Palu Sebelum Tsunami IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-iii/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Confession. Terima kasih sudi baca confession Mel. Tergelak besar Mel baca komen mengatakan 2023 baru dapat baca sambunganya.

Jangan risau ada masa Mel tulis ya. Yang nak lebih detail tu, Mel minta maaf tak dapat tunaikan… eee sebenarnya banyak lagi nak kongsi, tapi tu la masa terhad dan mungkin ini penulisan yang terakhir.

Palu ni bersempadan dengan manado yang hampir 95% bukan beragama islam, ada juga yang tidak mempunyai agama, tidak mempercayai tuhan dan ada yang berkahwin islam dengan non muslim tanpa convent (kawin campur).

Mel tidak pernah memandang rendah pada mereka kerana bukan salah mereka, cuma dakwah tidak sampai dengan sempurna. Alim ulamak indonesia juga berperang dengan islam liberal yang menormalasasikan semua benda tanpa mengikuti ajaran islam yang sebenar.

Lihat saja pada artis mereka yang tidak segan silu bercium, berlaga pipi antara lelaki dan perempuan, minum alkohol ibarat macam air mineral dan yang islam membela anjing sebagai pet.

Astagafirulahalazim… mereka sepatutnya menjadi idola dan contoh yang baik kepada masyarakat, pengaruh mereka cukup kuat, lihat saja ada juga beberapa artis malaysia yang telah mencipta nama disana, bertatoo hampir keseluruhan badan padahal dia juga beragama islam.

Bukan semua yang beragama islam begitu hanya 50% saja tapi itu adalah angka yang besar, Kampung pelacuran terbesar juga terletak di surabaya Jawa timur yang di beri nama Dolly,

Sempena nama mak ayam yang membuka kampung pelacuran tersebut, pelanggan memberikan nama kampung tersebut sebagai “kampung cinta” ia menyajikan gadis-gadis bawa umur dan masih bersekolah,

Mereka berkerja sebagai pelayan seks yang di restui oleh orangtuanya untuk menjajakan diri di rumah mereka sendiri (kampung ni telah di tutup beberapa tahun lepas).

Berbalik pada cerita palu, ada beberapa buah rumah juga yang langsung tidak terusik, padahal tanah bergerak hingga memindahkan beberapa buah rumah ke perkampungan yang lain,

Menerusi perkongsian warga kampung situ, mereka adalah orang yang rajin mengaji, tadarus dan sentiasa menderma.

Ada cerita juga di mana seorang pemuda yang tertimbus lumpur selama tiga hari bersama seekor kambingnya, mereka dapat di selamatkan dan kambing itu sentiasa mengekorinya setiap masa hingga ke hari ni tanpa curlas. Menurut mereka kambing itu hanya ingin membalas jasa tuanya.

ANA… Si Gadis Desa.

Ana seorang gadis yang berusia 15 tahun ketika itu dan mempunyai seorang abang. Mereka dua bersaudara saja.

Mereka juga di kenali dengan keluarga yang berada, kerana mempunyai beratus-ratus hektar tanah dan perniagaan. Keluarga Mel mengenali ibubapanya atas urusan perniagaan.

Ana seorang gadis yang lincah, rajin dan peramah membuatkan dia mudah didekati, tetapi Ana ada masaalah rendah diri, dia selalu cakap dia tidak seperti kawan seusianya yang lain.

Ana mempunyai sejenis penyakit dimana rambutnya tumbuh jarang sehingga menampakan isi kulit kepalanya.

Dia menerima genetik ini dari ayahnya, kerana ayahnya juga seperti itu dan mereka normal seperti orang lain (sejenis penyakit ini, semua muka hampir sama walaupun tidak ada pertalian saudara).

Empat hari sebelum kami sekeluarga betolak ke indonesia, Ana ada call nak ole-ole dari malaysia, katanya nak sepatu (kasut) dan kelengkapan kecantikan, nasib sempat juga shopping. Arwah bapa sangat menyayangi Ana dan Ana sangat manja dengan arwah mak.

Dua hari sebelum penerbangan, kami di kejutkan dengan berita mengatakan Ana meninggal bunuh diri, dengan meminum racun serangga,

Sebelum ni Ana perna juga ingin membunuh diri dengan cara mengantung diri tapi nasib masih menyebelahi, kayu tempat tali itu di ikat, patah dan dia terselamat. Arwah bapa dan mak sangat kecewa dengan berita tersebut, seharian tak lalu makan.

Tiba la kami di palu pada hari ketiga arwah Ana pergi meninggal kami, semua orang kampung bergotong-royong untuk menjamu tetamu yang datang untuk tahlil malam itu.

Orang tua Ana adalah orang yang paling sedih kerana mereka terlalu lama menunggu kehadiran Ana, mereka berubat ke sana sini hinggala ibunya berjaya mengandungkanya.

Selesai majlis tahlil, bapa arwah Ana meminta tolong, supaya Mel tinggal dan temankan isterinya yang masih berduka dan murung, kadang tanpa sedar isterinya berjalan hingga sampai ke kawasan perkuburan (abang Ana tinggal di negeri lain).

Beberapa hari tinggal bersama, tidak ada yang pelik semuanya berjalan dengan lancar, masuk hari kesembilan tinggal bersama, satu-satu perkara pelik berlaku dalam rumah tersebut.

Setiap magrib ibu kepada arwah Ana akan menyediakan segelas susu dan beberapa pinggan makanan kegemaran arwah Ana, lalu membawa masuk kebilik arwah Ana sambil meraung menagis,

Pada mulanya, Mel anggap itu perkara biasa saja, sehinggala satu hari Mel rasa seperti sedang di perhatikan, tetapi tidak ada sesiapa di dalam rumah tersebut, kecuali kami berempat iaitu ibubapa arwah Ana dan Mel bersama anak perempuan yang berusia 3 bulan.

Perkara ini berlarutan selama 3 hari dan Mel hanya mendiamkan diri, beberapa hari tinggal bersama, Mel tidak perna balik ke penginapan keluarga Mel padahal jarak hanya beberapa minit saja, entah mengapa perasaan malas datang sampai mandi pun Mel rasa malas.

Oleh kerana dah berapa hari tak berjumpa, adik-beradik dan suami Mel datang melawat sambil membawa kad kartu untuk menghilangkan rasa boring. Alangkah gembiranya kami bergurau dan bermain game hingga ke azan zohor.

Setelah selesai solat kami makan tengahari bersama sambil bersembang tentang aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang berada di sana.

Tiba-tiba perasaan seperti sedang di perhatikan hadir lagi, tetapi Mel masih buat biasa saja dan mengajak adik perempuan untuk temankan tidur pada malam itu, dan dia bersetuju, sementara menunggu azan asar, adik tertidur, setelah penat bermain pelbagai game.

Tiba-tiba dia terbangun, secara mengejut lalu mengemas semua barangnya dan kelam kabut pulang ke penginapan kami tanpa sepatah perkataan, puas Mel tanya tetapi dia hanya diam membisu.

Tinggal la Mel tidur berdua dengan anak, kerana suami dan bapa arwah Ana, ada aktiviti kelaut pada waktu malam.

Tengah malam tu, Mel tak lena tidur dan terbangun kerana mendengar seakan-akan dinding di cakar, Mel berusaha juga menutup mata sambil membaca pelbagai doa pendinding.

Oleh kerana semalaman sukar tidur, pagi itu Mel terlewat solat subuh, selesai solat baru Mel perasan, anak perempuan Mel tidak ada di atas katil tempat kami tidur, kelam kabut la Mel mencari,

Rupanya mak arwah Ana ambik dan bawa pegi jalan pusing keliling kampung, ambik angin pagi katanya.

Tahap kesihatan Mel mangkin merosot, setiap hari Mel rasa malas, lesu dan tidak bermaya seperti orang sakit, dan arwah mak Ana la yang membantu menjaga anak Mel, malah anak mangkin rapat dan manja dengan beliau.

Mendengar keadaan Mel yang tidak sihat arwah bapa dan mak datang membawa Mel pulang ke penginapan tanpa pengetahuan bapa arwah Ana, malam tu juga dia datang ke penginapan kami dan merayu meminta supaya Mel balik kerumahnya.

Arwah mak memberitahu nanti da sihat boleh la Mel temankan mereka lagi. Yang menjadi persoalan? Mel sihat cerdas saja bila sampai ke penginapan kami.

Tanpa rasa putus asa, esoknya awal pagi lagi arwah bapa Ana datang untuk membawa Mel balik ke rumahnya tetapi Mel tolak dengan cara baik, Mel bagi tahu nanti nak balik kuala lumpur, Mel akan datang bermalam lagi, balik la dia dengan hati yang kecewa.

Semasa kami di sana hampir setiap hari hujan turun dengan lebatnya, sampai kami kehabisan stok pakaian harian di sebabkan ketiadaan matahari.

Suatu hari Mel perasan baju baju anak perempuan Mel banyak yang hilang terutama tuala, Mel bawa 3 helai semuanya hilang dan tinggal sehelai saja, seluar dalam pun begitu juga hilang tanpa di kesan.

Tinggal beberapa hari sebelum pulang ke kuala lumpur, Mel tunaikan janji akan bermalam di rumah arwah Ana, macam biasa layanan mereka sangat baik pada kami, sehingga la satu hari selepas solat subuh,

Masih tergiang lagi di telinga kata-kata bapa arwah Ana kepada Mel, bahawa dia berkenan dengan anak perempuan Mel. Dia mengatakan Mel masih muda, masih bole bersalin lagi dan mereka laki bini bukan ambik tapi tolong jaga saja.

Mereka juga memujuk sambil memberitahu nanti bila anak Mel berumur 12 tahun boleh la datang ambik untuk membuat kad pengenalan diri, terkedu hilang kata-kata Mel di buatnya. Puas Mel menolak dengan pelbagai alasan tetapi mereka berkeras nak juga.

Permintaan ini sampai ke telinga arwah mak dan ketua kampung, mereka datang memujuk dan berjanji bahawa kami akan datang melawat lagi, barula mereka bagi balik anak Mel.

Selesai kemas barang dan bag kami bersembang di tepi laut sambil melayan angin malam, adik melihat kelibat susuk orang tidak dikenali sedang mengintip gerak gerik kami.

Adik berbisik sambil membuat isyarat senyap dan mengajak balik ke penginapan. Sampai saja adik menceritakn kenapa dia tergesa-gesa balik dari rumah arwah Ana,

Sewaktu dia terlena dia terasa satu nafas di telinganya seperti berbisik memanggil namanya sebanyak tiga kali dan dia berasa seperti ada seseorang sedang memerhati, ingatkan saya saja yang berasa diperhatikan.

Rupanya ibubapa arwah Ana membuat aktiviti pemujaan dengan memberi makan pulut kuning, ayam kampung, telur dan menyalakan lilin di dalam bilik arwah Ana, pakaian arwah Ana di asap atas kemenyan untuk memanggil roh anak mereka.

Patutla hampir setiap malam asap penuh di dalam rumah. Aktiviti ini tidak asing bagi mereka tapi pada kami ia satu pengalaman menakutkan dan sentiasa berfikir bagaimana dengan akidah mereka?.

Disini banyak pengajaran yang kami dapat, mungkin ia tidak la seindah macam pengalaman orang lain, tapi kami masih bersyukur di lahirkan di malaysia dan menjadi warganegara malaysia.

Sahabat pena,

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *