Pakaian yang kita sedia maklum, baju, seluar, kain, tudung.. tu belum bab kasut n handbag.
Oklah. Dimaklumkan aku ini seorang perempuan. Baru bekerja disektor swasta n jadi pegawai eksekutif. Selalu deal dengan pelanggan.
Bila dah nama pun bekerja dan kerap berurusan dengan pelanggan, maka haruslah berpakaian yang menarik. Makeup? Sederhana je. Biarlah simple janji nampak manis.
Ok. Now come the problems or my confession. Kerana tuntutan kerja yang memerlukan aku berpakaian menarik, aku terpaksa lah mengupdate selalu almari aku dengan pelbagai jenis pakaian.
Alhamdulillah aku mampu lagi berpakaian menutup aurat semasa bekerja. Pantang je ada terdengar jualan murah, pasti aku teruja nak pergi membeli-belah.
Itu baru jualan di pasaraya seperti sogo, isetan. Belum lagi jualan murah butik2 baju muslimah yang kini hangat diperkatakan. Ada di Bangi n di Shah Alam. Kalau aku pergi tempat ni, memang wajib lah beratus2 abis.
Mesti korang ingat aku ini kakinya shopping memanjang. Aku ini dahulunya ketika dizaman kegemilangan aku di universiti, memang tak pernah pun nak bergaya.
Kebetulan ambik kos yang glamer dengan studentnya yang cantik2, bergaya n berlagak. Aku selalunya terkecuali dari kesemua itu. Sebab itu kawan2 ada yang ingat aku nie ambik kos engineering.
Aku ini dari keluarga yang sederhana, dan ayah aku sangat cerewet ketika beri duit saku. Jadi aku selalunya berjimat. Kalau sudah duit makan pun aku terpaksa berjimat, terpaksa lah aku ni berjimat giler2 untuk beli pakaian. Selagi boleh dipakai, aku pakai jer.
Bila dah mula bekerja, mulalah aku kena bergaya. Mula2 aku malas giler nak bergaya, malas nak ikut peredaran semasa. Tapi bila pelanggan aku ingat aku hanyalah kerani biasa dan tak hormat aku sebagai pegawai hanya kerana pakaian, aku terpaksa berubah.
Mujurlah aku tak terikut trend beli beg2 berjenama mahal. Tak sanggup rasanya habiskan duit beratus2 hanya kerana satu beg. Beg paling mahal pernah aku beli pun berharga RM200. Itu pun aku pikir selama berbulan2. Begitu juga kasut aku.
Namun akhir2 ini majikan aku telah memarahi aku kerana tidak punya kasut tutup yang bertumit. Lalu aku pergi membeli kasut dan sandal yang sesuai.
Tentang baju, seluar n tudung. Makin hari aku makin galak membeli. Macam kena rasuk pun iye juga. Yelah, sana sini murah. Cantik2 pulak tu. Sedar tak sedar dah penuh almari aku dengan pakaian. Eh.. Siap ada 2 kotak besar pakaian aku lagi.
Setelah aku tengok2 semua baju yang telah aku ada. .Baju yang aku ada boleh dipakai selama 365hari tanpa perlu diulang pakai. Haha.. Okay. Now aku dah mula sedar. Entah bagaimana boleh aku biarkan ini terjadi.
Dalam pada itu, aku boleh plak rasa lagi, macam baju yang aku ada ini macam tak cukup jer lagi. Macam takde baju je aku nie. Tudung yang kaler tu aku tak rase aku ada. Kasut yang ini aku rase sesuai lah dengan baju baru aku nanti.
Apalah nak jadi dengan aku ni. Duit aku banyak habis ke arah beli pakaian. Memanglah niat aku untuk bergaya, agak berjaya. Namun, aku mula rasa aku ini membazir.
Tapi dalam masa yang sama aku rasa macam tak da baju yang boleh aku pakai je. Adakah ini perasaan aku je? Ke aku seorang je hadapi masalah ini?
Korang tolonglah aku. Aku tak mau abiskan duit untuk shopping. Nak simpan duit gak. Tapi macam aku selalu tewas dengan ayat “Jualan murah”.
Aku ni sudahlah belum lagi berkahwin. Bf pun tiada. Aku risau juga kalau tabiat aku ini bakal menyusahkan bakal suami/bf aku kelak. Mintak tolong ye..
– Ms. S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis kalau selalu rasa macamtu better you check apa yang you duk beli. Beli trendy items mmg susah nak rasa cukup. Jangan kejar trend, instead invest on basic/staple pieces yg very good quality, in all clothing items so boleh mix and match. Kadang kita rasa kita dah habis style dah tapi sebenarnya mangsa fashion….
yep, kena kurangkan tgk media yg boleh trigger perasaan nak membeli tu. Unfollow butik2 tu kejap hahaha….diaorg memang akan up item baru sentiasa sebab nak carik duit, kita ni pulak menabur duit.