Pak Cik Aku Seorang Bomoh

Salam pada semua pembaca. Aku gelarkan diriku sebagai Fadlan.

Aku sangat tertarik dengan kisah suamiku ustaz atau bomoh oleh confessor bernama M, (https://iiumc.com/suamiku-ustaz-atau-bomoh/). Aku juga ada kisah seperti ini tetapi ini mengenai pakcik aku.

Aku gelarkan pakcikku sebagai pakcik Razak. Pakcik razak sebelum ini bekerja si sebuah syarikat swasta tetapi berhenti kerja kerana kini menjadi seorang perawat/bomoh.

Dia cerita yang dia dapat kebolehan sebagai perawat ni melalui satu mimpi yang dia didatangi seorang lelaki misteri berjubah putih.

Sejak itu dia ada kebolehan untuk merawat dan sering didatangi pesakit yang mahu dirawat untuk menghalau gangguan jin atau saka.

Pada mulanya aku anggap dia sebagai seorang perawat biasa yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan dia tidak akan mengambil sebarang upah ketika merawat pesakit.

Tetapi makin lama aku makin pelik dengan cara rawatannya bila mana setiap kali pesakit tu datang dia kata pesakit tu ada jin yang mengikut atau mengganggu.

Padahal orang tu dah disahkan doktor ada sakit buah pinggang / kencing manis takkan pulak jin punya kerja.

Okay yang menjadi aku makin sangsi dengan pakcik aku ni bila mana dia cerita yang dia boleh nampak dan berkomunikasi dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Aku teringat semasa bulan puasa tahun lepas, pakcikku memberitahu yang roh abang & abg iparnya datang melawat kami semua (ketika itu adik-beradik mak aku semua berkumpul di rumah nenek ada kenduri).

Ketika itu mak aku termasuk kakak² nya menangis kerana rindukan arwah abangnya dan merasa kehadiran abangnya ketika itu.

Aku hanya mampu kaku dekat situ dan tengok saja diorang menangis kerana tiada rasa apa² kehadiran pon.

Lagi satu kejadian masa hari raya yang lalu, kami semua menziarahi kubur pakcik sedara & atuk aku di kampung.

Pakcik razak mengetuai bacaan yaasin ketika itu dan dia menyeru roh² mereka dan berkata roh² mereka berada di situ gembira melihat kami semua datang.

Seperti biasa mak aku & kakak² nya akan menangis kesedihan kerana rindukan arwah abang & bapaknya dan pakcik aku arahkan kami semua salam dan cium tangan roh² itu.

Aku & bapakku memang dah rasa pelik masa tu kerana mana ada manusia boleh seru dan berkomunikasi dengan roh orang yang dah meninggal dunia.

Lagi sangat memalukan bila jumpa dengan saudara-mara belah lain mak aku dan kakak² nya akan buka cerita kejadian bertemu roh ini pada mereka dengan semangatnya dan menangis².

Padahal bukan nampak roh itu pon.

Aku tengok muka² pakcik makcik yang lain pon macam pelik aku boleh rasa diorang ingat keluarga kami ni dah gila sebab kononnya boleh berjumpa dengan roh tapi cuma iyakan dan mendengar saja cerita mereka.

Lagi satu kejadian aku ingat bila mana bapak aku kemalangan motor dan kakinya patah. Tapi pakcik aku kata ini perbuatan jin yang berdendam dengan bapak aku sebab jin tu suka dengan adik perempuan aku.

Padahal adik perempuan aku ok saja tengah belajar dekat uni msa tu dan bapak aku anggap ini takdir dia kemalangan. Aku tak boleh brain kenapa jin nak berdendam dengan bapak aku.

Aku mula tak suka dengan sikap pakcik aku kerana bila ada kejadian menimpa/ seseorang jatuh sakit dalam keluarga kami dia akan kaitkan dengan perkara mistik dan gangguan jin,

Termasuklah dia kata aku ini ada pendamping sejak kecil dan bapak aku membela saka.

Aku sentiasa berdoa semoga keluarga kami semua terhindar dari perkara² khurafat dan syirik seperti ini dan pakcikku segera bertaubat dan tak terlalu taksub dengan kebolehannya itu.

Terima kasih kerana sudi baca kisahku ini.

– Fadlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *