Palu Sebelum Tsunami II

Untuk part I, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga llUM Confession.. Minta maaf lambat sambung part ll. Saya baru ada kesempatan menulis dan semua komen saya baca, terima kasih.

Banyak juga persoalan yang masih belum terjawab hingga hari ini, ada juga yang komen jalan cerita macam cerita dongeng dan reka hiasan.

Ok saya jelaskan disini.

Saya dibesarkan dibandar, bersekolah dan di kelilingi keluarga, jiran dan kawan yang moden tapi masih berpandukan ajaran agama Islam, memang tidak percaya 100% mistik dan sihir.

Sehinggalah saya di uji mistik di tanah toraja dan palu, manakala di uji juga sihir yang di tujukan kepada adik perempuan saya hanya kerana salah faham (orang yang tidak di kenali).

Melihat sendiri perut adik naik kembung macam orang mengandung (seiring air laut pasang ), menggigit lidah sehingga hampir putus dan mukanya berubah kehitaman cukup membuatkan saya truma (panjang ceritanya).

Semua berakhir dengan pertolongan dari kenalan seorang pakcik juga berasal dari Indonesia.

Berbalik pada cerita palu sebelum tsunami part l, keluarga saya tidak menerima pelawaan om wan kerana ia menyimpang dari ajaran agama Islam,

Dan syaratnya harusla tidak mempunyai momogan (anak) sedangkan anak saya baru berusia 3 bulan, jadi maksudnya saya kena korbankan anak la (ni kerja gila).

Di Indonesia perkara mistik, sihir dan pemujaan masih wujud sampai ke hari ini.

Ingat lagi tahun 1995 arwah bapa balik untuk panen cengkeh bersama adik ke palu, dua minggu di sana tiba pernerbangan balik ke Malaysia, adik saya tak nak ikut seolah – olah tidak mengenali arwah bapa,

Maka heboh la sekampung dan tiket penerbangan pun hangus. Arwah bapa call arwah mak bagi tau apa yang berlaku sehingga terlepas penerbangan dan arwah mak cadangkan cari orang kampung yang pandai berubat.

Rupa-rupanya adik saya terkena “rantai sapi” iaitu ilmu yang di gunakan untuk memanggil haiwan ternakan balik tanpa perlu menggunakan tenaga

(ilmu ini selalu dipergunakan oleh penternak haiwan peliharaan, bila haiwan tersebut melihat tuanya balik, automatik mereka akan terus ikut balik).

Dalam kampung itu ada seorang yang menggunakan ilmu tersebut, dia juga yang mengubati adik saya, kejadian itu berlaku waktu senja tanpa sengaja adik saya lalu kat belakang pakcik tu.

Di palu juga masih ramai yang mengagungkan adat mereka dari agama, setiap hujung tahun kepala lembu akan di hanyutkan ke laut untuk menolak bala, meminum darah haiwan juga masih di lakukan, aktiviti pemujaan kubur lama juga aktif sampai sekarang,

Pernah ada kematian hampir semua warga lelaki tidur di perkuburan selama seminggu demi menjaga mayat dari kena curi, dan yang paling lucu, kubur upin dan ipin pon ada kat sini hahaha.

Tidak kurang juga dengan sihir masih berleluasa, kadang berkeluarga pun main sihir.. Ada seorang pakcik ni dia boleh genggam telur hingga masak dalam masa beberapa minit saja…

Saya pun bergurau “pakcik nak la ilmu ni tong gas kat kuala lumpur mahal” dia jawab “tak payah nak “ilmu ni panas sekali kau pakai seluar dalam sehelai pon ko tak mampu tukar. Tersentak mendengar pakcik tu berkata kata.

Sewaktu kejadian mencari pekerja untuk tanah kebun, banyak juga kejadian mistik selama sebulan kami berada di sana dan arwah bapa juga perna bernazar sekiranya cucunya lahir perempuan dia akan buat akikah di palu dan belikan barang kemas.

Kisah pertama

Mengisahkan om wan, dan tanah cengkih ni sudah kami jual awal bulan tujuh 2022, dan ada beberapa lagi belum terjual kerana tidak sesuai dengan harga pasaran.

Kisah kedua

Sewaktu kami nak buat majlis akikah anak, semua orang kampung sibuk mengali lubang untuk sembelihan, kami pun bertanya kenapa begitu?

Orang kampung pun bagi tau, tak boleh biarkan darah sembelihan begitu saja, takut ada yang datang dari gunung sebelah (saya masih tak faham lagi waktu ni).

Sehinggalah waktu malam menjelma, kami dengar dengan jelas bunyi ayam yang sangat kuat macam ada yang mahu menangkapnya,

Terus arwah mak ambik lampu suluh dan buka pintu, sekali arwah mak suluh reban, seekor ayam pun tidak ada, apa lagi berlari la arwah mak ke dalam rumah. Kejadian ni dalam jam 8 malam.

Kisah ketiga

Sewaktu bulan mengambang minggu pertama kami sampai, adik yang berumur 5 tahun terbangun jam 2 subuh, dia cakap ternampak orang terbang dan duduk di atas syiling rumah (kami tidur dalam bilik).

Apalagi berebut berlari ke ruang tamu sambil tutup mata (kat ruang tamu ramai ahli keluarga tidur habis semua kami pijak hahahahaha).

Rumah mereka dibina dari kaca jadi terang dan jelas kalau tengok dari dalam hanya guna langsir kalau malam.

Kisah keempat

Kedatangan kami seramai 15 orang membuatkan orang kampung berasa seronok dan gembira, kami di raikan macam keluarga sendiri. Ada satu hari tu mereka dapat menangkap seekor payau (rusa) dan buat acara makan makan.

Bermula la acara gotong royong memasak dengan jiran, tuan rumah dan arwah mak ambil bahagian mencuci pinggan mangkuk dan periuk sambil bergurau senda (tempat mencuci di luar rumah).

Tiba-tiba beberapa ekor anjing peliharaan tuan rumah bergaduh dan sangat bising, arwah mak anggap tu perkara biasa saja sambil sambung bergurau senda,

Tanpa di sedari anjing anjing tadi terlalu dekat ke arah tempat mereka mencuci pinggan, niat tuan rumah dan arwah mak nak leraikan pergaduhan anjing tersebut,

Sewaktu tuan rumah dan arwah berdiri mereka ternampak bulu anjing anjing tersebut kembang terpacak satu badan sambil bergonggong dan berundur seperti berlawan dengan sesuatu.

Tiba-tiba tuan rumah menjerit “lari!! Semua masuk dalam rumah”, kami apalagi satu rumah berpeluk macam dalam peperangan.

Rupa-rupanya arwah mak tanpa sengaja membuang perut payau dan hampasan kelapa kebelakang semak tempat mereka mencuci pinggan, dan tuan rumah bagi tau dia ternampak ada lembaga hitam berbulu lebat menuju arah mereka mencuci pinggan.

Inila pengalaman teruk yang pernah saya lalui hingga berat badan saya susut dari 50kg ke 40kg disebabkan kurang tidur, takut dan stres.

Kejadian ini bukan setiap hari berlaku selama sebulan kami di sana. Teruk saya kena di tanah toraja, teruk lagi di palu. Tapi serius kampung ni sangat cantik damai dengan air laut yang hijau kebiruan tapi menyimpan seribu rahsia.

Lain kali ada masa saya tulis lagi tengtang “anak gadis bunuh diri diusia 15 tahun” dan pengalaman suami pergi memancing terjumpa “sesuatu” sebenarnya banyak lagi saya nak kongsi tapi sampai di sini dulu.

Sahabat pena,

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *