Aku bekas pelajar salah sebuah kolej islam di Kuala Kangsar. Kampung aku di Sungai Petani,Kedah. Setiap hujung minggu aku akan balik ke Kedah naik moto. Macam tu lah rutin aku setiap minggu, naik moto tak kira hujan atau panas,aku akan tetap balik sebab aku perlu bekerja untuk survive masa aku ada di Kuala Kangsar.
Nak dipendekkan cerita,pada satu pagi hari jumaat, selesai sahaja kelas terakhir aku,aku terus packing beg untuk balik ke Kedah. Dalam pukul 10.30 pagi mcm tu aku pun bertolak pulang dan sebelum masuk highway,aku akan isi minyak moto dulu RM7(fulltank). Sampai saja di Caltex Kuala Kangsar,baru sahaja matikan enjing, datang seorang pakcik tua kearah aku.Umur pakcik tu lebih kurang 75 tahun. Nampak kesian pakcik tu sebab kurus sangat,galas pulak beg baju yang berat.
Pakcik tu terus sapa aku, “Assalamualaikum nak, pakcik lapar, 2 hari tak makann, terketar-ketar tangan dia.” Aku pun bukak la wallet aku, tengok-tengok ada RM14.20 shj. Dalam hati aku nak bagi berapa kat pakcik ni, minyak pun tak cukup. Last2 tak apa lah,tawakal saja. Aku bagi kat pakcik tu RM10 habuan makan untuk hari ni. Tinggal baki kt aku RM4.20.Duit baki tu aku isi minyak. Nak tak nak itu sahaja duit yang aku ada kalau minyak habes,habes lah. Time ni memang tawakal habes.
Lepas hulur kat pakcik tu RM10. Dia terus tanya kedai makan kat mana, dia lapar sangat, aku pun bawak dia naik sekali aku pergi kedai makan kat depan stesen minyak tu. Dia turun,terus cakap kat aku terima kasih dan doa ” Ya Allah, Engkau berikan pemuda ini kepadaku, maka engkau kembalikanlah kebaikannya menolong aku,sejahterakanlah hidup anak ni”. aku pun sahut “Aminnnn” . Aku teruscakap, “pakcik makan lah ya, saya nak balik Kedah dulu, Assalamualaikum pakcik..” pakcik tu jawab, ” hati-hati nak, jangan risau Allah ada. Waalaikummussalam”.
Aku pun bawak moto dari Kuala Kangsar ke Sungai Petani. Sampai ja Gunung Semanggol, selalunya minyak aku akan drop , tapi kali ni stay atas separuh macam mula-mula aku isi tadi, aku ingatkan meter rosak, bukak la tangki, tengok minyak ada lagi. Alhamdulillah..Aku pon bawa ja sampai Sungai Petani, bila sampai rumah. Aku tengok meter turun sikit ja dri tadi. Minyak masih banyak dalam tangki. Sungguh kuasa sedekah tu cukup luar biasa. Siapa yang pernah rasa sahaja yang akan tahu.
Benarlah,dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain,jangan lokek untuk berkongsi,yang lainya berserah sahaja kepada Allah. DIA yang menguasai langit dan bumi.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit