Hai. Aku kenalkan diri aku sebagai Mary. Aku dah kahwin lebih 4 tahun so korang boleh agak2 jelah umur aku berapa. Aku tak nak bagitahu pasal diri aku in detail nanti orang tahu pulak siapa aku. Haha.
Perkahwinan aku alhamdulillah bahagia. Dapat suami yang bertanggungjawab, rajin dan seorang suami dan ayah yang baik untuk anak2 kami.
Suami aku jugak merupakan anak dan menantu yang baik. Mak mertua (MIL) dan bapa mertua (FIL) aku pun sangatlah baik orangnya.
Apa yang aku nak ceritakan ni bukan nak memburukkan sesiapa, sebab takde sesiapa pun yang buruk dlm cerita ni. Cuma just nak kongsi hakikat je yang tiada manusia sempurna.
Aku ni boleh dikatakan perfectionist orangnya. Perfectionist tak sama dengan OCD ya. OCD ni penyakit mental yang perlukan rawatan.
Aku ni jenis pengemas dan sentiasa nak pastikan semua benda perfect especially bab kekemasan rumah. Rumah aku, aku akan pastikan sentiasa bersih dan kemas tapi setakat mainan anak sepah2 tu biasalah.
Anak2 aku tak halang untuk bermain sebab aku boleh sentiasa kemas semula lepas diaorang siap main.
In fact, anak aku yang umur 3 tahun pun dah pandai kemas mainan dia sendiri lepas main sebab selalu nampak aku kemas.
Cuma aku tak suka rumah yang berhabuk, cluttered dan ada tahi cicak. Haha. Aku akan pastikan bahagian dalam kabinet dan wardrobe semuanya kemas dan organized. Aku tak suka simpan barang2 yang tak digunakan.
Yang mana elok aku akan bagi orang, yang tak elok aku akan buang stp kali kemas. Kalau cuci tandas aku bukan setakat cuci dalam mangkuk tandas je, tapi aku tonyoh dan berus setiap pelosok dan celah2 mangkuk tandas, dinding dan lantai.
Perkakas2 dapur pulak macam periuk nasi, blender, penapis air, yang mana asalnya putih, mesti kekal putih, bukan kuning atau berdaki.
Bagi aku benda ni common sense yang semua orang kena ada. Tapi let’s be realistic. Aku tahu ramai yang standard hygiene tak sampai macam ni dan aku ok je asalkan rumah tu masih nampak teratur dan bersih.
MIL aku ni suka memasak orangnya, tapi tak rajin mengemas. Suami aku selalu ajak balik rumah parents dia bila free dan aku on je. Rumah MIL dan FIL ni bukan kotor, masih dalam kategori selesa la (kalau dijaga dengan baik).
Ada aircond, lantai masih ber-vacuum dan bermop. Diorang bukan pengotor, cuma lebih kepada tak pandai mengemas. Rumah nampak cluttered, berhabuk dan err.
Dulu masa mula2 kahwin, setiap kali balik rumah MIL dan FIL, aku mesti akan kemas rumah diaorang bila dapat green light. Aku akan kemas dan cuci peti ais. Buang segala mak nenek makanan yang dah busuk dan expired dalam peti ais tu.
Kalau buka peti ais tu memang dah takde ruang untuk letak apa2. Macam tu jugaklah dengan kabinet dapur dan almari baju.
Dulu aku selalu tolong lipatkan baju2 yang berlonggok dalam bakul. Kabinet dapur aku keluarkan semua barang, lap dan susun style KonMarie (kalau korang follow Marie Kondo korang tahulah apa tu KonMarie Style. Hehehe.
Tapi usaha aku tu sia2 je sebab setiap kali balik sana, aku tengok keadaan jadi macam asal. Aku rasa maybe sebab diaorang sejenis hoarders. Jenis suka beli barang banyak2 pastu sumbat dalam kabinet.
Yelah, aku tengok kalau sabun pencuci tu sampai ada 5-6 botol baru yang belum bukak. Belum barang2 lain lagi. Pastu barang2 lama memang diaorang sayang nak buang.
Aku pernah buang sudu2 dan pisau lama yang dah berkarat kat dapur. Tu pun puas pujuk untuk buang dan aku gantikan dengan sudu baru. Atas kitchen table top pun banyak tahi cicak.
Yelah, macam mana nak lap kalau terlalu banyak barang atas tu. Dalam bilik air pulak sampai takde tempat nak letak barang atas sinki sebab dah terlalu penuh dengan botol2.
Aku nak buang tapi takut kena marah. Kalau balik sana setakat 2-3 hari aku ok je, kalau lebih dari tu aku jadi jammed jugaklah.
Otak aku jadi berserabut dan aku takde mood nak buat apa2. Nak tolong kemas pun aku dah malas dan risau jugak MIL aku terasa kalau aku buang barang2 dia.
Bila MIL dan FIL datang rumah aku, aku suka diaorang jadi tetamu. Maksudnya berehat, santai2 dan main dengan cucu. Aku tak suka bila MIL take charge dapur aku.
Kalau sikit2 takpe, tapi imagine sehari minimum 4 kali masak.. selalunya dapur tu memang takkan sempat kemas langsung.
Dan end up the whole day kitorang (aku dan MIL) akan spend dekat dapur je memasak sampai berjenis2 lauk (yang selalunya tak habis dimakan pun). Aku suka bila orang datang rumah, biar aku yang masak kat dapur aku.
Sebab aku dah biasa masak dengan cara teratur dan aku akan akan make sure everything is in control. Aku pun bukanlah jenis gagah nak memasak the whole day. Banyak benda lain lagi aku nak buat.
Aku rela mengemas sehari suntuk dari memasak. Tapi kalau dah tetamu masuk dapur, takkan aku nak biar je.
Nak tak nak kena masak jugak. Biasanya pagi2 dalam pukul 7am camtu masak sarapan. Pastu nanti 10am akan ada goreng2 macam pisang atau cempedak goreng. Pastu 12pm nanti start masak lauk makan tengahari.
Petang buat kuih atau kek. Pastu malam masak lagi buat tambah2 lauk. MIL aku tak suka sangat makanan beli atau makan kat luar.
Bila diajak makan luar memang dia menolak. Maybe sebab dia suka sangat memasak. Tapi tula.. dapur aku jadi kapal karam. Haha. Kalau sehari dua je aku tak kisah tapi kalau diaorang cakap nak stay sampai seminggu aku dah jadi resah.
Walaupun MIL aku ni suka masak tak suka kemas, dan FIL aku ni macam ada sikit ciri2 hoarder, tapi aku tak pernah benci diaorang taw. Aku terima sikap diaorang sebab aku fikir takde manusia yang sempurna. Kebaikan diaorang lebih banyak sebenarnya.
Aku ni pun bukanlah menantu yang bagus sangat pun. Banyak jugak kekurangan aku yang diaorang tutup mata. Diaorang layan aku dengan sangat baik. Aku pun sayang diaorang macam mak ayah aku sendiri.
Cuma kadang2 aku triggered jugaklah sebab aku manusia biasa. So aku gunakan medium ni sekadar untuk bercerita sebab aku tak tahu nak cerita kat siapa.
– Mary Kundur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit