Palu Sebelum Tsunami V

Untuk part I, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/palu-sebelum-tsunami-iv/).

Assalamualaikum warga IIUM Confession dan terima kasih yang tak terhingga pada admin kerana siarkan confession ini lagi..

Sebenarnya bukan tak nak sambung cuma masa terhad takut kan terlajak pula ke tahun 2024 hahahaha… tapi Mel kena buat juga yang ni di sebabkan ia penting dan ia menjadi darah daging kita.

Sebelum tu biar Mel jawab segala persoalan di sini. Mel orang malaysia dan berulang-alik ke indonesia atas urusan perniagaan.

Untuk yang bertanya macam mana selepas tsunami tu adakah mereka masih mengamalkanya?

Ya sehingga hari ini, masih ada sebilangan besar yang masih mengamal, sebab ia sudah menjadi adat turun temurun mereka. Malah ia di angkat sebagai tahun melawat palu. Ada yang bertanya masih hidup ke kenalan Mel ni selepas tsunami?

Ya masih hidup tapi ramai yang kehilangan ahli keluarga, kerosakan harta benda dan ada yang hangus terbakar, sebab waktu goncangan itu berlaku, ada di antara mereka sedang memasak untuk makan malam.

Dan untuk anak Mel alhamdulilah tidak mendapat sebarang gangguan mistik, mungkin atas doa pendinding yang selalu Mel amalkan sebelum tidur dan sebelum melangkah keluar dari rumah.

Pada yang tidak percaya dan mengatakan cerita dogeng, terserah! Mel tidak paksa untuk percaya,

Yang sudah bosan asyik cerita bersambung dan tak detail, inshaallah mungkin ini yang terakhir dan kalau nak tahu rutin mereka, cubala masuk chanel tv atau berita dari negara mereka, segala kejadian yang tidak masuk akal berlaku terutama kes pembunuhan dan kes r*gol.

Tujuan tulisan ini bukan la ingin mencari salah dan memburukan negara jiran kita, tidak sama sekali. Cuma ingin berkongsi pengalaman dan rasa saja. Mereka juga baik, sopan dan menghormati kami sebagai orang luar.

MAKANAN di Indonesia…

Ingat tak Mel pernah pergi Tanah Toraja.. Dari malaysia to makassar 3 jam lebih penerbangan tanpa transit. Ini kali pertama Mel menjejakan kaki ke bumi makassar.

Selesai urusan bagasi kami sekeluarga mencari tempat makan sebelum meneruskan perjalanan yang jauh, macam dari kl ke kelantan.

Pusing-pusing jumpa la satu restoran menhadap laut, view pun cantik tanpa rasa was was kami pun duduk sambil tunggu pelayan datang ambik order.

Ok oder la kami nasi goreng ayam, nasi goreng daging dan nasi goreng seafood. Sebelum tu Mel tanya dulu halal ke? Sebab ada yang memakai tudung.

Adik manis tu cakap halal kak, jangan risau, 20 minit kemudian sampai la nasi goreng kami, alangkah kecewanya kami dengan rupa makanan tersebut, bukan la tidak mensyukuri nikmat tapi jauh dari expection yang sebenarnya.

Bayangkan nasi tu di goreng sekali semua cuma yang membezakan sebab dia letak ayam, jadi nasi goreng ayam, letak daging jadi la nasi goreng daging begitu juga dengan seafood. Suami terus cakap takpe, makan apa yang ada dulu nanti kita cari restoran lain pula.

Baru nak suap sesudu nasi goreng, tiba-tiba pelayan tadi tersandung meja sebelah kami, apa yang buat kami terkejut rantai salib yang dia pakai terkeluar dari tudungnya.

Terus terbantut nak makan, suami bayar dan terus keluar mencari restoran lain, dah la Mel terlalu lapar, sampai kena gastrik yang teruk juga.

Selepas itu kami dah serik, kalau nak makan, suami akan pastikan makan ikan bakar saja, kita pilih ikan kegemaran dan depan mata kita, mereka akan bakar.

Berhati-hati juga jika ingin makan bakso di Jakarta, yang perna pegi, adakah kamu perasan tidak ada seekor tikus yang berkeliaran di sana? Mana pergi semua tikus tersebut?

Untuk menjimatkan kos mereka akan menangkap tikus dan biawak untuk di jadikan bakso (tidak semua yang bertudung itu muslim).

Padahal Jakarta juga sangat kotor dengan pengemis yang membuat rumah di bawa jembatan sama macam di negara kita. Pernah juga viral restoran yang memasak daging anjing dan babi,

Tapi mereka memberitahu bahwa itu adalah daging lembu, dan yang paling sedih, mereka telah menjual kepada orang muslim, dan pengusaha restoran itu juga muslim.

Jika ingin ke Indonesia pastikan cari yang betul-betul halal. Di sana tidak ada jakim yang pantau macam di negara kita, kadang risau juga dengan bahan makanan mereka. Begitu juga jika ingin ke bali, pastikan cari tempat yang tidak was-was.

Bagi kami yang selalu berulang-alik ke Indonesia, sudah masak dengan selok belok mereka, jadi sekiranya kami ingin kesana, keluarga Mel hanya makan buah-buahan, ikan bakar atau membeli bahan mentah untuk di masak sendiri.

Begitu juga dengan tukang seluk saku, mereka sangat pakar dalam membuat kerja, dan pastikan anda tidak berkeliaran di waktu malam.

Sekian terima kasih.

Sahabat pena,

– Mel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *