Panas Baran & Keliru

Aku Bunga. Berkahwin memasuki 7 tahun perkahwinan, seorang anak,

Mempunyai seorang suami yang kuat bekerja, rajin tolong uruskan hal anak, dari segi harta provide apa yang aku nak dan yang sepatutnya tetapi PANAS BARAN. Ya, panas baran yang memakan hati aku.

Panas baran yang pernah hampir meragut nyawa aku. Dia tidak lah 24 jam baran. Waktu biasa dia bercakap normal, cuma apabila baran tiba… seperti orang hilang iman.

Aku cuba bawa dia untuk rawatan. Tapi berunding dengan manusia panas baran tidak semudah disangka.

Dulu, aku akan lawan apa yang dimarahkan. Menyedari ianya tidak menyelesaikan masalah, aku pilih untuk berdiam di setiap baran nya.

Punca baran nya boleh jadi pelbagai punca. Dahulu, aku pilih untuk memujuk dan berusaha perbaiki rumah tangga ini. Sekarang aku hanya redha dan tinggal hanya bertahan.

Luluh hati aku, aku dimaki, ditengking depan anak. Sedih.

Aku tak nafikan suami ku seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap nafkah. Cuma, baran menjadi masalah. Sebelum nikah, aku tak tahu dia baran.

Yang membuat aku keliru apabila aku mempunyai seorang sahabat baik lelaki sejak sebelum bernikah. Tidak lah kerap berhubung cuma dua atau tiga kali setahun.

Status sebagai isteri dan zaman covid memisahkan kami bertahun2. Cuma kadangkala berwassap bertanya khabar diri dan perkembangan kerjaya. Tiada perasaan apa-apa. Cuma Kawan.

Dunia kembali seperti sediakala. Setelah covid, urusan kerja menemukan kami. Dia tak berubah apa-apa. Masih bujang seperti dahulu.

Aku pon tak tahu apa ditunggu, tiada teman wanita sehingga kini. Cuma setahu aku pernah ada seorang, itu pun sudah lama putus atau mungkin jodohnya masih sesat.

Lagak caring nya sama sahaja seperti kawan. Tidak pernah mengambil kesempatan. Hormat aku sebagai wanita dan selalu berpesan dahulukan suami aku.

Mungkin aku yang berubah perasaan. Apabila dia berlembut dengan aku, sedia mendengar masalah aku, bertanya khabar aku, aku mula membandingkan dia dengan suami ku.

KENAPA suami ku tidak lembut dan caring seperti dia. Kenapa suami ku selalu menyakiti fizikal dan mental ku. Sehingga aku takut hendak berborak dengannya.

Takut salah cakap, maki yang dapat. Hubungan kami lebih bercakap soal anak. Paling aku rasa berdosa aku pernah berfikir, kenapa bukan kawan baik aku yang menjadi suami aku.

Aku sedar ini suatu kesalahan. Maka, setiap hari tanpa putus aku berdoa agar suami ku berubah. Tanggungjawab sebagai isteri aku buat, masak, jaga anak, kerja, mengemas.

Kadang2 aku berfikir, yang aku kenal kawan baikku cuma luaran, yang caring yang lembut cuma luaran.

Maklumlah, kita takkan kenal pasangan selagi tak tidur sebantal. Dalam tahajud aku berdoa agar Allah memegang hati aku pada yang tepat dan halal.

Terima kasih atas pendapat kalian. Doakan aku atas ujian ini. Jika semua indah, tidaklah namanya kehidupan. Kan…

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *