Palu Sebelum Tsunami VI

Untuk part I, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-iv/).

Untuk part V, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-v/).

Assalamualaikum warga IIUM Confesion dan salam sejahtera.. terima kasih admin siarkan lagi confession Mel..

Hari ini Mel free (tunggu flight transit) jadi boleh la menulis sambil layan boring, sementara kita tinggalkan kisah tana toraja dan palu, kali ni kisah “HAJI” dari Sulawesi makassar.

Sebelum tu minta maaf andai tidak dapat memuaskan hati semua pembaca. Penulisan ini hanya sekadar berkongsi pengalaman Mel saja.

Buat “bagaikan puteri” jangan trigger sangat dik, ni hanya pengalaman saja, cerita yang indah dan baik-baik banyak je Mel simpan sebagai memory. Kalau awak rasa tidak setuju dengan penulisan ini, tak payah komen diam lebih baik.

Ini juga salah satu dakwah untuk saudara seislam kita yang ingin melancong, tidak ada Mel nyatakan jangan datang ke Indonesia, cuma perlu berhati-hati ketika memilih tempat makan, jadi jangan salah faham maksud dan ayat yang Mel tulis.

Cuba awak baca ke semua komen tu, ramai tau yang dah terkena, kalau penulisan ini tipu bermakna 160++++ komen tu semua tipu la dan Mel tidak mengenali mereka secara dekat, cuma melalui penulisan ini saja.

Mel pernah pegi Australia, korea, Jepun, thailand, filipina, Vietnam, china dan singapore (kira ni dekat dengan malaysia) dan nyata negara yang bukan Islam, betapa sukarnya mencari makanan halal.

Mel pernah pegi china, ni lagi teruk, nak berak punya susah, air tidak ada, pintu toilet pun tidak ada,

Bayangkan kalau nak berak seperti berjemaah dan boleh borak sebelah menyebelah, kau tengok aku, aku tengok kau, tu belum lagi jumpa taik 4 layer sampai penuh mangkuk jamban (ni kalau ingat sebulan tak lalu makan).

Tapi negara china memang cantik cuma kotor sangat dengan ludah merata-rata. Semua negara di dunia ada je sisi buruknya termasuk negara Malaysia.

Dan Mel bersyukur dapat menjalankan perniagaan ke indonesia, yang mempunyai penduduk beragama islam terbesar.

Sepatutnya ia menjadi lebih mudah, tapi setelah bertahun ulang-alik, perasaan Mel masih sama juga sewaktu pergi ke negara yang majority bukan beragama islam.

Sebab itu la Mel tulis untuk panduan saudara seislam kita jika ingin ke indonesia, tidak dinafikan ia ada juga berlaku di malaysia tapi bukan secara terang-terangan seperti yang berlaku di indonesia.

Minta maaf kalau awak tak setuju, tetapi itu la realiti dan hakikatnya, Mel juga tak perlukan popularity dan kontroversi sebab bukan artis pun. Tak dapat duit pun dengan memburukan dan memfitnah orang lain.

Buat warga Malaysia jangan di balas jika ada komen dari pihak mereka, ingat liberal ada di mana-mana.

HAJJAH.. dari Makassar..

Makassar dulu dikenali sebagai Ujung Pandang ia adalah kota ke-5 terbesar di Indonesia, yang mempunyai pelbagai bangsa seperti makassar, bugis, toraja, mandar, buton, jawa dan tionghua. Majoriti penduduknya beragama islam.

Makanan khas makassar yang umum dijumpai seperti coto makassar, roti maros, jalangkotek, kue tori, palubutung, pisang ijo, sup saudara dan sup konro.

Berkunjung ke kota makassar pasti menjanjikan pengalaman yang berbeza dan sukar di lupakan.

Tidak sama seperti bandung, Jakarta, bali atau jogjakarta antara tempat popular yang sering di kunjungi rakyat malaysia. Makassar tetap mempunyai tarikan tersendiri selain kaya dengan nilai sejarahnya.

Pertama kali Mel menjejak kan kaki kebumi makassar ni atas jemputan majlis perkahwinan perkerja arwah mak.

Sebagai meraikan pekerja yang baik dan amanah, kami pun bersetuju akan menghadiri majlis perkahwinan tersebut, da alang-alang nak ke makassar Mel sekeluarga bercadang nak ke tanah toraja (menyelam sambil minum air).

Di sini Mel nak cerita macam mana adat bugis melangsungkan perkahwinan. T

iba di makassar perkerja kami dah menunggu ketibaan kami sekeluarga, kami di bawa ke sebuah perkampungan di pinrang. Macam yang Mel sering katakan mereka baik dan ramah dengan kami orang luar.

Layanan memang tip top seperti duduk hotel 5 star. Siap tanya nak mandi air panas ke? Kalau nak nanti mereka didihkan air, kami pula yang jadi segan dengan layanan sebegitu.

Adat bugis ni kalau Mel tengok tidak banyak perberzaanya dengan melayu, ada malam mapaci (berinai), bersanding dan bertandang kerumah pihak lelaki juga.

Tiba la hari yang di tunggu-tunggu iaitu bersanding.

Pelbagai hidangan kuih muih pemanis mulut dan pelbagai menu berasaskan ayam dan daging di sediakan untuk hidangan para tetamu yang datang (di sini di yakini halal). Aktiviti masak bergotong-royong juga masih di lakukan hingga ke hari ini.

Majlis berlangsung sangat meriah dan besar-besaran. Meraka menyewa band yang di panggil “letton” dan ada beberapa orang biduanita mereka berpakaian agak menjolok mata, kami meraikan perbezaan budaya, adat dan bangsa tapi di manakah keberkatan majlis tersebut???.

Kami juga melihat ada kasta di mana para hajjah yang hadir, tampil glamour dengan pakaian khas dan memgunakan perhiasan emas duduk di tempat yang di sediakan khusus untuk para hajjah. Mereka amat di sanjugi dan di hargai.

Apa yang membuatkan kami terkejut adalah cara berpakaian hajjah tersebut.

Mereka mengunakan pakaian khas yang di beri nama “pakaian sari”. Meraka akan mengunakan setiap kali ada menerima jemputan majlis.

Pakaian tersebut agak nipis iaitu kain renda, mereka akan pakai macam orang dulu dulu tu, yang nampak bra di dalam dan tudung mereka hanya menutup bahagian rambut manakala leher terdedah,

Seiring dengan waktu berjalan ramai juga yang tampil moden kain renda tersebut di lining tapi masih mendedahkan bahagian leher.

Dari situ kami tahu, yang mana ada status hajjah melalui pemakaian mereka. Ada juga yang bertutup sempurna tapi masih boleh di kira dengan jari.

Mel cerita pengalama saja tidak ada niat lain. Orang pinrang juga ramai yang mendalami islam dengan baik, cuma masih ada sebilangan kecil masih mengikuti adat melebihi agamanya.

Bukan ka leher itu sebahagian daripada aurat?? Di manakah keberkatan dari menunaikan haji?? Ada kah pergi hanya ingin gelaran “HAJJAH” itu saja??

Bila kita selalu keluar melihat kehidupan orang di negara lain, maka kita lebih menghargai keistimewaan yang ada di negara sendiri.

Pada yang selalu banyak bunyi pasal menunggu berjam di hospital kerajaan tu, ubahla cara pemikiran,

Kos mereka untuk mendapatkan rawatan sangat tinggi walaupun mereka penduduk tempatan dan bukan mudah untuk mendapatkan ubat secara percuma. Mel masih berbangga dengan health care dan hospital kita.

Ada masa Mel tulis pengalaman anak sakit di luar negara. Apa yang penting makanan mereka semua sedap dan di yakini halal.

Kami mengikuti setiap proses dari sembelihan hingga masak bergotong-royong jadi tidak timbul isu tidak halal.

Pernah juga Mel mengikuti adat mereka yang memghidangkan makanan ke sungai bagi yang ada kembar buaya. Seronok sebenarnya mengikuti adat mereka tapi kadang ia jauh menyimpang dari ajaran agama islam sebenar.

*Minta maaf tajuk tidak sesuai dengan cerita, sengaja tulis tredmark “PALU”

Sekian terima kasih..

Sahabat pena,

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *