Pandangan Saya Disebalik Kemiskinan

Assalamualaikum. Semalam setelah terbaca satu confession bertajuk ‘Disebalik Kemiskinan’, (https://iiumc.com/disebalik-kemiskinan/), aku terpanggil juga untuk submit satu confession or lebih tepat lagi untuk sharing pengalaman aku ketika ditugaskan untuk menguruskan bantuan kepada golongan ini.

Jika semalam confessor merupakan tenaga NGO, hari ni aku nak kongsi pengalaman daripada sudut ‘orang gomen’. Daripada seorang yang mudah tersentuh tengok orang hidup susah, aku berubah jadi seorang yang hati kering tengok orang susah. Bukan aku kata tapi staf aku yang kata time tu. Dia ingatkan dia yang paling hati kering tapi rupanya aku ni lagi hati kering daripada dia.

Namun aku harap pembaca dapat membaca pengalaman aku ini dengan open mind dan tidak menganggap aku sebagai prejudis terhadap golongan susah ini. Cuma setelah menghadap pelbagai pengalaman dealing dengan golongan susah ni, aku rasa anyone in my shoes pun akan rasa yang sama macam aku. Aku ni walaupun dah bertahun tinggalkan kerja dealing dengan orang susah ni, tapi pengalaman tu lah antara yang paling berharga dalam hidup aku.

Pada padangan aku, golongan susah ni terbahagi kepada 3 kategori:

First : susah tapi tau berdikari. Golongan ini selalunya malu atau tidak tahu cara untuk minta bantuan daripada mana-mana pihak. Tetapi bila diberi bantuan, mereka mampu berusaha sendiri with minimal monitoring from any parties dan menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik-baiknya. Memang mereka sendiri dapat berfikir dan merancang macam mana nak manfaatkan bantuan yang diterima tu. Jadi aku tidak hairan jika kebanyakan mereka ini berjaya keluar daripada kemiskinan dan dapat hidup selesa walaupun tidaklah sekaya mana.

Contoh : seorang makcik ni yang merupakan surirumah sepenuh masa dan menjaga anak OKU dapat bantuan mesin jahit dan mesin jahit tepi. Asalnya dia cuma guna mesin jahit buruk untuk terima tempahan daripada orang kampung dan disebabkan mesin tu dah uzur, so limited skit tempahan yang dia mampu ambil. Pendapatan mereka sekeluarga bawah RM300 sebulan since suami hanya bekerja kampung (dah berusia). Setelah dapat bantuan mesin jahit, dia pandai bahagikan masa untuk menjahit dan menjaga anak di rumah hingga income sebulan dia seorang sahaja mencecah RM1000 sebulan dan time musim raya, lagi tinggi upah yang dia mampu dapat. Untuk makluman, upah yang dia kenakan untuk sepasang baju kurung hanya RM20 (ketika itu). So fikirlah sendiri berapa pasang yang dia jahit untuk dapat income banyak tu dalam masa sebulan. She was one of our success stories.

Second : susah tapi ada keinginan untuk berjaya tapi perlu dibantu setiap masa. Bos aku kata orang macam ni manja lebih skit. Orang yang terlibat dalam membantu golongan ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kena selalu melawat mereka dan pantau bantuan yang diberi sebab most of them tidak mampu merancang untuk gunakan bantuan yang diberi walapun bantuan tu diberi atas permintaan mereka juga. Kita kena ajar mereka step by step hingga mampu jana pendapatan daripada bantuan yang diberi. Along the way tu, memang banyak hiccups dan sakit kepala yang kita perlu hadap bila dealing dengan golongan ini. Kesian tapi at the same time, sebagai manusia biasa, memang rasa geram tu ada juga bila kena hadap perangai mereka ni.

Contohnya, seorang ketua keluarga ni diberi bantuan projek ayam kampung. Kami bekalkan anak-anak ayam yang sihat dan sediakan reban dalam kawasan berpagar. Dia juga dihantar ke kursus motivasi dan skill. Setiap minggu perlu dilawat sebab daripada awal dah nampak dia kurang peduli dengan bantuan yang diberi walaupun dia sendiri yang nak bantuan tu. Pada lawatan pertama setelah bantuan tu dibekalkan pada dia, kami terkejut tengok anak ayam yang ada dalam reban tu. Tinggal sikit. Katanya ada binatang makan. So kami buatkan pagar dan reban yang lebih kukuh. The same things also happen pada lawatan seterusnya.

But Tuhan nak tunjukkan pada kami kot time tu. Rupanya bukan binatang yang serang tapi anak dia sendiri (umur dlm 3 or 4 years old) masuk dlm reban tu dan ambil anak ayam untuk dipatahkan tengkuk. Budak tu buat depan-depan kami time tu. Terkejut gak la aku time tu. Ikut hati memang nak marah bapak budak tu tapi one thing you have to remember bila dealing dengan orang-orang susah ni – walaupun mereka amat menguji kesabaran kita, jangan sesekali tinggi suara dengan mereka because lepas tu dah jadi susah nak build trust dan nak dekati mereka ni.

So, we slow talk to him from time to time. Bagi cara nak elak anak masuk dalam reban, ajar cara nak terapkan disiplin pada anak-anak dia (anak still kecil lagi). Tapi buat macam tu pun, projek ayam kampung tu still struggle nak berjaya sebab dia masih tak bersungguh dan mengharapkan makan gaji serta bantuan kewangan setiap bulan daripada JKM. Tapi bila dia ditimpa kemalangan hingga hilang sebelah mata, baru dia ‘nampak’ bahawa projek yang diberikan tu dapat bantu dia generate income (sebab dia baru sedar yang dia sukar diterima bekerja ditempat lain/makan gaji). Baru dia semangat attend kursus untuk tingkatkan pengetahuan dalam menternak ayam kampung. Sampai akhirnya bukan sahaja ayam kampung, dia juga turut ternak kambing hasil daripada bantuan pihak lain. Akhirnya nampak juga peluang untuk dia berjaya.

Third : susah tapi tak mahu berusaha dan tak mahu berubah. Ini lah golongan yang paling mencabar kesabaran. Aku berani jamin most of what people read ini the newspaper pasal orang susah ni, adalah terdiri daripada golongan ini. Bukan sikit bantuan kewangan, peralatan dan moral support yang mereka terima tapi bila mereka sendiri tidak mahu berusaha dan buat perubahan dalam hidup mereka, memang semua jadi sia-sia sahaja. Membazir masa dan sumber kerajaan but at the same time, masyarakat masih kata kerajaan tak prihatin. Sakitnya tu di sini rasanya time tu. Aku bagi contoh beberapa kes dan korang boleh nilai sendiri samada kerajaan/NGO tak prihatin or it’s them yang ada attitude problems.

Kes 1 : newspaper ada paparkan berita kesusahan sepasang suami isteri yang hidup susah disebabkan si isteri tidak boleh berkerja kerana perlu menjaga suami yang sakit kanser telinga dan anak-anak kecik. Mereka dihalau daripada rumah keluarga dan terpaksa tinggal di pondok. Dengar memang sedih kan? Bila dilawat, mereka gagal tunjuk surat daripada hospital (suami nampak sihat dan tak terlantar sakit) dan kami nak bawa dia ke hospital untuk check up. Tapi dia tak nak pergi ke hospital. Dia cuma nak kami bagi bantuan rumah (walaupun dia tiada tanah sendiri untuk dijadikan tapak rumah) dan bantuan kewangan setiap bulan. Offer untuk bagi bantuan peralatan pada isteri untuk berniaga or menjahit pun ditolak dengan alasan si isteri tiada masa nak buat kerja sebab perlu jaga dia dan anak-anak .

Unknown to them, kami buat siasatan background mereka termasuk check dengan hospital sebab suspicious dengan keadaan mereka. Rupanya si suami tak hidap kanser telinga. Dia just pernah kena buat operation kecil di hospital untuk keluarkan tahi telinga yang keras je pun. Plus he is a drug addict dan atas sebab tu juga dia dibuang keluarga. Selepas ditazkirah, kami tetap bantu mereka dapatkan bantuan rumah sewa dan cari kerja untuk si suami. Mereka tak puas hati sebab dapat rumah sewa percuma di flat milik kerajaan negeri dan unit rumah tu berada di tingkat yang tinggi. Dan bila si suami ditawarkan bekerja di kedai runcit berdekatan dengan flat tu, he refuse it atas alasan dia tak suka kerja shift dan angkat benda berat. He prefer kerja dalam ofis. We leave them at that dan focus bagi bantuan pada orang lain. Some years ago, aku tengok mereka masuk dalam newspaper lagi for the same alasan.

Kes 2 : Pemimpin tempatan mohon satu keluarga ni diberi bantuan rumah baru since mereka ada tapak rumah sendiri. Seperti biasa, kami akan buat lawatan dulu. First glance, memang teruk rumah tu dan mereka sendiri nampak amat susah. Atap rumah bocor sana sini. Jiran mereka pun maklum pada kami yang keluarga ni memang susah dan telah dibuang keluarga berikutan ada perselisihan faham sampai terpaksa keluar daripada kampung mereka. Di kampung baru tersebut, mereka hanya bekerja bekerja kampung, so income pun taklah banyak mana. Disebabkan itu dan kesian pada anak-anak yang masik kecil, kami bina sebuah rumah untuk mereka. Bila rumah dah siap, baru terbongkar rupanya mereka ni pasangan agak berharta. Ada ladang tembakau dan rumah tapi sebab bergaduh dengan family, mereka keluar daripada kampung asal dan sewa rumah buruk yang kami pi lawat tu. In fact, bila rumah tu dah siap, mereka serah pula rumah buruk tadi pada si adik supaya si adik pun ada alasan dapat bantuan rumah baru. Memang mereka hidup selesa tapi berkat ke hidup dengan menipu macam tu?

Kes 3: Kesusahan family ni dapat dikesan ketika kami on the way nak melawat family lain yang sekampung dengan mereka. Ketika lalu depan rumah mereka, memang kesian tengok anak-anak yang main dengan pakai baju lusuh dan keadaan rumah yang uzur. The best part is rumah ni tiada bilik air. Segala aktiviti ‘pembuangan’ dibuat di kaki lima belakang rumah dan tak dibersihkan semula. Terus kami buat siasatan dan didapati mereka memang layak dapat bantuan rumah dan at the same time kami carikan peluang kerja sebab mereka tak berminat nak meniaga. Si isteri dapat kerja sebagai cleaner di hospital dan si suami sebagai guard sekolah. Kami melawat mereka semula selepas 6 bulan rumah baru tu diserahkan kepada mereka. Keadaan rumah? Aku nak pegang dinding rumah pun tak berani sebab berlendir hijau!!! Keliling rumah penuh dengan najis. Bila ditanya mengapa tak guna toilet yang dibina tu, jawabnya tak selesa. Mereka lebih selesa buat ‘pembuangan’ di luar. Tak tahu nak kata apa. Speechless.

Tu antara kes yang kami jumpa. Tak kira lagi anak-anak yang refuse to work untuk sara parents yang dah berusia dan tak mampu kerja. Bila disoal kenapa, aku plak yang dimarahnya dan dia maklum dia tunggu orang masuk meminang je dan memang tak berminat nak kerja. Or ada yang jual bantuan peralatan berniaga yang diberi. Or yang terima bantuan dan buat pameran dalam rumah sahaja (bila tanya kenapa tak guna, dia jawab saja mintak sebab jiran sebelah pun dah dapat sebelum ni. In short, PHD antara jiran tetangga).

Kesimpulannya, kerajaan banyak sediakan peluang tapi tak semua peluang yang diberikan itu digunakan dengan sebaiknya oleh penerima. Mekanisme kerajaan yang digunakan untuk kesan, bantu dan pantau golongan susah ni sebenarnya pun boleh dikatakan berkesan tapi masyarakat kena sedar kerajaan ni bukan psikik yang boleh kesan orang susah tanpa bantuan masyarakat. Mana yang kami jumpa, kami bantu apa yang boleh. Yang duduk di ceruk pedalaman tu, mungkin agak sukar kami kesan tanpa ada pertolongan daripada masyarakat setempat.

All in all, semua pihak kena bekerjasama untuk bantu golongan susah. Masing-masing ada peranan sendiri walaupun tak nyata or kecil. Dan bagi yang susah, aku harap mana yang ada masalah sikap tu, sedarlah sikap negative anda tu tak akan mampu mengubah kehidupan anda and the cycles will continues affecting your next generation. Bagi yang susah dan sedang berusaha, semoga anda berjaya menambah rezeki dan selesa. Aminnnn

p/s * bagi those yang familiar dengan kes-kes di atas, korang dok diam-diam je ye.. nanti kita sama-sama pi jenguk apa cerita ‘Dato K’ sekarang ni ;)

– Kak Long

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *