Hai semua. Haa, tajuk kemain kan? Keyboard warrior.
Aku ni memanglah follow je page ni, tapi tak suka nak komen komen. Setuju pun diam, tak setuju pun diam. Confession tu best pun diam, tak best pun diam.
Tapi hari ni terpanggil nak buat confession tentang kononnya pengomen tegar tapi hakikatnya komen dia tu nak kondem orang je. Biasanya keyboard warrior adalah beberapa jenisnya. Meh aku hurai satu satu ya.
Yang pertama. Sejenis suka kondem apa je confession orang tapi hakikatnya guna fake akaun. Bila tengok di facebook, satu gambar pun tak ada. Satu post pun tak ada.
Kenapa? Berani mengata orang tapi tak berani nak tayang muka kenapa? Takut kawan atau family tengok? Yang ni spesis pengecut. Mengata orang je berani. Segala komen main taip je. Almaklumlah, bukan kena bayar pun.
Yang kedua, tak guna fake account. Memang fb yang aktif. Tapi malunya bila perbuatan tak seiring dengan imej.
Satu contoh je aku bagi. Kerja sebagai cikgu, tapi pantang baca confession yang dia tak setuju, laju je komen memaki dan mengata orang. Kan cikgu tu satu pekerjaan mulia?
Kat sekolah kena didik anak murid berakhlak mulia kan? Ke kau dekat sekolah ajar anak murid memaki, mencarut dan mengata di media sosial?
Ada cikgu yang aku kenal, setiap hari post fb benda negatif. Segala benda nak komplen, segala benda nak marah.
Kena beratur lama nak beli makanan pun update di FB secara negatif. Orang macam ni kau tak layak jadi cikgu.
Tak payah cakapla mulut jahat hati baik. Spesis kau ni bukan hati dan mulut je. Segala jenis anggota tangan, kaki, kepala, otak dan fikiran kau semua jahat. Tak layak jadi guru. Titik.
Yang ketiga. Memang sejenis di media sosial suka memaki orang. Di news feed sendiri asyik update status mengata, memaki, tak puas hati situ sini, dan suka menggunakan kata kata kesat.
Nak update benda lucu, nak share yang happy, semua nak guna kata kesat gila, babi, bodoh, sial, dah jadi mainan perkataan budak zaman sekarang.
So no wonderla baca je confession orang, kata benda yang sama. Sebab dalam otaknya hanya ada pemikiran negatif sahaja.
Yang keempat. Spesis di wall fb sendiri memanjang share video ceramah, zikir, mengaji, nasihat semua mengalahkan esok nak kiamat.
Hakikatnya, bila tak setuju dengan confession orang, macam macam, berjela jela komennya.
Manusia macam ni adalah manusia munafik yang tak layak langsung atau tak berhak langsung nak beri pendapat tentang orang lain. Bersihkan hati tu dulu ya.
Okay. Cukup 4 jenis ni je. Kepada 4 golongan ni, sedar sikit ya. Confession maksudnya pengakuan. Orang cuma menulis nak bercerita nak melepaskan beban di dada kepada orang yang dia tak kenal.
Ada dia mintak pendapat kau ke? Kalau rasa komen kau tu tak boleh nak menolong dia atau melegakan hati dia, simpan je komen kau tu. Takde siapa nak baca pun.
Kalau dia nak mintak pendapat, baik dia mesej pada kaunselor je terus.
Lagi satu, bila kau mengata dia yang membuat hatinya terluka, bila kau nak minta maaf? Hari raya tahun depan?
Dosa dengan Allah boleh minta ampun boleh bertaubat ya. Dosa sesama manusia ni selagi tak minta maaf, dan mengaku apa yang kau buat, tanggungla dosanya sampai akhirat.
Aku tak nampak apa salahnya kalau baca confession orang, katalah benda yang baik baik. Bagi nasihat jangan sampai menghina.
Menegur jangan sampai nampak keangkuhan kita. Hari ni benda ni jadi pada dia, yakin ke benda ni tak jadi pada diri sendiri?
Kalau tak kena pada diri sendiri, ingatla pada anak dan cucu dan keturunan seterusnya. Memalukan. Berimej orang Islam, bertudung, bergambar family dan anak, tapi hakikatnya hati kotor.
Kalau orang lain boleh menaip benda yang elok.. kenapa tidak kau?
Oh ya, tulisan aku nanti ni pun confirm dapat kecaman dari puak puak golongan syurga yang tak boleh ditegur ni.
Apapun, aku tak kisah asalkan apa yang aku sampaikan ni, pihak golongan keempat empat ni terasa aku tujukan pada mereka. Nak maki nak marah nak perli aku dipersilakan. Bak kata kawan aku, aku ni kalis kecaman.
Semoga admin approve tulisan aku ni ya. Kalau tak approve, nanti aku menulis kecaman pada admin pulak. Hahaha. Gurau je. Terima kasih kerana sudi membaca.
– Biarlah Rahsia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit