Pak Long

Paklong,

Hannah rindu Paklong.

Aku masih ingat sampai sekarang hari Paklong tinggalkan kitorang semua. Tak perlu la aku bagitahu bila tarikh tu. Setiap saat pada hari itu masih segar dalam ingatan aku. And maybe aku takkan pernah lupa sampai bila-bila.

Ralatnya aku tak dapat tatap wajah Paklong buat terakhir kali. Aku even tak pernah jenguk dia pon masa dia sakit. Sungguh aku rindu sangat dekat dia. Tapi takde siapa pon yang tahu.

Kenapa aku tak pernah jenguk dia?

Masa arwah Paklong sakit, biasanya ibu dengan ayah akan melawat dia after dorang habis kursus haji.

Aku? Of course la kat rumah. Takkan aku nak follow dorang pergi kursus yang dari pagi sampai tengahari tu. And kursus haji tu on weekend.

Kenapa tak pergi weekdays?

Weekdays aku kerja. And aku kerja jauh dari kampong. Balik hujung minggu je, setiap 2/3 minggu sekali.

Kenapa tak pergi sendiri je?

Aku dulu takde transport sendiri.

Aku ada jugak cakap kat ibu ayah aku, aku pon nak pergi melawat Paklong jugak. Tapi tak pernah ada kesampaian.

Mesti korang akan cakap, banyak betul alasan dia ni.

Ye, memang aku banyak alasan dulu.

Dan sebab tu la aku menyesal sampai sekarang. Kalau aku betul-betul ada effort untuk melawat Paklong dulu, mesti aku takkan sesesal ini.

Mesti aku akan dapat jugak jumpa dia sebelum dia pergi buat selama-salamanya.

Kenapa aku tak dapat tatap wajah Paklong untuk yang terakhir kali?

Aku dulu keje kat KL. Paklong di negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Mostly, family belah ayah aku semua di pantai timur termasuk la family aku. Tak perlu la aku bagitahu secara specifiknya dimana.

On the day aku dapat tahu Paklong kritikal, hari tu hari Sabtu. Aku bagitahu ibu aku yang aku nak balik. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku dapat rasa yang Paklong dah tak lama.

So, aku memang betul-betul nak balik. Tapi pagi tu, masa aku call ibu aku, dia cakap Paklong dah okay sikit. Dah boleh cakap dah boleh ketawa.

So, aku cakap kat ibu aku yang aku balik minggu depan je la kalau macam tu. Sebab minggu depan tu cuti 3 hari. So, dapat la balik lama sikit. Haihhh bodohnya aku time tu.

Dalam hati, aku tak putus-putus doa semoga Allah panjangkan umur Paklong aku sampai minggu depan. Sebab aku betul-betul nak jumpa dia.

Tapi, petang tu hari yang sama, betul-betul selepas aku solat Zohor sambil tunggu Asar, cousin aku yang duduk KL sekali call aku. Dia tanya “Hannah, kau nak balik kampong tak?”

Aku macam pelik la kan. Kenapa pulak? Aku cakap kat dia yang aku nak balik minggu depan. Maybe dia macam dapat sense yang aku tak dapat berita lagi kot.

Dia cakap “Hannah, Paklong dah takde?” Aku macam “Haaa??” Otak aku macam blank jap. Dah takde?

Sebab dalam kepala otak aku still ingat apa yang ibu aku cakap pagi tadi. Paklong dah okay sikit. Dah boleh cakap. Dah boleh ketawa.

Lepas tu, aku cakap kat cousin aku. “Jap eh, aku call ibu aku jap”. Sebab aku betul-betul tak percaya. Aku call ibu. Dia cakap betul Paklong dah takde. Berulang kali aku tanya ibu, “Betul ke ni ibu?”.

Ya Allah. Time tu la gugurnya air mata aku. Aku ni tak berhenti berdoa dari pagi supaya Allah panjangkan umur Paklong aku at least sampai aku dapat jumpa dia.

Tapi aku sedar siapa la aku. Allah lebih sayangkan dia.

Aku call balik cousin aku. Aku cakap kat dia aku nak jugak balik kampong harini. Aku tak kira. Aku nak jugak tengok Paklong.

Deal punya deal dengan cousin aku, lastly kitorang decide untuk guna kereta mak dia which is makcik aku merangkap adik Paklong untuk balik kampong. Adik aku yang drive. Sebab yang lain semua tak berani nak drive.

Kitorang berempat. Aku, adik aku, cousin aku and adik dia. Makcik aku? Dia dah balik awal dah dengan kakaknya sorang lagi di KL ni. So sempat la mak dia adik beradik jumpa Paklong.

Sehelai sepinggang weh aku balik time tu. Aku balik bawak handbag je. Sebab aku memang tak pikir apa dah time tu. Balik untuk tengok Paklong je.

On the way from KL to kampong, kitorang gerak before Maghrib, aku masih tak putus-putus doa semoga aku dapat tatap wajah Paklong untuk yang terakhir kali.

Aku still ingat doa aku time tu. “Ya Allah, aku tak sempat nak balik jumpa Paklong masa dia masih ada. At least bagi aku tengok wajah dia untuk yang terakhir kali ni je”.

Adik aku bawak kereta memang laju giler dah time tu. Kitorang berhenti untuk solat and makan je. Sebab cousin aku dah tapau siap-siap nasi untuk berbuka.

Oh ye, lupa nak bagitahu time tu bulan puasa. Kitorang dah berbuka on the road. Tapi sekadar apa yang ada je. Air mineral and roti kalau tak silap.

So, masa berhenti solat tu kitorang jamah la kejap nasi tu sebab cousin aku dah penat-penat tapau. Aku pon masa tu jamah nasi ala kadar je.

Kalau ikutkan hati, nak direct terus je ke kampong. Solat pon ingat nak jamak qasar je bila dah sampai sana.

Tapi tu la, perancangan Allah tu melebihi segala-galanya. Dipendekkan cerita, masa kitorang sampai di kubur tu, talqin pon dah habis. Aku tak dapat tengok muka Paklong. Aku sedih sangat. Aku menangis.

Aku balik rumah. Aku mandi. Aku menangis.

Aku baring atas katil. Aku menangis. Sampai aku tertidur.

Esoknya aku bangun solat Subuh. Masa solat, aku menangis.

Lepas solat, aku sedekahkan Yasin untuk Paklong. Sambil aku baca sambil aku menangis.

On the way back to KL pon, aku menangis lagi.

Sedih aku time tu takde siapa pon tahu. Aku tak boleh nak luah dekat siapa-siapa. Sebab semua pon mesti sedih atas pemergian Paklong.

Bukan aku sorang je.

Dalam masa seminggu after pemergian Paklong, everytime aku solat aku menangis. Everytime aku nak tidur, aku menangis. Sebab teringatkan dia. Aku masa tu macam tak percaya yang dia dah takde.

Tapi aku always menangis sorok-sorok. Takde siapa pon yang tahu betapa kerapnya aku menangis sebab aku rindukan Paklong.

Aku perlukan seminggu tu untuk betul-betul terima hakikat yang Paklong dah takde. Raya kitorang tahun tu pon hambar je. Aku la yang rasa hambar.

Maklong? Aku tahu Maklong sedih. Tapi she acted like normal. Kuatnya Maklong.

Family aku dengan family Paklong rapat sangat. Maklong tu aku rasa dah anggap ibu dengan ayah aku tu macam adik dia sendiri agaknya.

Ayah aku suka makan laksa. So, everytime dia buat laksa kan, dia cakap, dia mesti teringat kat ayah aku. Dia siap call jemput kitorang makan sekali kat rumah dia.

Masa kitorang adik-beradik masih study dulu pon, dia je yang always tanya khabar. Belajar okay ke tak. Result macam mana. Dia pesan belajar rajin-rajin. Macam-macam la lagi. Macam mak-mak.

Aku sayang Maklong macam aku sayang Paklong jugak. Doakan family kami terus rapat sampai bila-bila walaupon Paklong dah takde.

Aku tak pernah tunjuk. Tapi Paklong la salah satunya lelaki yang aku sayang selepas ayah. Perwatakan dia pon saling tak tumpah macam ayah. Tegas tapi aku tahu dia sangat penyayang.

Maklong pon ada cakap yang perangai Paklong sama macam ayah. Aku ingat lagi.

Bila salam tangan dia kan, dia akan genggam betul-betul genggam tangan kita sebijik macam ayah. Siapa yang paham, paham la. Muka pon lebih kurang je macam ayah.

Macam mana aku tak sedih bila aku teringat dekat dia. Sampai sekarang aku tak pernah miss berdoa untuk dia dalam setiap doa aku.

Aku kadang-kadang sampai doa nak sangat jumpa dia walaupon cuma dalam mimpi. Kalau aku dapat jumpa dia aku nak minta maaf pada dia sebab aku tak pernah melawat dia masa dia sakit.

Aku nak cakap yang aku sayang sangat dekat dia macam aku sayang ayah aku sendiri.

Ya Allah. Sumpah aku rasa kalau aku dapat jumpa dia semula, aku nak peluk dia, aku nak salam, aku nak cium tangan dia. Tapi sampai sekarang, aku tak pernah mimpikan Paklong.

Bila aku macam nak terbuat jahat kan, aku always akan remind balik diri aku, “Hannah, kau kan nak jumpa Paklong kat syurga. Kalau kau buat macam ni, macam mana kau nak jumpa dia”.

Takpon “Hannah, Paklong nampak apa yang kau nak buat”. Hahaha. Always macam tu. Aku tahu dia ada kat syurga.

Bila aku sedih kan, aku always akan bercakap-cakap dengan dia dalam hati.

“Paklong, Hannah sedih. Hannah nak jumpa Paklong. Hannah nak luah semua dekat Paklong”. Seolah-olah dia ada dekat dengan aku jadi penguat semangat aku.

Kalau aku boleh cerita lagi sikit kan hahaha, dulu masa kitorang kecik-kecik, aku dan cousin-cousin yang lain suka main rounders sama-sama bila balik kampong.

Nak dijadikan cerita, time tu kitorang takde kayu bat nak buat pukul bola tu. And time tu Paklong datang and dia nampak kitorang pukul bola guna kon jalan yang warna oren tu je.

Senyap-senyap je dia pergi cari kayu, pastu dia kikis-kikis sampai nampak rupa kayu bat. Tiba-tiba dia datang kat kitorang, “Nah, cuba main dengan benda ni”. Pastu dia blah macam tu je.

Kan aku cakap aku tahu dia penyayang. Penyayang dia tu yang tak tunjuk tu. Ya Allah, tu la satu-satunya kenangan dengan Paklong yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Kawan-kawan, doakan Paklong aku ye. Doakan aku jugak. Aku dulu budak jahat. Tapi aku nak berubah jadi budak baik. Doakan aku istiqomah. Aku nak jumpa Paklong kat syurga.

Aku terkilan sangat, kalau la aku betul-betul balik pagi tu mesti aku sempat jumpa Paklong. Kenapa la aku nak kena tangguh sampai minggu depan semata-mata cuti 3 hari tu.

Betul la weh, kalau dah tiba masanya Allah nak tarik nyawa tu, memang tak sesaat cepat tak sesaat lambat. Paklong aku berjaya keluar dari saat-saat kritikal dia sampai aku ingat dia dah okay. Tak sampai beberapa jam je dia okay, Allah dah tarik nyawa dia.

Walaupon aku dapat instinct Paklong akan pergi jugak tinggalkan kami one day dalam masa yang terdekat tu, aku cuma anggap yang tu hanyalah mainan perasaan aku.

Bila aku pikir-pikir balik, boleh jadi instinct tu la petanda yang Allah hadirkan untuk aku. Dia nak bagitahu yang Paklong nak pergi dah. Tapi bodohnya aku tak sedar semua benda tu dulu.

Aku terima qada’ dan qadar Allah. Sedikit pon aku tidak menolak takdir. Aku happy at least Paklong dah lepas azab sakit dia di dunia. Sebab lama jugak dah Paklong aku menderita sakit dia.

Tapi rasa sesalan atas kebodohan aku dulu tak mungkin akan terpadam jauh dalam lubuk hati aku.

Sorry sangat-sangat kalau story aku berterabur, boring atau ada apa-apa yang tak jelas. Tak reti nak bercerita tapi still nak meluahkan.

Aku perlukan moral support. Sebab aku tak pernah bukak cerita ni pada sesiapa. Tak mungkin aku nak luahkan pada family aku sendiri. Aku tahu bukan aku sorang je yang rindukan Paklong.

And atas rasa hormat pada family Paklong, aku tak pernah up pon cerita pasal Paklong dekat social media aku walaupon aku betul-betul tengah rindukan dia masa tu dan aku nak sangat meluahkan.

Sebab aku dengan anak Paklong dengan saudara mara yang lain follow satu sama lain. Kalau aku tunjuk yang aku sedih, aku rasa seolah-olah tak hormat perasaan anak dia.

Kalau aku pon dah sesedih ini, aku tak dapat bayangkan perasaan anak dia and orang-orang yang lagi dekat dengan Paklong.

Dah tentu-tentu dorang pon lagi sedih and lagi rindu pada satu-satunya Paklong yang kami cintai.

So, dekat mana lagi aku boleh dapatkan moral support kalau bukan dekat sini. Aku perlukan kata-kata semangat.

Paklong, Hannah rindu sangat dekat Paklong.

Sekian.

P/s: Alhamdulillah, ibu dan ayah aku selamat menunaikan haji pada tahun yang sama Paklong pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ayah guna kain ihram Paklong. Maklong bagi pinjam.

Abang aku pon kahwin pada tahun yang berikutnya menggunakan Baju Melayu arwah Paklong. Pon Maklong yang bagi.

And kalau boleh nak menyelit lagi sikit kan. Cerita ni takde kena mengena dengan cerita Paklong eh. Aku saja je nak cerita.

Tadi aku jawab exam online SPA. Aku dah habis dah jawab semua. Tapi saja-saja nak review balik jawapan aku sementara ada masa.

Tengah- tengah dok laju tekan button Next tu, aku tak perasan cursor tu bergerak ke button Hantar. So, aku pon te rHantar sebelum aku sempat review semua jawapan aku.

Padahal aku dah aim satu soalan ni aku nak ubah jawapan dia. Hmmm.

Time-time macam ni aku mula nak menyalahkan orang lain. Kenapa la letak button Hantar tu sebelah button Next. Letak la jauh sikit.

Haihhh.

Kawan-kawan doakan aku berjaya. Aamiin.

Sekian buat kali yang kedua. Hahaha. Bye.

– Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *