Sejak akhir-akhir ni, aku tengok ramai pakar-pakar motivasi muncul di media massa.
Kalau dulu aku biasa tengok Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah, Ustazah Bahiyah dan Suami belau saja. Itu pun melalui TV. Rancangan Semanis Kurma. Harmoni, manis-manis saja.
Aku taklah tua sangat, tapi bukanlah dalam generasi belia-belia. Sempatlah merasa dunia tanpa intenet dan telefon bimbit.
Aku ni observant. Nampak tenang, tapi dalam kepala otak aku sentiasa berfikir. Kadang-kadang tu, macam berdebat. Dan sekarang tengah trend Pakar Motivasi tentang lambat jodoh. Macam-macam ulasan dari semua orang.
Memandangkan aku adalah daripada aliran biologi, aku just nak tekankan yang perilaku korang adalah tidak berkaitan dengan rembesan hormon Testosterone & Estrogen ya.
Ini fakta, dan tak boleh ditafsirkan ikut pemahaman sendiri. Geram aku bila banyak makcik-makcik, pegi salahkan hormon bila perempuan tu lambat jodoh. Kalau rasa diri tu high testosterone atau estrogen, sila jumpa doktor untuk check.
Perempuan sihat, tak kiralah jodoh lambat ataupun cepat, hormon kena stabil. Bab ‘bodoh-bodoh’ tu aku tak mahu komen sebab itu bergantung pada pemahaman si pembaca. Sebab tu aku nak sentuh pasal hormon itu sahaja.
Macam aku tulis tadi, faktanya jelas dan ianya bukan sekadar pendapat.
Bebalik pada Pakar Motivasi itu sendiri, aku rasa sekarang karier pakar motivasi ni macam trend pula.
Pandai bercakap, pandai memujuk (persuasive) ada karekter yang ‘uplifting’, bersemangat, mesra kamera, manis muka… dan ramai pengikut. Sampai ada yang dah buka syarikat motivasi sendiri.
Aku tak ada masalah dengan pakar motivasi, cuma mereka seperti semberono sahaja dalam berkata-kata.
Yang paling aku tak gemar bila pakar-pakar motivasi ni mula meletakkan unsur fakta sains yang meragukan bila memotivasikan orang. Jika betul, aku tak kisah, malah, aku lagi seronok untuk terus dengar.
Bagi aku, mereka harus bertanggungjawab dalam memastikan fakta yang mereka guna itu betul, bukan sekadar nak kedengaran ‘ala-ala kajian saintifik’. Bahaya untuk pendengar yang jenis terus ambil dan sebarkan sebab kedengaran saintifik.
Tapi kalau boleh, elakkanlah daripada penggunaan content yang saintifik. Biar mudah difahami oleh segenap masyarakat, dan tiada salah fakta. Andai mahu kaitkan dengan agama, biarlah daripada sumber yang sahih, bukan sekadar intrepretasi sendiri.
Perkara kedua adalah ‘Toxic Positivity’. Bahasa mudahnya adalah semua benda perlu diambil positif sampai tiada empati. Ya, aku tak nafikan, banyak benda yang kita boleh ambil positif, tapi praktikkanlah ia di tempat yang sepatutnya.
Sebagai contoh, kau suri rumah yang sibuk uruskan anak, rumah dan suami. Penat. Tapi Pakar Motivasi asyik suruh kau senyum, senyum dan senyum, fikir positif, keep on the happy vibes, walaupun mental kau dah penat.
Katanya, jangan fikir negatif, nanti efek pada keharmonian rumah tangga. Nanti ada aura negatif. Perkara ni seolah-olah suri rumah tak boleh sedih, tak boleh marah, tak boleh jadi tak happy.
Bila luahkan,
“Bersyukurlah jadi suri rumah. Akak yang bekerja ni kelam kabut”
“Suri rumah dapat lihat anak membesar”
“Isteri tu tempatnya di rumah. Banyak pahala tau”
“Ikhlaskan hati, kuranglah penat tu”
Nasihat sebegini seolah-olah perasaan suri rumah tu tak layak untuk diambil berat & perkara remeh. Lama-lama jadi mati perasaan, jadi robot. Ni salah satu kesan daripada toxic positivity.
Perasaan kita rasa seperti ‘tak bernilai’ di mata orang lain. Rasa tak berguna. Tak layak didengar, tak layak ditolong, dan juga tak layak untuk ‘dirasa’.
Ini belum lagi bila pakar motivasi asyik ‘brainwash’ kau untuk ‘positive vibes only’ sampai mata kau tertutup untuk bezakan yang mana salah dan yang mana betul.
Sedih aku tengok bila founder-founder gunakan toxic positivity dalam menjadi ketua kepada agen, dropship & pekerja. Kasihan bila mereka yang dibawah ni tidak dibenarkan berfikiran negatif bila berbincang sesama mereka.
Bila founder buat sesuatu yang kontroversi, mereka jadi buta dalam menilai tindak-tanduk si founder, sampai sanggup pertahankan si founder dengan ‘positive vibes’. Ini tak langsung terus berubah menjadi satu kultus.
Satu lagi yang aku perasan dengan pakar motivasi sekarang adalah penggunaan laras bahasa yang bagi aku, agak kasar.
Terkejut aku dengar bila seorang ahli motivasi ni gunakan tagline ‘pergi mampus’ dalam sesi motivasi dia. Mungkin untuk menarik minat generasi muda? Ada juga yang gunakan pendekatan kata-kata perlian dan makian dalam memberi motivasi.
Katanya generasi sekarang ni degil, cakap kasar-kasar baru berkesan. Entahlah, aku masih berpegang kepada adab sopan dalam bercakap, tegas dalam sopan.
Tak dapat bayangkan jika aku terpaksa berdepan dengan klien yang berpegangan ‘pergi mampus’ ni. Terasa menakutkan bila terbayang sikapnya yang mungkin kasar.
Akhir kata, bijaklah memilih siapa ahli motivasi yang kau nak dengar tapi janganlah obses dengan beliau. Yang baik kita ambil, yang tak elok kita tolak.
– Raisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit