sampai saya menangis dalam bilik air ward masa salin baju tapi suami pujuk suruh bersabar.

Malam tu doktor nak jumpa saya dan suami (last tengok muka masing-masing huhu) dan doktor decide untuk induce saya untuk cepatkan proses bersalin..

Saya dah tak fikir apa waktu tu hanya berserah pada Allah apa saja keputusan yang terbaik untuk saya dan baby saya terima.. maka keesokan paginya saya dimasukkan ubat induce pertama..sakitnya saya boleh tahan lagi walaupon setiap 30minit contraction datang.

Then setiap 6jam doktor datang cek bukaan, masyallah masa tu saya rasa bertapa sakitnya diseluk.. rasa trauma pun ada tapi masih tak ada bukaan sampai ke petang dan doktor seluk lagi tolong untuk bukakan laluan.. Sakitnya Allah yang tahu rasa macam nak tendang doktor huhu..

Mesin cek conntraction menunjukkan contraction yang tinggi sampai doktor putuskan tak masukkan ubat induce ke 2.. Tapi saya tak tahan contraction yang kuat lalu misi drip air untuk kurangkan contraction.. lega rasanya,

23 April 2021

Pukul 5 pagi misi gerakkan suruh mandi awal untuk cepatkan bukaan rahim dan saya terdengar doktor decide nak masukkan ubat induce ke 2 sebab bukaan hanya 1 cm berkat bantuan doktor (alahai)

Pukul 7 datang pakar masukkan ubat dan sekali lagi rasa nak tendang doktor hahaha.. Kesan ubat ke 2 terlalu cepat.. contraction datang setiap 2 minit sampai tak boleh nak jalan tapi saya masih sempat breakfast mee goreng hehe..

Tak sampai 5 minit makan contraction tiba-tiba makin kuat dan Saya cuba bangun berjalan ke tandas lalu muntahkan segala isi perut sebab dah tak tahan sakit contraction..

Setelah selesai saya pelan-pelan kembali ke katil ward dengan duduk disisi katil.. Perut rasa tak selesa dan muntah kali ke 2.. Saya cuba bangun dan tiba-tiba “Pop” ada bunyi letusan dalam perut dan saya rasa pelik bunyi apa dan duduk balik.

Saya bangun lagi dan berlimpah air ketuban membasahi kain dan lantai hospital.. banyak sampai tak henti-henti..

Saya panik dan panggil misi, misi masih rileks dan suruh saya duduk dulu lalu misi lain datang tengok saya lalu kelam kabut panggil yang lain sebab air ketuban saya hijau pekat..

Datang penuh misi dan doktor keliling katil saya dan ada seorang misi india tenangkan saya sebab saya dah panik masa tu dan saya sekali lagi diseluk dan diuji kaji untuk diaorang ambik sample air ketuban tu..

Doktor pakar tiba dan decide untuk emergency ceaser sebab baby dah lemas masa tu. Jadi misi mula tukarkan baju dan masukkan tiub air kencing.. saya di swab dalam masa 15 minit dan terus dibawa ke operation teater

Sempat telefon suami beritahu keadaan sebenarnya kelam kabut suami datang hospital kerana tak jangka nk bersalin haritu, saya suruh dia balik sebab dah 2 hari tidur dalam kereta dekat hospital.

Disebabkan emergency ceaser semua dokumen saya sain sendiri.. Doktor terangkan risiko bersalin (makanan naik ke paru-paru) sebab saya tak puasa..Tapi saya dah tak fikir apa-apa dah sain ja semua janji baby selamat.

Masuk operation theater saya rasa berdebar sangat..Doktor mula dengan bacaan doa dan cucuk bius tulang belakang untuk kebaskan separuh badan untuk pembedahan..

Doktor cubit kaki dan tanya “sakit tak” saya jawab “sakit doktor” lalu terasa perut ditoreh dan saya menjerit “Sakit, sakit doktor”.. Terus diorang bius penuh sebab saya dah tak ingat apa-apa masa tu.

Saya tersedar bila terdengar orang panggil nama saya rupanya misi gerakkan.. saya masih mamai dan misi tanya skala kesakitan pada saya..

Akhirnya saya ditolak ke ward semula dan berjumpa dengan suami.. Alhamdulillah bersyukur pada pagi jumaat yang berkah lahirlah zuriat pertama kami..

Bermula malam pertama saya diward bersama baby.. semuanya baik.. susah sangat nak bangun kerana risau dengan luka ceaser yang masih baru tapi saya berjaya duduk sendiri tanpa bantuan tanpa rasa pening atau muntah..

Pukul 10 malam saat orang lain mula berehat jarum branula saya hampir tercabut dan mula menekan emergency alarm dan misi datang untuk tukarkan jarum baru..

Berulang-kali dicuba sampai lebam lengan dan tangan sebab tak jumpa urat.. so malam tu saya bebas dari pakai jarum dan akan dicuba keesokkan paginya huhuhu.

Tapi tak sampai setengah jam saya tekan lagi emergency alarm tapi misi tak datang.. saya menahan sakit akibat jari tersepit dicelah balang tisu basah baby(hahaha yang ni akan ingat sampai bila-bila)

Kemudian saya tekan lagi emergency alarm..misi pon datang dengan kerek dan tanya “awak kenapa”..

Saya tunjuk jari yang mula membengkak dan biru.. terkejut diorang panggil yang lain untuk tolong..

Diorang ketawa sebab pelik macam mana jari boleh tersangkut dekat balang tisu basah tu sampai ada misi cakap, “Eh nak kena panggil bomba ke ni, susah sangat nak buka sebab penutup tu tebal”..

Yang saya dah menangis sebab sakit sangat-sangat.. Akhirnya berjaya juga dibuka dengan bantuan misi-misi, puas digunting nasib boleh jugak..

Datang seorang misi yang agak berusia sapu minyak panas dijari yang membengkak dan urut dengan perlahan dan tiba-tiba saya rindukan mak saya dirumah sebab lama sangat di hospital huhuhu.

Malam Pertama yang panjang disambung malam ke 2 dihospital selepas bersalin. Anak saya mula meraung menangis tak henti.. Saya mula gelabah tak tahu nak buat.. puas diberi susu tapi masih menangis sampai saya tak sempat ke tandas atau makan..

Tengah Malam tu saya tak tido kerana baby menangis tak henti dan misi yang berusia tu datang dan tanya kenapa baby menangis.. saya jawab, “saya tak tahu susu dah bagi tapi bila letak bawah dia menangis” jadi misi tu ajarkan cara supaya saya dapat lelap bersama baby..

Dia ajar cara baby kangroo iaitu tidur bersandar bantal dan tangan memeluk baby dan dihadapkan ke dada dan ya berkesan.. baby lena dan saya pon dapat rehat walaupun cuma 2 jam tapi dah beri kelegaan.. Awal pagi doktor datang cek lagi dan rupanya baby mengalami demam kuning.

Patutlah asyik menangis tak henti rupanya tengah berlawan dengan penyakit kuning tu.. Doktor menerangkan bahawa ibu yang berdarah O berpontensi untuk anak dapat penyakit kuning..

Jadi saya O+ dan baby pun O+ so memang patut la.. Doktor terus ambil darah baby untuk cek berapa tinggi penyakit kuning tu..

Result keluar kuning Baby 200+ so kena tahan wad kanak-kanak dan saya dibenarkan balik.. Sedihnya sebab kena berpisah dengan anak sampai menangis-nangis.. Masa naik kereta untuk balik saya pegang kain baby sebab rindu..

Tapi, Alhamdulillah baby ditahan satu hari saja.

Kenangan yang takkan saya lupakan sampai bila.. Terima Kasih Sudi baca kisah saya sampai habis..Maaf kalau penceritaan saya kurang baik

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *