Pandai Baca Al-Quran Akhirnya

Assalamualaikum. Sekarang pukul 7.17 malam. Aku baru lepas lipat kain. Rehat jap sambil dengar zikir zikir dari tv AlHijrah. Favorite channel mak aku ni. 

Sambil sambil lipat tadi, aku pun terikut baca zikir macamni sebab selalu hafal masa dekat asrama. Jadi dah terikut ikut eh. Sorry eh kalau cerita ni sedikit panjang. Ah takpe baca jela, kalau rajin hahahaha.

Sambil zikir, kan ada surah surah. Aku pun cam mulut auto baca gitu. Tiberr aku teringat perjalanan macammana aku boleh tahu mengaji.

Aku sebenarnya… tak sekolah agama dan tak ada kelas mengaji. 

Kawan kawan aku lain budak kampung lain semua majoriti masuk sekolah agama. Aku jer terbabas.

Reason sebab dekat sekolah agama tu dekat dengan kuburlah, aku takutlah masuk. Kadang fikir macam tah pape tah alasan hahaha. 

Tapi… apa impak tak sekolah agama dan tak ada pendidikan formal agama? Aku tak boleh baca surah dan aku tercicir bab tilawah dengan tajwid masa exam. 

The thing is aku lepas muqadaam buku 2. Hahaha. Setakat alif di atas aa, ba wa bu tu semua aku tahu. Tapi full sentence quran tu aku tak tahu.

Aku sangat sangat struggle. Aku agak performed bab akademik. Tapi aku tak boleh bab agama walaupun bab bab hafalan adab2 lepas. Tapi bab surah quran ni… aku failed. Ni kisah darjah 4 lah. Sampai ada budak2 kelas pelik aku tak boleh baca. 

Eye opener moment bagi aku adalah bila kawan aku time exam tolong aku ala bab urutan ayat dalam tu an. Balik tu aku nangis. Sebab aku solat pun tak reti.

Parents aku… jarang ada dekat rumah sebab kerja shift. Tak ada siapa ajar aku solat ngaji semua. Jadi aku rasa kekurangan yang besar. Sunyi tak perlu cite ah kan.

Satu hari aku cakap, ma ajarkan adik solat boleh? Masa tu aku darjah 4. 

Mak aku belikan buku panduan solat ada tulisan rumi dengan surah2 yang ada rumi tu. Aku seronok wehhh. Hari hari hafal.

Aku siap buat nota kecik dalam rumi doa sujud tampal depan almari. So bile aku praktis solat, aku boleh pandang nota tu. 

Pastu pastu bila aku dah pandai aku solat sebelah mak aku. Tahu tak apa rasa dia…. Perasaan dia Allah je tahu, Allah je tahu.. Allahuakbar. Ingat balik pun nangis huwaaa.

Then ada buku surah. Aku cuba hafal surah surah tu. Kebetulan surah tu pun di ajar untuk darjah 5 dan darjah 6. Impaknya lagi, aku dapat full mark paper agama. 

Orang yang kutuk aku tu cakap, eh “macammana kau boleh dapat A, kau kan tak sekolah agama”. Thankkk youuu sangat sangat kutuk aku first timeeee. Kalau tak kerana kau mesti aku tak macamni.

Tapi.. aku masih masih tak reti baca quran. Darjah 6 kan habis UPSR kan masa senggang kan, jadi biasa ustazah ajak tadarus. Aku menggigil weh sebab aku tak reti baca. Pastu balik nangis.

Jadi aku dah tak tahan sepanjang aku form 1-3 tu, aku beli buku muqaddam bukak youtube belajar sendiri. Tak da guru. Aku setiap petang or ada masa akan cuba gile baca sendiri sampai aku boleh baca. SAMPAI AKU BOLEH BACA.

Kemuncak cerita aku adalah, masa aku start masuk Teknik. Disitulah… disitulah satu tempat yang aku banyak habiskan masa first time baca zikir.

Aku yang tak pernah zikir gila2 boleh plak zikir ramai2 sampai tertidur sebelah bahu member haha. Dan aku mula bukak quran. 

By this time aku merangkak lagi. Tapi aku dah boleh baca. Sampai at one point aku kene panggil untuk masuk pertandingan tadarus hanya sebab aku kerap kat surau tu baca quran. 

Tapi bacaannya tak berapa la an hahaha sampai kene tegur dengan ustazah sebab tajwid ke laut. Aku kerap dengar Youtube so dah terikut cara baca surah tu. Dapat surah lain kantoi la an huhu.

Fast forward, masa aku dekat U, aku saja ambil kelas Tilawah. Nak betulkan maghraj aku. Kelas tu simple gile. Betulkan huruf je.

Dekat situ siap ada pakai purdah, tudung labuh, budak fakulti pengajian Islam semua mcm rupa2 aku la kan tapi ada yang tak pandai mengaji tak kenal huruf. 

Aku rasa humble gile sebab aku ada geng. Aku selalu ingat selama ni aku yang tercicir dalam kelompok aku. Bila ramai ramai ngaji sama dengan aku, aku rasa macam Allahu/ aku tak keseorangannn.

Sekarang di usia 30 an ni, aku dah khatam weh. Bayang eh aku tak pernah khatam, tak pernah mengaji formal.

Aku ada panggil ustaz datang rumah ajar aku mengaji. Masa tu duit memang tight gila tapi fikir dah smpai masa. Habis aku khatam tu memang menangis la aku.

Allahu akhirnya aku khatam. Aku kenal huruf kitab sucimu dan aku dapat peluang mengaji dalam Masjidil Haram. Aku… yang tak de pendidikan agama penuh. Tak pernah masuk sekolah agama. Belajar mengaji sendiri. 

Aku yang bukan dalam golongan orang senang. Tapi aku bersyukur Allah bagi aku peluang dapat mengaji sebab aku memang mencari.

Buat korang semua, jangan malu kalau merangkak atau tak reti baca. Sekarang banyak sumber ada.

Aku sampai malu gak lah dengan orang orang Palestin. Dalam keadaan kene bomb dorang masih mengaji tepi jalan, dekat dalam rumah.

Aku plak sibuk cari masa nak mengaji. Jom gais mengaji. Insyaallah doakan usaha korang pun dimudahkan. Aamin!

– Mariah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *