Palu Sebelum Tsunami

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Dan terima kasih admin jika tulisan ini disiarkan.

Sebelum meneruskan penulisan ini, mesti ramai yang pernah baca pengalaman saya di “tanah toraja”.

Kali ni Saya bawakan kisah “palu sebelum tsunami”. Sebelum tu minta Maaf jika penulisan ni tidak teratur.

Kisah bermula pada tahun 2010, di mana keluarga saya dapat beli tanah kat palu indonesia.

Oh! lupa nak bagi tau keluarga besar saya kebanyakan buat bisnes import export malaysia -indonesia.

Suatu hari kami dapat tawaran dari penduduk kampung yang ingin menjual tanah kebun dan Arwah mak laburkan hampir semua duitnya untuk proses jual beli tanah tersebut.

Maka bermula perbincangan keluarga ke atas tanah kebun itu.

Oleh kerana kami semua tinggal di malaysia, dan hanya perlu kembali ke indonesia jika perlu sahaja, arwah mak ingin mengaji perkerja untuk menjaga tanah kebun tersebut.

Bermula la kerja kami, mencari yang professional dalam menjaga tanaman cengkeh, lada putih dan kelapa.

Sedang kami sibuk mencari dari satu kampung ke satu kampung, kami di datangi seorang pakcik, dia berkata jika ingin mencari pekerja dia bole bawa ke tempat seseorang yang boleh di percayai dan ramai yang dah mengunakan hikmatnya.

Kami pun bersetuju dan pakcik memberitahu akan datang selepas waktu solat zuhur.

Tepat lepas solat, pakcik tu datang dan kami hanya ikut saja langkahnya. Sewaktu dalam perjalanan kami diberitahu untuk tidak banyak soal, hanya perlu dengar, selepas itu terpulang nak setuju atau tidak.

Sedang asyik melayan permandangan yang indah, kami dibawa melalui lorong yang sempit dan gelap. Hati mula berdebar-debar, bermacam bermain di minda tapi kami gagahi juga.

Dalam 20 minit melalui lorong gelap dan sempit kami sampai di hujung sebuah kebun yang bersih, tersusun dan cantik sangat macam dalam sebuah taman.

Pakcik tu berkata, cantik tak kebun ni?? Kami pun berkata cantik sangat dan berapa upahnya?? Siapa perkerjanya?? Pakcik senyum saja dan berkata sabar sekejap lagi kamu akan berjumpa tuanya.

Rancak berborak, tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki dari arah semak di belakang kami.

Kami pun serentak menoleh dan kami nampak jelas sejelasnya seekor babi hutan menuju ke arah kami.

Masa tu yang terfikir dalam kepala otak nak lari selamatkan tapi di halang oleh pakcik tersebut, dia kata jangan takut Binatang ini jinak.

Dengan peluh yang masih dingin kami nampak jelas binatang tersebut bertukar menjadi manusia dan tersenyum kearah kami. Lantas teringat kata kata pakcik tadi untuk tidak banyak soal.

Pakcik itu menjelaskan, bahawa itu la tuan punya kebun tersebut. Namanya om wan dan jika ingin perkerja yang ingin menjaga kebun,

Dia tawarkan hikmatnya dengan syarat tidak boleh memiliki “momogan”(anak) dan hendakla melepaskan ayam ke laut setiap hujung tahun.

Kami terkedu dan hilang kata.

Seakan faham situasi kami, pakcik pun memberi masa dalam beberapa hari untuk membuat keputusan. Balik la kami dengan seribu persoalan.

Keesokan harinya penduduk kampung gempar dengan cerita kami yang mengikuti pakcik tersebut.

Mereka memberitahu bahawa om wan begitu kerana ilmu hitam yang memakan diri. Dan memberitahu mahluk yang menjaga kebun tersebut tidak di lihat dengan mata kasar tapi dapat di rasa kehadiranya.

Syukur alhamdulilah allah masih jaga kami. Beberapa tahun kemudian stunami melanda palu dan kami tidak terkejut dengan kejadian tersebut.

Sebab mereka masih melakukan ritual adat yang jauh menyimpang dari agama islam. Banyak ritual yang pernah saya tengok sendiri dan jika ada masa saya akan tulis lagi.

Sekian dari saya,

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

2 Comments

  1. sis nanti sambung part 2 panjang2 sikit la.. terkejut scroll da nak abes cite nye.. hehe cite best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *