Pakej Rezeki 

Assalamualaikum,

Bila buka cerita pasal rezeki, benda yang terlintas mesti pasal duit, jodoh, anak and pekerjaan. Stigma masyarakat kita tentang rezeki ni kadang-kadang buat kita “buta” tentang rezeki-rezeki lain. Saya pun tergolong jugalah dalam golongan masyarakat yang “buta” ni. Tapi syukur, lagi banyak saya berdoa mintak murah rezeki, makin saya nampak betapa banyaknya rezeki yang saya endahkan.

1. Rezeki jiran

Tunang saya cerita pasal jiran dia yang selalu ganggu maknya bila semua orang dah pergi kerja. Bagi gangguan emosi, start marah-marah and menjerit luar rumah, mula sebarkan berita palsu pada tetangga lain. Sampai mak dia menangis nak pindah sebab tak tahan. At last, rumah jiran tu kena rompak dan mereka berpindah. Even then, jiran tu salahkan mak tunang saya, katanya dia pakai ilmu guna-guna supaya rumah tu dirompak. Allahu, masa tu baru perasan sepanjang 26 tahun hidup ni, dah pindah 3 kali, semua jiran baik-baik. Tak pernah ganggu kelaurga kami. Pelbagai agama dan bangsa and sentiasa bertolak ansur. Betapa murahnya rezeki keluarga saya ni.

2. Rezeki kesihatan

Adik saya ada penyakit yang memerlukan dia untuk makan ubat secara berterusan dan buat check-up frequently. Bila dah macam ni, pelajaran dia agak terganggu (dia masih pelajar sekolah). Disebabkan benda ni, kami sekeluarga tak pernah bagi excessive pressure untuk dia score dalam exam. Yang penting bagi kami, dia sentiasa sihat dan sentiasa happy. Bila nampak adik sakit macam ni, baru nampak rezeki kesihatan tu besar yang teramat. Tak pernah kita hargai masa kita sihat. Bagi yang lemah dalam pelajaran dan selalu compare diri dengan kawan-kawan lain, ingatlah untuk sentiasa bersyukur sebab Allah tu Maha Adil. Kadang-kadang kita ada lebih dari orang lain, cuma kita je tak nampak.

3. Rezeki masa

Saya ada kawan yang berkerja di sektor korporat. Dalam usia muda dah fly overseas for business matter, gaji pun boleh tahan. Ada kawan lain yang selalu bahan panggil dia orang kaya. Tapi dalam masa yang sama, dia balik kerja dalam pukul 9 malam, kadang-kadang kena kerja on weekend. Masa dia sentiasa terbatas dengan kerja. Saya kerja biasa saja, tapi syukur, saya sangat berminta dengan apa yang buat sekarang dan alhamdulillah, balik on time, dapat bermesra dengan keluarga, sempat ajar adik buat kerja rumah. Kadang, benda ni semua kita tak hargai.

The above adalah beberapa contoh rezeki yang kita selalu terlepas pandang. Banyak lagi benda rezeki terlepas pandang yang boleh kita ulas macam dapat minum air bersih, dapat makan kat luar, dapat tidur dalam air-cond, dapat family yang bahagia, kawan-kawan yang setia and etc.

Rasa diri ni angkuh sangat sebab belakangkan pemberian tuhan. Bila kita bandingkan diri kita dengan orang lain dan rasa tak cukup or rasa tak adil sebab orang lain ada lebih, ingatlah bahawa Allah tu Maha Adil. He takes one, and gives another one. Masing-masing ada ujian dan rezeki mereka. Finally, jangan lupa berdoa dan jangan kedekut untuk berdoa untuk orang lain. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat.

Saya doakan semua pembaca-pembaca dan admin IIUMC dimurahkan rezeki.

Thank you!

– YuLaw – The One

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit