Assalamualaikum, kisah ni aku nak kongsikan untuk bertanya pendapat dan untuk siapa juga yang mengalaminya.
Pernah tak korang jumpa mana-mana pakcik tua yang duduk sorang kat kaki lima, bawah jambatan then wonder, mana family dia? Family dia tak jaga dia ke or whatsoever. Pakcik aku ialah salah sorang dari mereka.
Untuk pengenalan, pak cik aku dulu bekerja sebagai technician di sebuah badan kerajaan. Berkahwin, dan mempunyai anak 3 orang, abang, kakak, adik.
Di awal permulaan, makcik aku tak bekerja. Walaupun duduk di tengah ibu kota.
Main provider untuk family, adalah pakcik aku sahaja. Dapat gaji, pakcik akan hulur certain amount kepada makcik aku untuk perbelanjaan rumah.
Bagi duit untuk sebulan, pandai-pandai makcik aku cukupkan untuk bayar segala bil, beli beras, bayar rumah. Pakcik aku cuma pergi kerja, balik kerja & tahu ada makanan atas meja bila dia balik.
Pakcik aku ada kepala angin, sampaikan beras habis, mak cik aku takut nak minta. Nanti dituduh tidak pandai bajet, atau duduk rumah kerja nak makan je.
Walaupun yang dekat rumah pun, makan bercatu. Sepupu aku pergi sekolah pun tak bawak duit makan. Telur dah jadi lauk utama untuk famili pakcik aku.
Masalah pakcik aku, dia suka main tikam nombor dan menolong kawan lebih dari famili. Sampai buatkan loan nama sendiri, untuk tolong kawan.
Mak cik aku tak tahan, terus lari balik kampaung bawak anak-anak. Famili aku pon bukan senang, tapi bapak aku cukupkan makan pakai.
Nak hulur duit bapak aku tak mampu. Apa yang mampu, bapak aku adjustkan makcik aku kerja kt kilang yang bapak aku bekerja.
Masa ni, pakcik datang pujuk. Alasan yang diguna, fikir anak2 dan janji dia nak berubah. Tak jadi berpisah.
Jadi makcik aku duduk kampung, pakcik aku duduk ibu kota. Pakcik aku akan balik pada hujung minggu untuk jumpa famili.
Sampai satu masa, pakcik aku dapat transfer ke kampung. Beli rumah kat kampung. Disebabkan mak cik aku dah bekerja, makcik aku tolong untuk bayarkan bil apa yang patut.
Pakcik aku selesaikan loan. Sampai mintak tolong dengan AKPK untuk settlekan loan. Jadi duit rumah, barang dapur semua, pakai duit makcik aku.
Sepupu-sepupu aku rajin carik kerja, buat part time untuk bagi duit kat makcik aku untuk cukupkan makan pakai. Sebab gaji pakcik aku, habis untuk selesaikan loan je.
Kasut tak bertukar, baju sekolah sehelai sorang. Sebab tak mampu. Sampai la sepupu aku semua masuk belajar, dapat duit makan dari PTPTN/MARA pun hulur kat makcik aku.
Bapak aku siap tolong carikan orang untuk beli kereta lama pakcik.
Tapi pakcik aku kena tipu, sebab deal dengan kawan dia sendiri. Tapi blame kan bapak aku sebab lambat cari orang yang nak beli kereta tu.
Setiap raya je, mesti pakcik aku ungkit. Semua tahu pakcik aku ni tak betul, jadi diam je la.
Duduk kampung, pakcik aku mula buat hal yang lain pulak. Dah tak main nombor, tapi menghisap. Anak2 yang kena mengadap. Tengok bapak kencing kat luar rumah, jalan terhuyung hayang.
Ada sekali khayal sampai kacau makngah aku. Makcik pakai alasan, pakcik aku kena buatan orang.
Bapak aku tahu, tapi tak nak masuk campur sangat. Nak suruh makcik tinggalkan pakcik, bapak aku sokong. Tapi makcik aku tak nak.
Makcik aku risaukan pandangan masyarakat, dan rumah yang dia dah bayarkan ni. Sayangkan rumah.
Masa ni makcik aku dah kerja jadi guru kafa. Pakcik aku buat hal, bila dapat gaji je. Dah habis gaji, dia ok. Normal tak ada menghisap2 ni.
Long story short, pakcik aku pencen. Loan ada yang dah settle, ada yang belum. Tapi pakcik aku sebelum pencen, sempat buat loan untuk beli kereta baru satu.
Anak-anak semua dah besar masuk U. Dapat duit pencen, makcik aku renovatekan rumah. Tambah bilik. Abang dengan kakak masa ni dah kerja.
Abang tak campur sangat pasal famili, jadi dia kerja untuk beli kebahagiaan dia. Ambil kereta, pakai barang branded. Jadi bila pakcik dah pencen. Gaji jadi separuh.
Loan ada lagi yang perlu bayar, ditambah lagi dengan loan kereta yang baru beli.
Silap kat sini, dapat duit pencen, tak selesaikan loan habis. Sebab loan berbaki lagi dalam 2-3 tahun. Jadi si kakak le yang tolong bayarkan kereta 600 sebulan. Kakak baru je kerja.
Kerja pun pinjam duit aku untuk dulukan duit deposit sewa dgn duit belanja makan kat tempat kerja.
Kakak tak guna kereta yang pakcik aku beli sebab nanti takut diungkit, kakak pakai kereta makcik untuk ulang alik pergi kerja walaupun lesen kereta tak ada lagi. Sebab ada lagi yang kakak perlu dulukan.
Kakak selalu mengadu kak aku, makcik tak adil. Kakak banyak tolong support famili. Tapi kat rumah, kakak duduk bilik stor. Adik dapat bilik yang baru buat.
Lesen kereta adik, makcik tanggung. Kakak masih tiada lesen. Nak belajar, kakak pakai laptop si abang.
Duit laptop yang MARA bagi, kakak bagi makcik. Adik masuk U, makcik belikan laptop baru. Kakak sakit pergi farmasi. Adik sakit, warded hospital swasta. Walaupun tiada insurans.
Tapi kalau ada apa2, kakak yang dicari. Bukan si abang. Anak nombor dua memang padu.
Masalah pakcik aku berlarutan sampai la ke hari kakak kahwin. Wali kakak. Hari yang kakak nikah, pakcik aku khayal.
Kesian kakak, hancur hati dia. Duit majlis, 1 sen pakcik tak hulur. Bapak aku support sikit. Masa ni, semua loan dah habis bayar.
Tinggal loan kereta ja. Jadi disebabkan duit pakcik ada lebih, makcik mintak pakcik belikan beras, bayar bil astro. Tapi pakcik taknak.
Salahkan makcik aku guna duit pencen dia untuk renovate rumah.
Pakcik kata, sampai nak g umrah pon duit tak ada. Jadi makcik aku buat loan, bagi pakcik duit untuk buat umrah. Tapi duit kemana, umrah pon kemana.
Perangai pakcik makin teruk, sebab khayal depan menantu, depan cucu. Makcik risau keselamatan, makcik halau pakcik. Nak cerai, banyak prosedur.
Makcik cakap kat pakcik, nak balik rumah boleh tapi taggungjawab kena jalan. Nafkah kena bagi. Berhenti menghisap2 ni.
Tapi pakcik pilih untuk tak bagi nafkah, dan tak balik rumah. Rela duduk tepi longkang, bawah jambatan.
Kakak pening, fikirkan orang kampung nanti mengata. Nak jagakan pakcik, makcik tak bagi sebab risaukan keselamatan.
Kakak cerita, dia ada plan nak hantar rehab. Tapi risau pakcik lari. Jadi, pakcik jadi homeless. Apa yang mampu, doa semoga pakcik aku berubah.
– Angah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit