Pandang Aku Semula Ya Allah

Assalamualaikum para pembaca. Buat pertama kalinya aku confess kat page ni lepas sekian lama jadi pembaca tegar.

Aku perempuan, late 20s dan belum berkahwin. Dalam kisah hidup aku ini aku gelarkan diri aku sebagai Pendosa.

Ini rahsia terbesar yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa. Disaat aku menulis, inilah titik terendah dalam hidupku. Aku sangat buntu.

Aku dibesarkan dalam keluarga berpecah belah. Dari zaman atok nenek, ibu ayah, pakcik makcik, adik beradik, aku dah tengok banyak siri perkahwinan.

Disebabkan mak aku juga dibesarkan dalam keadaan seperti aku, terus terang kami kurang didikan agama. Ibu aku sibuk bekerja menyara kami.

Bapa kandungku seorang kaki perempuan dan mempunyai tabiat pelik yang membuatkan dia pernah masuk penjara dan meninggalkan luka dan trauma yang dalam buat ibuku.

Semasa aku berumur 9 tahun mereka pun bercerai. Sehinggakan mendengar suaranya saja boleh buat ibuku nak muntah. Maka hilanglah sosok ayah dalam hidup kami.

Dan terjadi perkahwinan kedua ibuku dengan suami barunya. Mula2 semua nampak smooth, tapi panas tak sampai ke petang.

Aku pernah di amang seksual oleh suami baru ibuku. Mungkin kejadian itu sebagai kifarah dosa ayah kandungku kepada mangsa2nya.

Dalam masa yang sama, ibu bapatiri ku sangat tegas dan kuat control kami adik beradik in term of berkawan dan sosial, bukanlah agama.

Kami tak pernah solat dirumah. Waktu kecil je aku kadang ikut kawan2 terawih di masjid. Selain pada tu aku tak faham apa tu solat 5 waktu.

Andaikan saja aku sulung dalam cerita ni sebab sepertinya tiada watak sulung dalam hidupku walaupun aku anak tengah dan ada ramai adik.

Aku tak pernah meninggalkan tanggungjawab aku sebagai kakak dan anak. Dari kecil aku pandai berdikari. Seawal usia 7 tahun, aku mengemas rumah, menjaga adik-adik, menjaga rumah.

Namun dalam pada dicontrol, aku masih ada teman lelaki sewaktu di sekolah menengah. Bermula kali pertamanya kesilapan terbesar aku, aku hilang *ara di sekolah menengah.

Aku kerap jadi punca ibu ayahku bergaduh. Walaupun begitu, aku seorang pelajar pintar dan mendapat 8A spm walaupun tak pernah aku daftar satu sesi tuisyen pun. Kemudian aku sambung belajar di negeri lain dan memutuskan hubungan dengan teman lelakiku.

Disana aku belajar untuk pakai tudung, walaupun tak pernah solat dan puasa. Aku seakan culture shock. Aku hampir berhenti belajar dan balik kampung atas sebab tidak fokus dan main-main dalam pelajaran.

Pertama kali aku rasa berkawan dan bebas. Pertama kali aku ada social media. Aku aktif upload gambar dan ramai lelaki ingin berkenalan. Aku share gambar b*dy aku.

Aku berani keluar dengan stranger hingga ke bilik. Bukan dibilik saja yang jadi. Kereta, asrama, rumah sewa, tempat kerja (part time). Senang cerita, teman lelaki aku tak pernah ada satu. Tiba masa aku focus, aku cemerlang dan dapat grad dengan result deanlist.

Aku practical dan sekali lagi aku mengenali beberapa lelaki. Silih berganti. Ada yang sebulan, ada yang 6 bulan, 2 tahun, 5 tahun. Aku tenggelam dengan perhatian yang mereka bagi.

Habis grad, belum ada pekerjaan. Bila tinggal dengan family, dengan ibu dan ayahku yang masih strict, aku tetap berjumpa dengan teman lelakiku senyap2. Masa ni ada 3-4 orang aku tak ingat. Ada yang stay dari zaman aku study, ada yang baru.

Waktu itu, family aku dah mula ada kesedaran untuk solat. Jadi serba sikit aku ikut mereka dan jarang tinggal solat. Aku ingat aku dah semakin berguna, tapi aku lupa, orang yang meninggalkan solat subuh dan isyak adalah orang munafik, macam aku.

Macam2 nasihat dan ilmu agama yang ibu aku bagi hasil dari social media. Ada yang aku cuba buat, ada yang aku abaikan.

Beberapa tahun selepas tu, alhamdulillah aku dapat kerja yang jadi rebutan, berkat doa ibu aku. Yang certain orang pandang tinggi, walaupun gaji boleh la cukup makan.

Aku rasa aku dah cukup jahat dulu tapi tidak. Aku ada version yang lagi jahat dan hina. Disinilah bermula murka Allah pada pendosa seperti aku

Dah panjang dah confession ni, aku akan sambung part two.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *