Assalamualaikum Admin, harap post ni diapprove.
Pertama sekali, aku D berumur 23, anak ketiga dari 4 beradik. Apa yang aku nak cerita ni pasal Pakcik aku belah ayah. Maaf andai confession ni agak tidak teratur. Aku bukannya pandai sangat nak buat karangan ni. Hehe..
Aku ni dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tapi penuh dengan kasih sayang, bergurau senda sesama sendiri. Walaupun, susah tapi aku bahagia sebab kami 1 family sangat rapat.
Parents aku buat macam-macam perniagaan. Roti canai, Burger, Air Tebu. Pendek kata, semuanya parents aku dah try buat untuk tambah pendapatan. Tapi tak berapa konsisten sebab biasalah, orang kita. Bila parents aku berniaga, esok lusa ada laa orang meniaga benda yang sama dekat area-area gerai parents aku juga.
Gaji ayah aku RM3000 sebulan, itu pun baru 2 tahun naik gaji. Ibu aku pula seorang surirumah.. Sabtu ahad kami berniaga di pasar. Berpanas hujan kami 1 family, tapi orang hanya nampak kami senang je, masa kami susah berhempas pulas mencari rezeki. Takde siapa nak ambil peduli..
Dari dulu, sampai sekarang. Pakcik aku selalu pinjam duit. Bukan sikit-sikit, kadang sampai 2k.. Pinjam tapi tak pernah nak bayar. Dari sebelum kahwin, sampailah sekarang anak 3 orang yang sulu umur 24 tahun. Tapi still pinjam duit parents aku.
Diorang suami isteri kerja Pegawai, gaji RM5k sebulan. Tapi duit tak pernah cukup. Aku stress, sangat stress.. Ayah aku pun asik bagi je diorang..
Sekarang ni, disebabkan pakcik aku, ayah dah jarang luangkan masa dengan anak2. Dah jarang sembahyang berjemaah, jarang berborak. Ayah banyak menyendiri, aku taktahu laa kalau ayah stress dengan pakcik aku tu ke apa.
Ayah aku bagi duit kat pakcik aku secara diam-diam, tanpa pengetahuan anak dan isteri. Pakcik aku pinjam hampir RM20k untuk bulan 1 haritu sampailah bulan ni. Dari gaya dia, macam orang yang berada. Fuhh, jam Rolex, iPhone, baju brand Hush Puppies. Kasut LV, Beg LV saja. Bercuti sana sini. Tapi hakikatnya Kedana.
Aku ni pun, pernah pergi Langkawi je. Nak jalan-jalan tempat lain memang takde laa. Aku kadang-kadang stress sampai rasa macam nak warning je pakcik aku. Tapi aku masih hormat..
Aku nak minta duit parents pun malu, tapi dia senang-senang je. Bulan ni 2k, lepastu bulan depan 1k. Alasannya, anak nak masuk u, kepala hangguk laa. Aku ni nak mintak duit modal berniaga pun rasa macam nak nangis.
Bila tanya, apa yang buatkan duit banyak habis. Tapi pakcik aku ni cakap anak sakit anak sakit, habistu abang aku sakit. Yang costnya RM1k setiap bulan ? Macam mana ?
Bulan lepas, pakcik aku ni terkantoi. Rupanya pinjam Ahlong, RM10k. Sebab nak hantar anak dia pergi rombongan tengok tempat kat Indonesia. Bukan rombongan belajar ye, tapi rombongan cuti sem. Okey, dah pinjam ahlong tu takpe laa. Yang masalahnya, dia letak nama pakcik aku lagi sorang (Adik Ayah Aku) sebagai penjamin. Tanpa pengetahuan pakcik aku. Aku memang marah..
Tapi ayah aku ni asik back up je pakcik aku, alasannya dia orang susah. Habistu, kalau dah pakai LV. Susah ke ? Aku tau itu LV ori, sebab family bini pakcik aku tu orang berada yang jenis jaga standard. Memang pakcik aku pernah citer, purse dia pun RM5k.
Kelmarin, dia bagitahu yang dia nak pinjam RM3k. Tapi ayah aku tak bagitahu ibu, ayah aku diamkan je. Aku nak tengok, ayah aku bagi jugak ke tak. Kalau bagi, memang aku warning pakcik aku. Dah lama aku bersabar..
Korang yang gaji sederhana or cukup-cukup makan tu, tak payah laa nak jaga standard. Lebih baik simpan and beli apa yang patut, jangan kerana nak jaga standard punya pasal, kau berhutang dengan ahlong, dengan orang sana orang sini. Last-last tak boleh nak bayar. If ada yang pinjam kat korang, tolonglah inform isteri, anak-anak. Serious rasa macam ditipu tau.
Walaupun ayah aku buat macam tu, aku tetap sayang ayah aku. Cumanya, aku rasa tak patut laa nak diamkan. Ada yang nak bagi nasihat, aku terima dengan hati yang terbuka. Assalamualaikum..
Thanks admin.
– Dee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit