Saya terpanggil untuk beri pendapat saya bab rezeki berkat ini berdasarkan komen yang wujud dalam postingan confessor Mata Hati. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/bila-gaji-besar-tapi-tak-cukup-cukup-rezeki-tak-berkat-ke/).
Terlebih dahulu, terima kasih admin sebab sudi publish confession saya.
Saya setuju bab berkat ni, sebab semua yang dinyatakan confessor pernah saya baca, merupakan apa yang Allah S.W.T. nyatakan, saya pernah dengar dalam ceramah UAI juga dan dari ceramah ustaz yang saya join, saya tak menolak isu ganerasi x dan y, bab beli rumah ke atau apa sahaja yang kita hendakkan.
Tapi di sini yang saya faham lebih kepada kecukupan rezeki yang diperolehi, kadang2 menyewapun kalau rezeki yang ada berkat, duit gaji sedikitpun kita mampu hidup, siap boleh menyimpan, kelebihan berkat ini lebih luas dari hanya sekadar membandingkan dengan kemampuan mengikut generasi x, y mahupun z memiliki harta dan mampu hidup selesa.
Confessor ada cakap, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, rezeki tenang walau dalam kekurangan, dalam miskin, dapat rezeki anak sihat, taat dan soleh solehah, isteri tenang, redha dan bahagia dalam kemiskinan, keluarga rasa sejuk, malah banyak lagi.
Dan saya tak rasa semua itu perlukan jenis generasi baru boleh capai, sebab dalam zaman tok nenek kita dulupun ada keluarga berantakan malah penceraian, ada juga isu nafkah dan sebagainya.
Bila dikata berkat atau tidak, saya tak nampak judgemental di situ, sebab isu berkat ini bergantung kepada usaha kita dalam mencapainya, namun selebihnya hak Allah S.W.T. untuk menganugerahkan, kita boleu tengok dan lihat sendiri ciri orang berkat di sekeliling kita dan nilaikan sendiri.
Bukankah Allah S.W.T. itu sentiasa menunjukkan kekuasaan dan kebesarannya untuk kita fikir dan nilaikan betapa Allah S.W.T. Maha Kaya dan Maha Agung, di sini kita boleh lihat sebagai salah satu bukti kekuasaan Allah S.W.T. dalam mengurniakan sesuatu hikmah dalam kekurangan. Nikmat yang mana lagi yang harus kita dustakan?
Tambahan pula, sebab apa saya kata confessor bukan menghukum bab berkat atau tidak? kerana dia sebut setiap rezeki itu ada hak org lain di dalamnya dan kelebihan yang diperolehi boleh menjadi ujian dan boleh menjadi istidraj, malah, dia ada sebut statement “antara cara nak capai berkat”, apa sekali pun tepuk dada, tanya iman, apakah rezeki pada pandangan kita hanya kebendaan semata2?
Hanya kerana kita generasi Y, Z atau apa saja yang terbeban dengan dunia semasa, kita menafikan atau mempersoalkan kepentingan keberkatan dalam hidup.kita mewujudkan syarat dalam mencapai apa yang Allah S.W.T. dah tentukan caranya dan penciriannya,
Buka mata, cuba ziarah kampung2 atau rumah orang2 miskin di luar sana, ramai yang miskin, yang hidup dalam daif, tapi ramai yang tenang, redha malah lebih kuat imannya bila diuji.
Memang mereka tak cukup segala segi, ada tu, harta tetap mahupun rumah sendiripun tak ada, dari generasi ke generasi menyewa rumah sahaja, sebab tu ada terbaca, di akhirat nanti, ramai ahli syurga terdiri dari orang yang di dunia miskin harta di dunia tapi di akhirat kaya amalannya.
Bila kita asyik fikir bab ganerasi itu dan ini, ya saya tak menafikan, untuk mendapat keselesaan hidup, faktor jenis ganerasi juga diambil kira, namun yang dimaksudkan confessor lebih kepada keberkatan, dan nak mencapai keberkatan, tidak perlu tengok generasi, tak perlu jadi kaya.
Saya selalu lepak pantai berdekatan rumah, selalu ternampak keluarga seorang yang saya tahu kesukarannya, berkelah, bahagia, saya kenal dia, bukan orang senang, tapi kenapa bila saya tengok kebahagiaan dia, saya rasa gembira, saya rasa selesa, saya juga rasa cemburu, dia orang susah, tapi dia bahagia, kenapa jadi begitu?
Sepatutnya bila dia senang, baru dia bahagia tapi dia hidup dalam kekurangan, dia bahagia, dia selesa, hidup dalam kecukupan sahaja. Dan di sini saya yakin bahawa dia diberkati apabila saya observe cara hidup dia, amalan dia dan cara dia melihat dunia.
Apapun setiap orang ada pandangan masing2 bab ini, namun dalam hal berkat ini, satu saya nak cakap, tak perlu jadi kaya untuk capai keberkatan, sebab orang kaya pun hidup tak tenang, kekayaan itu sendiri suatu ujian malah boleh menjadi istidraj.
Hidup sentiasa berfikir macam mana nak kekalkan status, nak tambah lagi kekayaan, macam mana nak lindungi kekayaan, keselamatan keluarga bila kaya malah belum lagi masuk isu menjaja kekayaan dan menunjuk2 biar orang tahu kononnya nak dijadikan inspirasi, padahal dia tahu itu riak dan takabbur,
Bila kaya tapi berkat, saya tak rasa orang kaya akan buat semua itu, dia ikhlaskan hati, redha dan makin kuat amalan dia bilamana kekayaan tak mengubah siapa dia, tapi meningkatkan imannya, dia tak risau harta menyusut, harta dicuri malah dia tenang kerana dia tahu Allah S.W.T. ada.
Sekian, hanya sekadar pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian, pembelajaran dan pengalaman sendiri.
Saya yang lemah dan tak kaya harta pun.
– Mohamad Firdaus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit