Pandai Tapi Bod0h

Hai, pertama sekali aku nak perkenlkan nama aku Nia (bukan nama sebenar), aku seorang perempuan, umur lewat 20-an.

Aku nak cerita pengalaman aku semasa sambung belajar. Mungkin tak berapa menarik, tapi boleh di jadikan ikhtibar kepada golongan cerdik dan terasa diri paling pandai.

Aku mulanya bersekolah di sekolah menengah kebangsaan biasa dan aku dapat melanjutkan pelajaran di matrikulasi (hanya second intake),

Macam yang aku cakap, aku mungkin dalam kategori berotak tapi dalam kalangan mereka yang berotak aku di pandang seperti orang pandai paling b**oh.

Hahahaha. Aku tak terasa hati okay sebab aku di besarkan dengan kata kata busuk orang sebabnya aku dari keluarga susah, sedara mara sendiri tak pandang, lagi di hina ada la.

Aku jalani hari aku macam biasa, dalam kelas aku selalu di pandang terpaling bo**h, padahal kalau tengokkan result ada lagi yang lebih teruk dari aku.

Tak dinafikan aku memang kuat main, tak fokus dalam kelas, tapi bukan bermaksud aku tak hadam apa yang di ajar.

Kalau aku tak masuk kelas, bukan bermaksud aku tak amik tahu langsung pelajaran hari tersebut, takkan semua aku nak tunjuk kan.

Aku faham yang lain konon belajar di ruang belajar yang disediakan dan study group bagai. Habistu aku dalam bilik 24 jam berhibernasi ke.

Typical aku bukan bawak buku penuh beg sampai bengkok berserta buku penuh di tangan dan yes memang aku adalah student yang study last minutes (aku akui ini keburukan aku).

Suatu hari aku ada konflik dengan seorang pelajar dalam kelas oleh kerana rakan baik aku sendiri.

Aku berkawan baik dengan 2 orang yang sama sama second intake dengan aku, seorang dari aliran berbeza, tapi kebanyakkan subjek yang aku ambil dia juga ambil, kami ni kan di pandang tidak serious semasa belajar,

Setiap kali ada assigment, kami sepakat, buat dalam satu buku sahaja antara kami bertiga.

Kerja nak mudah masing masing siapkan assigment yang berbeza dan kami berkongsi jawapan dan kebetulan kelas tutorial kami berbeza, jadi kami hanya pass sahaja assigment itu antara kami bertiga.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari aku kawan baik aku yang buat assigment subject tu, aku namakan dia Tila, dan seorang lagi kawan baik aku ni datang angin rajin dia, dia juga salin semula dalam buku assigment dia, aku namakan dia Dila.

Aku minta buku assigment Tila ni untuk di bawa ke dalam kelas tutorial aku, tapi si Dila minta juga, nak bagi dekat kawan sekelas nya katanya (kawan 1 kuliah aku juga), sebabnya si polan sorang ni tak buat, aku berkeras tak nak bagi buku assigment si Tila ni,

Tapi si Dila ni angin (konon semangat setia kawan) dan Dila ambil juga pada aku dan bagi pada si polan.

Tiba la kelas tutorial aku, assigment si Tila ni tak kunjung jua menyapa aku, aku dah berangin dah, aku keluar kelas pergi kelas tutorial si Dila,

Dila kata dah pass kat kawan sekelas tutorial aku, aku tanya sorang pon tak jawab dalam kelas tu, maka bermula la sesi belajar.

Tiba tiba nama aku dipanggil untuk jawab soalan assigment yang di beri, aku tak dapat jawab sebab buku assigment tu tak ada dengan aku, aku di maki dengan lecture depan kelas.

Setelah tamat kelas baru la seorang jantan pandai ni beri aku buku assigment tersebut, aku pon marah la di sebabkan dia aku dimaki depan kelas.

Tahu apa jadi, dia tengking aku depan kelas beb, dia cakap “mana aku tahu ni buku kau, kau tu dah lah bodoh”. Terdiam aku di situ, hati aku retak se retak retaknya.

Hahahaha. Aku bukan main menggelabah sebelum lecture masuk, kecoh aku tanya tanya pasal buku tu kau boleh cakap kau tak tahu buku aku, pastu kau bodoh kan pula aku depan kelas.

Malu tak malu la kalau korang ada kat tempat aku. Cakap je la kau pon tak buat, kau guna buku Tila tu untuk konon tunjuk kau buat assigment tu. Aiyaaa apa punya orang pandai la dia ni.

Di pendekkan cerita aku tak bertegur la dengan si jantan pandai ni, dan sampai 1 hari sebelum exam memasing mintak maaf sesama sendiri, biasa la, selalu nk exam kan macam ni. Hahahaha.

Dan si jantan pandai pon datang mintak maaf, aku pon mintak maaf tapi hati ni nak lupakan kejadian tu memang payah. Sakitnya tu di sini, masih dalam.. hahahaha..

Tiba hari tamat pengajian, aku tinggalkan matrik, dan beberapa bulan kemudian, result keluar.

Tahu tak apa berlaku, si jantan pandai failed wei, dan aku dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pula.

Sebodoh bodoh aku yang semua pandang alhamdulillah Allah masih bagi aku result yang okay, dan dapat rezeki masuk IPTA tanpa cable cable haram ni.

Kifarah tu menanti ye siapa yang menganiaya orang. Jadi jangan la suka memandang rendah dekat orang lain.

Dan jangan duk terikut sangat bila orang kuat dalam kelas kuliah pandang orang tu bodoh tak pandai dan terhina, satu kelas ikut beri pandangan yang sama. Itu la yang jadi dalam dunia ni sebenarnya.

Banyak lagi aku nak cerita pengalaman tak manis masa berada di matrik dan IPTA sebenarnya, tapi cukup la sampai sini, terima kasih kepada yang sudi membaca.

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *