Palmar Hyperhidrosis dan Plantar Hyperhidrosis

Andai cerita/luahan ini disiarkan, aku berterima kasih kt admin tapi kalau x pon aku x kesah sebab dapat jugak aku luahkan apa yang aku pendam selama ni.. Palmar Hyperhidrosis dan Plantar Hyperhidrosis adalah istilah utk mereka yg selalu berpeluh tangan. Dan ya aku merupakan salah satu menghidap penyakit ni dimana sangat2 lah mengganggugugat kehidupan seharian aku. Kawan aku gelar tangan aku ni paip air. Mengalir je sentiasa. Kondisi aku ni yang teruk, walau duduk tempat beraicond pon masih basah ( genggam je mengalir beb air peluh). Kt bawah ni apa yang buat aku ni geram sgt

1. Bila pegang kertas, hancur lunyai kertas tu. Part paling best bila exam kt mana kau kene sentiasa lapik tangan supaya exam spm kau x hancur. Kadang2 guna pensel, comot habis kertas n orang sekeliling anggap kau tu jenis yg comot.

2. Baru2 ni aku mintak keje kilang sementara tunggu keputusan upu, kilang pasal wayar hat kecik2. Aku dapat part kene guna salotape kecik2. I jam dia target 18 set kene siap. Dan aku hanya dapat siapkan 2 ke 3 set je sebab tangan aku. Salotape x melekat duh. Habis pelekat2 dia berair dgn peluh aku. Depa kata yg aku ni lembab x boleh buat kerja sedangkan depa x rasa mcm mana susahnya aku ni nak hadap.

3. Fon aku sentiasa ” tepu” bila skrin kau penuh dgn peluh2 tangan kau. Susah betul kalau kata aku ada hal nak buat guna fon. Fon kadang2 jadi bengong, tekan hat lain, hat lain yg bukak sbb entahlah dia x bole detect jari aku kot

4. Ada sekali aku pegang kad bank, bila nk guna, atm x bole detect kad aku sbb tangan berpeluh aku ni dah selaput cip dia tanpa aku sedar..

5. Hat ni paling sakit hati bila aku nak thump print ke atau apa2 yang guna ibu jari utk identifikasi selalu berjam sbb alat tu x boleh detect wei. Bebal sungguh lar

6. Tangan aku sentiasa kotor (sentiasa senang utk lekat2 debu).. jadi aku kene sentiasa basuh tangan dan benda ni sangat merimaskan aku

7. Bukan setakat tangan je basah, kaki aku pon sama. Aku ni jenis pi mana2 pakai stokin, bila aku keje kt kilang tu, duduk bilik beraircond tapk kaki ( orang tua2 kata kaki kena makan dek air) gatal2, pedih kat celah jari kaki mcm kita duduk berendam dalam air utk jangka masa lama

8. Bila orang yang baru kenal tgk tangan basah, depa duk buat muka geli lar ( hat ni aku sabar je) bukan berbau pon peluh aku ni.

Part best bila tngan basah ni, dia sentiasa lembut. Bila orang pegang kata kita ni x buat kerja rumah sbb tangan lembut.

Mesti readers rasa ” hek eleh ni pon nak tulis” atau ” kau tulis sini apa kau dapat”. Aku cuma nak cari sapa2 senasib dgn aku dan mgkin ada kt luar sana yg boleh bagi kata2 positif utk aku terima keadaan semula jadi aku ni. Itu jaa.

Ok dan tq
Syahira

– Syahira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *