Pak Cik Bawang In Real Life

Hai semua, last month terjadi satu perkara yang aku tak pernah terfikir nak buat, which is tegur pakcik sendiri. Tapi aku betul-betul dah tak tahan dengan perangai manusia membawa mulut ni sejak aku kecik.

Sebelum-sebelum ni memang dah tak tahan jugak tapi sabar lagi, tapi sabar manusia biasa macam aku ni bukan sampai langit ketujuh.

Ceritanya, Mak aku ni umur dah 65, anak pertama dalam adik beradik dia. Selama hidup dia, mak memang jenis lemah lembut dan banyak mengalah dengan adik-adik.

Lepastu dalam kalangan adik beradik mak, mak la kelihatan macam paling tak berduit sebab abah bukan jenis kerap tukar kereta, kitaorang dari kecik pon memang kelihatan sederhana sahaja. Sebab didikan abah, membeli sekadar mampu bukan untuk tujuan bermegah.

Dulu masa company abah bankrup, adik-adik mak dan nenek selalu perli abah melalui mak, mak senyum saja time diorang gelak-gelak perli abah tapi bila dekat rumah mak sedih terasa hati. Pernah kitaorang tak balik kampung 2 bulan sebab mak kecik hati.

Tapi takdir hidup ni kan berubah? Walaupun hidup sederhana ala kadar tapi aku dengan kakak berjaya habiskan belajar dan kerja. Start kitorang kerja, pakcik Saddiq (bukan nama sebenar) pun start extra concern dengan kitaorang.

Dalam masa yang sama pakcik Saddiq ni tak boleh tengok orang lain lebih dari dia dan anak beranak. So untuk upgrade his level, dia berjaya dapatkan cabel besar untuk serap anak dia kerja kerajaan.

Mudah urusan kalau guna cable ni, satu kali interview saja dah dapat kemasukan, tak perlu pon assessment macam interview SPA yang biasa tu.

So dekat situ dah jadi bonus untuk keluarga pakcik Saddiq bersinar. Kita yang dengar pun tumpang gembira takde rasa nak dengki sebab dah rezeki dia macam tu.

Long story short, all my cousins semua membesar dengan berjaya dan bekerja, now phase bertemu jodoh pula.

Anak pakcik Saddiq bertemu jodoh dengan pilihan hati yang mempunyai lulusan “masters”, masa tu menantu dia sorang saja ada “masters” jadi memang dia super bangga malah harga hantaran untuk menantu tersebut juga paling tertinggi dalam kalangan keluarga kami.

Tahun berganti tahun sehinggalah tiba aku bertemu jodoh dengan suami. Takdir jodoh ni Allah saja yang tahu untuk hambanya. Bapa mertua aku merupakan seorang ahli politik berpangkat Datuk dan suami juga mempunyai lulusan “masters”.

Sejak awal perkahwinan lagi, asal terjumpa atau terserempak dengan pakcik Saddiq, mesti dia akan cakap “pakcik kenal sangat dengan bapak mertua kamu tu” malah kerap jugak dia pesan “kamu tu perangai elok-elok sikit, pakcik kenal beno dengan bapak mertua kamu”.

Lama-lama aku jadi menyampah seolah aku ni ada masalah sosial atau terlibat dengan dadah. Mak dengan abah pun tak pernah pesan sebegitu rupa. Begitu juga bila dia jumpa mak abah mesti topik yang wajib adalah berkaitan hal ayah mertuaku.

Setahun selepas berkahwin aku dan suami berjaya membeli sebuah rumah apartment di kawasan Damansara, itu pun hasil kami berjimat dan menyewa di flat yang murah.

Nak dijadikan cerita hari kami book rumah tu sampai ke pengetahuan ramai dan pakcik Saddiq, maka bermulalah siasatan beliau, malah turut ditanya berapa banyak ayah mertua aku sponsor untuk rumah baru tu.

Terus terang kami katakan bahawa ayah hanya sponsor booking fees sahaja sebanyak 3k. untuk dia percaya atau tidak bukan masalah kami.

Habis kisah rumah, kan aku cerita mak ni jenis lemah lembut? Selain tu dia suka share cerita aktiviti dia dekat nenek dan pakcik Saddiq sebab rumah dekat-dekat. So, everytime aku bawak mak dinner sekali dengan family in law, mak pun akan cerita dekat nenek.

Bukan dinner saja, banyak lagi occasion aku dengan suami bawak both family sama-sama until one day, terpampang gambar abah, mak dan family in law bersama ahli-ahli politik yang lain dekat satu gathering ni.

As usual, pakcik Saddiq bertubi-tubi soal mak “macam mana boleh pergi majlis tu?” then dia cakap dia kenal rapat dengan each person dalam majlis tu. untuk pengetahun korang, pakcik Saddiq ni AJK parti dacing yang berdedikasi di kampung kami.

Satu kampung kenal dia, dulu masa kegemilangan parti ni pakcik Saddiq paling kuat kempen aku fahamlah why dia excited dengan ahli-ahli politik ni.

Until last month, masa ni mak sorang saja balik kampung sebab abah ada kerja. Kitorang adik beradik pulak pergi bercuti ke utara tanah air.

Sedang kami seronok bercuti tiba-tiba muncul whatsapp mak dalam group family mak.

Dalam whatsapp tu menyatakan, “mak mintak maaf sebab tak kaya macam adik beradik lain, minta maaf sebab abah jarang bermalam di rumah kampung, minta maaf sebab tak pandai, lepastu terima kasih sebab cakap macam-macam”.

Korang bayangkanlah dah la aku dengan kakak ni jauh tiba-tiba jadi mak post camtu? Kelam kabut kitorang call mak.

Rupanya, pakcik Saddiq ni ajak mak balik kampung ada hal nak bincang, kebetulan dekat kampung semua cousin, pakcik makcik balik.

So tengah bersembang suddenly pakcik Saddiq sebut pasal gathering with politicians tu, dia cakap no use pon bawak abah pergi sama sebab abah bukan pandai politik,

Starting that dia keep cakap how dia annoyed dengan abah sebab selalu batuk dalam surau, abah lambat datang surau, dia malu bila abah naik moto pakai baju bengkel, dia malu bila orang surau suka kutuk abah.

Then from abah, tetiba masuk topik yang aku paksa husband beli rumah, ayah mertua aku ahli politik kotor, tak telus, banyak makan rasuah, mak mertua aku muka sombong and anak aku bukan pandai sangat.

So bila dengar camtu, hati aku meletop-letop nak marah. macam mana boleh tergamak ye marah mak depan orang ramai masa tu?

Dah la mak sorang, paling sedih bila adik beradik mak suruh mak sabar, dan terima perangai pakcik Saddiq macam tu. Tapi silap besar la sebab aku rasa dah-dah la nak hadam perangai orang tua macam ni.

So, for the first time dan first person yang buat, dalam whatsapp group tu jugak aku sound seikhlas hati bagi semua orang baca, aku nak semua tahu yang mak aku ni ada anak-anak, dan anak-anak ni pon ada hak bersuara.

Kau jangan ingat kau tua, feeling berduit sikit lepastu sukahati nak cakap pasal family orang lain. Aku memang rasa orang macam ni patut kena sekali sebab kalau biar lama-lama dia jadi parasite.

Perkara ni pon husband sampaikan ke telinga ayah mertua, dan of cos ayah terkejut sebab all this while bila jumpa dekat mana-mana, pakcik Saddiq sangat2 baik manis mulut.

Hubungan aku dengan pakcik Saddiq menjadi hambar bila berjumpa di kampung, lagi bertambah hambar apabila pada suatu hari, pakcik Saddiq dan ayah makan di sebuah kedai sama dan dia offer untuk belanja ayah,

Ketika nak bayar tuan kedai beritahu bahawa ayah tak nak dibayar oleh pakcik Saddiq. Malah ayah sempat juga berpesan, jika nak belanja, belanja la orang yang tidak berkemampuan.

Lepas kes aku sound pakcik dalam group, semua orang jadi dingin dan hambar dengan kitaorang. Tapi tu la, lain kali kalau orang tak usik hidup kita, kita jangan memandai usik hidup dia.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *