Assalammualaikum, admin. Aku Laura. Aku harap admin approve post ni sebab aku terdesak memerlukan bantuan. Nak tanya2 orang sekeliling atau post kat wall sendiri, aku segan. Dah macam membuka aib sendiri pulak. Kalau boleh, aku tak nak orang ramai tahu pasal masalah yang aku tengah hadapi sekarang.
Kepada sesiapa yang terbaca post ni dan kenal mana2 ustaz yang betul2 “ustaz” dan ikhlas merawat, PLEASE komen. Kalau korang nak bantu aku tapi nak communicate secara personal, pun komen jugak. Nanti aku PM korang semula. Hari ni kita tolong orang susah, mana tahu esok lusa kita susah orang pulak tolong. Hampir berpuluh2 tempat perubatan yang aku pergi selama ni, banyak kali jugak ditipu. Zaman sekarang ramai penunggang agama. Susah nak jumpa yang betul2 jujur. Ramai yang cuma yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau sembuh pulak, cuma setahun macam tu. Itu pun bukan sembuh sepenuhnya. Nak pergi Darul Syifa, tapi orang cakap gangguan akan hilang pada waktu berada di situ sahaja, nanti datang balik. Wallahualam…
Aku sendiri kalau boleh tak nak percaya yang aku ada gangguan. Banyak kali aku cuba menafikan. Sampailah aku buat full blood test, doctor sahkan tak ada sebarang penyakit termasuklah hipertiroid seperti yang disyaki oleh beberapa pengomen semalam. Jadi nak tak nak, aku terpaksa berbalik semula pada rawatan cara Islam sebab rawatan moden tak menunjukkan sebarang tanda2 aku berpenyakit. Untuk pengetahuan korang, bacaan untuk thyroid function aku adalah :
TSH: 1.190
FT4: 16.1
FT3: 3.9
*Part ni tak penting. Skip baca bagi sesiapa yang tak nak tahu lebih lanjut pasal sakit aku.*
1. Letih aku bukan letih yang biasa2. Boleh cakap, dalam sebulan tu, tak ada langsung hari yang aku cergas. Tak payah cakap bulan la, dalam tahun pun takda hari yang aku normal.
2. Mood aku swing tak tentu pasal. Marah terhadap benda yang remeh.
3. Aku selalu rasa benci dengan diri sendiri. Orang sekeliling pun aku benci. Keluarga aku pun kadang2 aku rasa benci. Aku tak minta ya perasaan macam ni.
4. Fokus aku sangat2 terganggu. Aku tak boleh peka dengan sesuatu. Kadang2 basuh pinggan pun aku boleh berkhayal.
5. Badan aku selalu rasa melayang2, mata aku selalu berpinar2.
6. Bila aku bercakap, aku selalu berhenti tiba2 sebab aku lupa aku tengah cakap pasal apa. Sama jugak dengan aktiviti2 lain. Contoh, aku tengah sidai baju. Tiba2 aku akan berhenti seolah2 baru tersedar dari sesuatu, Lepas tu aku akan ambik masa untuk fikir aku tengah buat apa. Bila aku dah ingat yang aku tengah sidai baju, baru aku sambung sidai balik. Lagi sekali aku tekankan, dulu aku tak macam ni.
7. Mata aku sembab dan lebam walaupun aku tidur. Dan kalau aku dapat tidur pun, siang tu aku rasa sama macam hari2 lain yang aku tak tido. Fikiran aku melayang2 entah ke mana. Semangat aku pun dah tak ada. Badan tak ada tenaga. Yang peliknya, doktor cakap aku sihat2 je.
8. Dalam sebulan, boleh kira pakai sebelah tangan berapa kali aku tidur dengan cukup pada waktu malam. Kalau tidur pun, pasti akan terjaga dalam lingkungan 2-4.30 pagi.
9. SETIAP KALI masuk asar hingga maghrib, aku akan rasa lemah selemah lemahnya. Ini adalah KEMUNCAK kesakitan yang aku rasa. Rasa macam tak ada darah mengalir dalam badan. Kulit muka, bibir, serta-merta menjadi pucat. Mata semakin lebam. Badan tiba2 rasa ringan dan seakan2 boleh jatuh rebah bila2 masa. Nak berjalan atau berdiri pada waktu ni adalah sangat mencabar. Minda dan fizikal aku seolah2 bukan dikawal oleh aku. Pada waktu ni jugak, aku akan rasa nak lelapkan mata je, sebab terlalu lemah masa ni. Kadang2 aku cuba bertahan, cuba lawan. Kononnya nak simpan mengantuk tu agar boleh tidur malam. Tapi malang sekali, sebaik sahaja masuk isyak, otak aku akan tiba2 aktif. Lemah, mengantuk, lesu, melayang tu semua HILANG. Ni lah punca aku tak boleh tidur. Kalaupun aku mengantuk pada waktu malam, aku tetap tak boleh tidur. Sakit kepala aku tuhan je yang tahu. Fikiran aku bagai dikawal ketat. Mata aku mengikut arahan yang diberikan oleh fikiran aku. Jadi bila aku tidur? Selalunya sebelum masuk waktu subuh atau beberapa minit lepas masuk waktu subuh. Jangan tanya aku kenapa, sebab aku pun pelik.
10. Kalau aku panas, aku akan menjadi terlalu panas. Masa ni, orang sekeliling aku akan hairan. Sebab dorang tak rasa panas pun. Aku panas yang jenis menggelupur tu. Aku berpeluh2. Pasang kipas sana sini pun, tak ada fungsi. Letaklah depan muka pun, peluh tetap meleleh. Ini bukan sentiasa terjadi, tapi boleh dikatakan kerap.
11. Kuat makan dan cepat lapar. Walaupun pada pukul 3-4 pagi, aku berani ke dapur mencari makan. Ni pun hampir setiap hari.
12. Ini yang mengelirukan aku. Nak kata aku ada sebarang gangguan, aku tak pernah nampak pun sebarang kelibat. Cuma kadang2 tu, ada terdengar macam suara orang berdehem sebelah telinga aku, panggilan nama aku menggunakan suara orang yang aku kenal, dan beberapa lagi. Tapi aku rasa benda2 tu pun boleh jadi sebab perasaan aku je. Yelah, fikiran aku melayang2. Aku fikir mungkin halusinasi aku je. Oh ya, rakan2 serumah aku kerap mengadu dengar suara aku ketawa mengekek2 dan menjerit mengilai2 serta melihat kelibat aku kat rumah walaupun aku sebenarnya tak ada pun kat situ.
13. Aku banyak dapat nasihat dari beberapa orang yang “berilmu” untuk segera mendapatkan rawatan. Orang2 ni datang menegur tanpa aku ceritakan apa2 kisah hidup aku. Tapi macam aku cakap tadi, aku masih dalam fasa denial di mana aku tak nak percaya cakap2 tu semua. Jadi, aku anggap mereka tipu aku.
14. Mimpi bukan2. Benda cliche yang selalu terjadi dekat sesiapa yang mengalami gangguan. Macam2 aku mimpi. Tapi apa yang paling memberi kesan, adalah mimpi berjumpa seorang perempuan ni. Sebab dia datang dalam mimpi aku berkali2. Orang yang sama, pakaian yang sama. Adakah sekadar kebetulan atau membawa maksud? Mohon yang pakar beri pendapat mengenai ni. Perempuan tu datang sama ada untuk membunuh aku, atau bagi daging manusia yang mentah kat aku. Apa yang pasti, aku selalu mimpi dikejar. Macam baru2 ni, aku mimpi aku dan ayah aku dikejar sekumpulan penjahat. Lalu dorang dapat tangkap. Aku diletakkan kat sebuah gudang. Dekat situ ramai orang Cina dan India dewasa yang marah2 aku tanpa aku tahu sebabnya. Mimpi tu tamat macam tu je. Mimpi lain pulak, aku dikejar oleh seorang pakcik tua. Bila aku lari masuk ke rumah, pakcik ni tadi baca satu ayat Al Quran secara terbalik sambil memusing2 pergelangan tangannya. Aku tak tahu kalau mimpi ni semua merupakan simbolik kepada sesuatu ataupun tak.
15. Orang sekeliling aku cakap aku selalu bercakap sorang2 semasa tidur. Lama2 aku jadi segan. Satu lagi, aku tak pernah ditindih/dihimpap masa tidur pun. Cuma banyak meracau2 tu la.
16. Aku selalu tiba2 rasa benci yang meluap2 kat mana2 lelaki yang rapat atau cuba rapat dengan aku. To be honest, aku ada sorang kawan rapat lelaki. Tapi aku tak tahu macam mana dia boleh sabar dengan aku. Kadang2 bila datang kebencian tu, aku hina dia, aku maki dia, walau salah yang dia buat terlampau kecil dan remeh. Aku sedar aku tak patut buat macam tu, tapi aku tak peduli dah masa tu asalkan kebencian aku dapat dilepaskan. Aku macam tak boleh kawal apa yang keluar dari mulut aku. Penuh dengan sumpah seranah dan kata cacian. Aku sedar tindakan aku masa tu tak normal, tapi aku tetap nak buat jugak demi kepuasan. Dulu aku tak macam ni. Aku jenis cepat kesiankan orang sebenarnya. Aku cuma tak boleh kawal.
17. Bila aku bertukar dari satu kawasan ke kawasan yang lain, badan aku tiba2 panas. Bulu roma aku berdiri. Dan tiba2 aku rasa mual. Mual yang tahap betul2 nak muntah. Contoh, kalau dari rumah Aminah nak ke rumah Ali, aku akan jadi macam tu. Dari rumah Ali nak ke rumah Aminah pun macam tu jugak.
Itu je antara yang aku ingat. Maaf kalau post ni menyebabkan rasa ketidaksenangan mana2 pihak. Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari aku sendiri. Aku sangat berbesar hati sekiranya ada sesiapa yang sudi menghulurkan pertolongan. Tolong doakan aku sembuh, dapat hidup seperti biasa pun dah memadai. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Aku tak mintak diberikan harta benda yang melimpah ruah, aku cuma nak diberi kesembuhan, nak rasa hidup normal macam orang lain. Sebab penyakit ni jugak, aku selalu dipandang serong, dituduh, dan diperli oleh orang sekeliling aku, kononnya aku ni pemalas, suka bagi alasan, drama queen, dan macam2 lagi. Kalaulah dorang tahu aku punya struggle untuk melalui hari2 aku. Perit. Aku alami benda ni dah hampir 5 tahun. 90% tempat berubat yang aku pergi, semua cakap aku disihir. Tapi aku masih belum boleh terima kenyataan tu sampai sekarang dan berharap agar kenyataan tu semua tak betul.
Bagi yang dapat detect siapa aku, mohon korang sembunyikan identiti diri aku ya. Terima kasih banyak2 bagi yang membaca sampai takat ni. Take care, assalammualaikum.
– Laura
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit