Aku nak cerita tentang pengalaman aku jadi isteri kedua yang biasanyalah jadi kecaman orang dan ibarat tidak mempunyai hak.
Aku faham perasaan perempuan yang dicurangi, diduakan sebab perkahwinan pertama aku sebagai isteri tunggal membela biawak hidup.
Perkahwinan pertama gagal selepas biawak tersebut kantoi curang tahap langit ke lima, siap dah bawa merisik bakal isteri kedua.
Masa kantoi, aku bagi syarat, “Aku nak hantaran atau duit sama banyak dengan isteri kedua dapat dan wajib adil.”
Sebab dia tahu dia tak mampu adil sebab hidup dia pun aku bela, akhirnya aku diceraikan menggunakan SMS zaman handphone Nokia dulu.
4 tahun menjanda, aku tewas digoda suami orang yang nampak alim, tak tinggal solat dan pandai ambil hati.
Pernah aku tak cukup duit nak beli tiket flight balik raya, dia bagi cash siap duit belanja raya untuk aku dengan anak aku. Bila aku cuba kenalkan dia dengan keluarga aku, anak aku bukan main baik lagi dengan dia.
Weh, mak mana tak cair tengok anak panggil lelaki lain ayah? Seperti lagu “Kuda yang mana”, begitulah aku dipikat akhirnya aku terima untuk berkahwin.
Tapi kerana aku bodoh, aku lari kahwin kat Songkhla sebab aku bodoh.
Fast forward, selepas kahwin. Hidup aku tak seindah masa zaman dia menggoda. Barulah nampak belang dia sebenarnya nak mempergunakan aku tempat check-in dia.
Nafkah culas, tempat tinggal aku sendiri, aku sakit semua tanggung sendiri. Padan muka aku.
Bila aku disahkan mengandung, sampai ke tahap aku nak buang je rasanya sebab tak sanggup asek kena maki je hari-hari sebab dia takleh tengok aku lawan cakap dia, tak dengar cakap dia.
Simple as balas mesej dia lambat pun aku kena sumpah ke neraka, ko ghase?
Dalam keadaan macam tu, aku jadi malu dengan keluarga aku. Tapi keluarga aku ni punyalah sayang aku, terimalah dia sebagai menantu waima umur laki aku ni hampir sebaya mak aku.
Tapi sampai ke tahap dia sanggup maki mak bapak aku, siap hina anak aku sebab dia dah ada anak dengan aku, aku kata that’s it!
Aku pindah balik ke rumah mak bapak aku, duduk dengan 2 orang anak aku since mak aku pun ada sakit kaki sikit.
So, aku rela lagi temankan mak pak aku kat rumah. Bil apa semua, bapak aku tanggung sebab pencen bapak aku besar.
Mak aku pun ada harta peninggalan dulu, jadi memang hidup aku masih ditanggung keluarga waima aku bekerja dengan gaji yang selesa. Sape tak terharu wehh??
Masa aku down, mak aku siap tolong lipat sidai baju aku. Anak-anak aku ayah aku tolong urus. Ko ghase aku nak pilih mak pak aku atau laki no 2 aku? Haha!
Dia ingat, dia je boleh no 2 kan aku? Dia pun laki no 2 aku. Aku mohon fasakh.
2 tahun lebih, dan sampai sekarang aku masih lagi fight untuk fasakh. Dia punya marah aku minta fasakh, dia failkan hadhanah kekal dan hadhanah interim.
Yang takleh tahan tu, saksi dia adalah madu aku! Ya, madu aku nak balas dendam dengan ambil anak aku macam mana aku berkongsi kasih dengan dia.
Jangan risau, barang pinjamkan kena pulang balik. So, aku nak pulangkan laki dia.
Dia pulak nak ambik anak aku. Padahal anak aku, sama umur cucu sulung dia. (Ya, aku ada cucu tiri ye pada umur 35 tahun. Haha! Nenek vogue gitew~)
Sekarang, aku masih fight untuk diri aku dan aku masih makan kesan daripada kebodohan aku.
Jadi aku tak nak lah pembaca IIUM Confession yang bijak pandai ni, tolong jangan jadi bodoh macam aku dulu. Sekarang aku dah cerdik.
Aku pasang lawyer, aku ada duit and anak-anak aku happy dengan aku. Tapi, aku masih fight!
Doakan aku menang tau! Aku tak larat dan nak berdepan dengan suami kaki maki.
Dia kalau ada masalah dengan madu aku, aku yang kena maki waima aku tak salah apa. Padan muka aku weh!
Ni panduan untuk yang rasa nak jadi isteri kedua.
Panduan 1:
Nikah dalam negara. Jangan percaya janji-janji dia kata nak daftar bagai kat Malaysia.
Proses nak daftar tu susah wehh. So better dia susah naik turun mahkamah nak dapat kelulusan hakim untuk poligami sebelum kahwin.
Kalau itu pun dia tak sanggup, tak payah kahwin dengan dia. Percayalah! Lepas kahwin lagi teruk!
Panduan 1:
Sedar diri. Tolong sedar diri akan hak-hak engkau.
Masa awal-awal, memang makan hati tapi engkau kena cakna dan sanggup melepaskan sedikit hak-hak engkau untuk mendamaikan rumahtangga. Tapi, jangan sampai kena pijak.
Kena tahu mana limit engkau.
Panduan 3:
Jaga duit dan harta engkau! Weh, biasa lelaki yang tak mampu kahwin dua ni, dia nak kahwin dua supaya dia ada 2 source of income tau.
So, kau kena make sure segalanya kena ada HITAM PUTIH, cop pesuruhjaya sumpah kalau boleh. Jangan sesekali bagi dia pinjam duit.
Kalau ada benda engkau bayar dulu claim kemudian, CATAT! Semua dokumen ni penting bila engkau nak tuntut nafkah atau harta sepencarian kat mahkamah.
Panduan 4:
Cerai! Sedarlah, kalau tak cerai hidup, cerai mati. Engkau tetap akan bercerai dengan dia.
Tak engkau mati dulu, dia mati dulu. Harta engkau dia joli, anak-anak engkau? Protect diri sendiri dulu. Pastikan segalanya bertulis, ada saksi, ada geran dan lain-lain.
Dan pastikan semua dokumen ni ada kat engkau. Mesti!
Panduan 5:
Hak bermalam.
Engkau kena faham tentang hak ini, mana yang engkau sanggup kurangkan. Kurangkan, tapi jangan sampai kena pijak.
Sekadar datang check-in tempat engkau labur “money” dia, pastu dia chow ke rumah sana. No Way!
Pastikan dia duduk rumah dengan engkau, buat kerja rumah dengan engkau, solat jemaah dengan engkau. Ajar engkau ngaji kalau belum pandai ngaji dll.
Tu sikit sebanyak panduan la untuk yang merenyam tengah bercinta dengan suami orang. Kalau kail panjang sejengkal, janganlah laut hendak diduga.
FYI, aku spend 5 angka untuk bayar lawyer segalanya ye untuk pertahankan hak saya. Untuk daftar nikah dulu (pengesahan dan pendaftaran), bayar lawyer 8k.
Weh! Semua duit aku sebab masa tu aku bodoh!
So, jangan jadi bodoh kecuali korang memang kaya dan duit banyak. Engkau tengoklah kat mahkamah syariah tu sendiri berapa ramai perempuan yang dibodoh-bodohkan suami dia dan terpaksa naik turun mahkamah nak fight hak dia.
Aku pernah tengok orang sebelah aku nak register kes, kena bayar RM75 macam tu, duit tak ada sebab dia ingat tak payah bayar apa-apa yuran pemprosesan. Menangis-nangis dia depan pendaftar tu.
Nasib aku dengan member ada, aku tolong hulur masa tu sebab aku faham jerih perih seorang perempuan nak fight hak dia kat court. Lepas ni aku nekad dah tak nak jadi bodoh dan aku dah tak nak jadi isteri orang.
Haha! Aku rasa tu kerja yang aku tak mampu buat, so better aku jadi anak yang baik kepada mak pak aku yang susah payah jaga aku dan besarkan aku dari kecik.
Biarlah aku jadi mak yang baik untuk anak perempuan aku yang comel dan cantik, supaya dorang membesar tak diperbodohkan lelaki macam aku. Supaya both of them grow up as a strong woman.
Apa pun, ada je lelaki bagus kat luar sana. ramai je kawan-kawan aku yang bahagia dengan suami masing-masing.
Nasib aku je tak baik which aku terima sebab aku rasa orang Palestin lagi susah hidup daripada aku yang sekadar kena fight naik turun mahkamah dengan 3 kes. Doakan aku ye korang!
Doakan aku jadi bijak pandai dan dirahmati Allah! Aku pun doakan korang yang baik-baik macam korang doakan aku!
Terima kasih~
– Bukan Adira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lagi satu nk nasihat, jangan lupa juga ye solat taubat juga sbb pernah menghancurkan rumah tangga org . Panduan jadi isteri kedua senang je . Buat ikut landasan agama yg betul.. Jumpa wife pertama dulu . Dia setuju dan redha baru kawin. Bila isteri pertama dah redha of kos la kawin pun ikut undang2 dan didaftarkn..so dua2 hak isteri terpelihara..
Betul part solat cuma rumahtangga dorg tak hancur pun. madu tu masih je wujud berdasarkan cerita TT.
yg ptt jumpakan isteri pertama dan bakal madu adalah tugas si suami tu. kalau sblm kahwin dah takut, lepas kahwin mcmn kan.
memang korang cakap dalam ni tak mnghncurkan rumah tangga org sbb madu masih wujud. Ni pengalamn sy sendiri, Mak sy adalah isteri pertama yg dianiayi suami.. kawin yg kedua dekat siam,,, smpai sekarang dh 20 tahun lebih walaupun masih bermadu tapi mak sy x bahagia ye.. selama 20 tahun terseksa dan bersedih . kejap balik belah sana belah sini.. kejap gaduh sana sini. So dah tajuk pun panduan jadi no 2 ..First thing first make sure wife pertama tahu dan terima, Tak kisah la salah lelaki ke ape..Kalau kau dh tahu laki kau tu tipu wife dia x berani bawa jumpa kau dekat wife dia..mksudnya ape..isteri dia redha ke…Sy pun tak bitter sngt la org nk kawin 4 sekalipun..Kalau ikut cara yg betul. Islam utk melindungi bukan menganiya. # but the way mak sy buka madu MS BUKAN ADIRA ni.. so sy nak nasihat bukan wife kedua je teraniya..wife pertama pun….tapi lebih sadis teraniya sbb wujud yg kedua ni.
Tak habis2 tuduh wanita lain hancur rumahtangga org, laki tagune gak untung bini 1st cover. Lepas kawen banyak masalah lari balik bini 1, bini 1 caya laki kena bomoh maki no 2, laki telor kecut buat bodo dpn bini 1, bini 1 perasan laki sayang dia padahal nk jdkan shield dari bini 2. Korang kalau kali curang no 1 gonyoh laki ko dulu cukup2 bukan percaya laki ko x salah. Tepuk sebelah tgn tak bunyi. Jgn jd wanita bodo. laki kesayangan ko cirit merata ko tukang cuci setel masalah tu dia mengatal lagi.
Sedih dgr kes gini.. aku pun bermadu juga. Tapi bukan no 2… so far Alhamdulillah.. suami berlaku adil dgn kami semua.. takat small disagreement tu biasalah.. tabahlah sis bukan adira.. sis TERjumpa dgn lelaki bodoh. Yg tak bertanggungjawab. Sepatutnya dia sebagai suami, dia kena main peranan.. dia sendiri yg musnah rmhtgga pertama dia.. dia gagal sebagai seorg suami.. bersyukur at least parents u terima yr 2nd marriage. I ni Alhamdulillah bahagia dgn 2nd marriage ni tapi family x terima haha.. kena byk doa je lah.. all d best. If can, share sket psl prosiding hak hadhanah, I need it lah!
Hadhanah Kekal difailkan di mahkamah tinggi syariah. Borang boleh cari online atau pergi kaunter untuk minta. Walaupun belum berpisah, boleh tuntut hadhanah sebab dah dpt hak hadhanah baru boleh tuntut nafkah. ada beberapa yuran pemprosesan kena bayar tapi kalau pakai lawyer, semua tu dikira legal fees. Buka fail mahkamah tinggi ikut lawyer, biasanya kena bayar 20-50% daripada kos guaman. Rata² lawyer saya tanya, RM6,000 ke atas untuk SATU KES. So kalau nak mohon hadhanah lepas tu nafkah, readylah dalam 12-15k.
Kalau nak fight sendiri, pastikan minta legal advice jugak drpd lawyer, usually dalam RM300-500/session. Kena strong buat hujahan, afidavit, penyata tuntutan dll dokumen mahkamah. Kena simpan segala bukti original sebab penting masa pengesahan bukti. Kena study betul2 cara nak berhujah kat mahkamah, boleh tengok contoh kat Youtube.
Kalau gaji bawah 5,000 rasanya, boleh mohon biro guaman tapi kes jadi panjang dan lama sebab ramai mohon biro guaman.
Kes hadhanah biasanya nak mudah, lalui proses sulh. Kalau mcm sy, masuk sampai perbicaraan, 2 tahun lebih pun tak settle lagi.. lebih² lagi pihak satu lg susah nak bg kerjasama dan suka tangguh².
apa pun… istikharah dan buat pertimbangan sebaiknya.