Assalamualaikum korang. Aku saja lah nak share pengalaman perjalanan hubungan cinta aku yang lepas sebelum aku berkahwin dengan suami aku sekarang.
Sebab lately ni banyak posting yang aku baca berkenaan sakitnya putus cinta, dicurangi, dipukul, ditipu pasangan yang membawa kepada heartbroken.
Aku berusia awal 30an, baru berkahwin dengan kawan baik aku hampir 2 tahun. Alhamdulillah perkahwinan ini adalah keputusan dan perkara yang paling aku syukuri selamanya.
Sebelum aku berkahwin dengan suami aku, aku jugak pernah lalui banyak cerita cinta yang tak kesampaian.
Aku pernah dipukul pasangan, ditampar dan dan ditendang bila bergaduh. Putus tunang sebab dicurangi bertahun sebelum Allah tunjuk kebenaran.
Semasa dalam fasa-fasa heartbroken dan sakit hati dilukakan pasangan, aku jadi murung. Aku susut badan, hidup tak ceria, rasa tak diperlukan, rasa teruk sebab tak mampu jadi pasangan pilihan untuk selamanya, macam-macam yang aku rasa.
Sampai lah kawan baik aku iaitu suami aku sekarang approach aku. Aku namakan dia S.
Bila fikir balik, dalam banyak-banyak lelaki yang aku jumpa, S ni lelaki yang baik, sopan, soft spoken, tapi bukan taste aku untuk dijadikan sebagai teman hidup hehe..
Aku layan dia pun betul-betul macam kawan, aku kongsi semua benda, marah aku, annoying aku, yang buruk-buruk mostly dia dah nampak. Senang cerita tak mungkin aku pun taste dia jugak lah.
Bila dia approach aku untuk jadikan isteri, aku terus terdiam. Sebab terkedu. Biar betul mamat ni nak jadi suami aku, sehidup semati dengan aku? Dengan perangai aku yang bukan-bukan ni haha..
Fast forward, kami pun berkahwin. Apa yang aku boleh katakan, sepanjang kami convert dari berkawan ke fasa bercinta tu, memang kelakar lah jugak. Rasa nak lesing masing-masing.
Tapi S being S, masih lembut bila berbicara, dan romantik haha. Awal-awal geli lah tapi lama-lama bahagia. Gaduh tu perkara biasa.
Tapi apa yang aku belajar dari dia, sifat lemah lembut dan penyabar dia tu mengajar aku untuk jadi macam dia jugak. Orang kata jodoh kan reflection diri sendiri hehe. Aku pun nak jadi baik jugak macam dia.
Bila dah kahwin, boleh katakan dari awal kahwin sampai sekarang, boleh dikira berapa kali kitorang gaduh. Sebab apa gaduh pun aku tak ingat dah.
S suami yang baik, rajin tolong kerja rumah, and boleh katakan bila dia mengemas lagi tip top lah haha. Cuma masak je dia serahkan kat aku. Yang lain semua memang aku boleh harapkan dia.
Kami pilih untuk hidup berdua dulu sebelum decide untuk ada anak. Sebab kami sangat menghargai moment berdua sekarang.
Hari-hari sebelum tidur mesti aku akan fikir betapa sayangnya Allah dekat aku sebab bagi aku suami macam S. Dan buat aku rasa bersyukur untuk segala pengalaman pahit yang pernah aku lalui sebelum ni.
Kalau inilah harga yang perlu aku bayar untuk rasa bahagia dan rasa dicintai sebegini, aku akan sentiasa bersyukur atas ujian-ujian pahit yang Allah duga aku. Terima kasih Ya Allah.
Walaupun aku tahu perjalanan masih jauh, tapi aku akan sentiasa bersyukur untuk apa yang aku ada sekarang dan akan usaha jadi yang terbaik.
Jadi untuk pembaca-pembaca yang lalui perkara yang sama seperti aku dulu, aku cuma boleh ucapkan, terima dengan hati terbuka untuk setiap perpisahan.
Tak salah untuk menangis seketika sebab kita pun manusia biasa punya hati dan perasaan. Lepas tu ucap lah terima kasih dekat Allah sebab dah selamatkan kalian dari hubungan yang salah.
Dan teruskan berdoa supaya Allah kurniakan pasangan yang membahagiakan walaupun lambat lagi untuk ketemu.
Percayalah setiap perkara yang mendukakan dan menyakitkan, akan diberikan pelangi untuk hambaNya yang bersabar dan bersangka baik.
Semoga kita semua akan mengecapi bahagia.
– Sweetheart (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit